Bahasa-Bahasa Utama Dunia: Suatu Pengenalan adalah teks pengantar kepada ilmu bahasa atau linguistik. Di dunia ini terdapat pelbagai bahasa, Namun begitu, kita bercakap bukan sahaja tentang “bahasa-bahasa” tetapi juga tentang “bahasa”—bahasa manusia sebagai sesuatu yang utuh, Sungguhpun terdapat perbezaan yang besar antura pelbagai bahasa, bahasa dalam sifat utamanya mempunyai banyak persamaan. Setiap bahasa jalah kepunyaan golongan tertentu dan dengan demikian menjadi fenomena sosiosejarah, Setiap bahasa merupakan syarat mutlak untuk pertumbuhan budaya manusia, alat komunikasi yang menakjubkan dari segi kehalusan dan kesempurnaan, alat yang tiada tandingannya untuk pembentukan pemikiran dan penyerahan budaya kepada orang lain. Dengan pengantaraan bahasa, wujud penghayatan penduduk yang luas terhadap pencapaian sains dan budaya dan pembentukan keperibadian manusia yang maju dan menyeluruh, Setiap bahasa digunakan untuk mengungkapkan fikiran dengan bunyi yang disebut oleh manusia, Setiap bahasa ialah sistem terbuka: pengucapan normal dalam sebarang bahasa boleh dibahagikan kepada unsur-unsur yang berulang dengan kombinasi yang lain dalam struktur kenyataan lain. Setiap bahasa mempunyai set luas unsur-unsur yang berulang itu serta sistem fleksibel peraturan dalam keadaan unsur-unsur itu bergabung dalam ungkapan yang bermakna.
Linguistik (atau ilmu bahasa) ialah ilmu yang mengkaji bahasa (pada dasarnya semua bahasa yang sedia ada, yang pernah wujud dan mungkin yang akan timbul pada masa depan) dan bahasa manusia secara amnya. Seperti setiap ilmu lain, ilmu bahasa timbul daripada keperluan praktikal tetapi secara beransur-ansur berkembang menjadi satu sistem yang kompleks dan bercabang, baik bersifat teoretikal mahupun terapan. Linguistik teoretikal terbahagi kepada linguistik khas dan linguistik umum. Linguistik khas mengkaji bahasa yang berasingan (misalnya bahasa Melayu, Rusia dan Inggeris) atau rumpun (keluarga) bahasa (misalnya keluarga Indo-Eropah atau keluarga Austronesia). Linguistik dapat menjadi ilmu bahasa sinkronik yang menerangkan gejala-gejala bahasa dalam satu ketika sejarahnya (paling kerap gejala-gejala bahasa moden) atau diakronik (sejarawi) yang menyelusuri perkembangan bahasa selama jangka masa sejarah tertentu. Satu daripada jenis ilmu bahasa diakronik ialah linguistik perbandingan sejarawi yang menentukan sejarah masa lalu sesuatu bahasa melalui perbandingan bahasa-bahasa serumpunnya. Ciri-ciri umum bahasa manusia pula dikaji oleh linguistik am. Linguistik am mengkaji inti pati dan sifat bahasa, masalah asal usulnya dan undang-undang umum pembangunan dan pengfungsian. Linguistik am turut membangunkan kaedah kajian bahasa.
Dalam rangka linguistik umum, terserlah linguistik tipologi yang membuat perbandingan bahasa, baik antara bahasa-bahasa serumpun mahupun antara bahasa-bahasa yang tergolong dalam pelbagai keluarga, Perbandingan ini bertujuan untuk mendedahkan undang-undang umum bahasa. Linguistik umum antara lain linguistik tipologi mengungkapkan dan merumuskan unsur-unsur universal bahasa yang boleh terpakai bagi semua bahasa di dunia (unsur-unsur universal yang mutlak) atau bagi majoriti besar bahasa (unsur-unsur universal perangkaan). Segala-galanya itu dapat ditemukan dalam Bahasa-Bahasa Utama Dunia: Suatu Pengenalan yang dapat dimanfaatkan bukan sahaja para pelajar kursus linguistik tetapi juga semua yang berminat menambahkan pengetahuan tentang ilmu bahasa.
Reviews
There are no reviews yet