Out of stock

Putera Gunung Tahan

ISHAK HAJI MUHAMMAD atau lebih dikenali dengan nama penanya Pak Sako, merupakan seorang penulis dan sasterawan yang aktif sekitar 1930-an sehingga 1950-an.

ITBM & PENA (Cetakan Ketiga, 2018)
110 halaman

RM20.00

Out of stock

ISBN: 9789830689531 Product ID: 24978 Subject: Sub-subjects: , ,

Putera Gunung Tahan adalah novel satira karya Ishak Haji Muhammad atau nama penanya, Pak Sako, tentang sebuah sindiran dan tantangan seorang pegawai British yang menduduki dan mentadbir negara ini. Novel ini telah ditulis pada tahun sebelum Malaysia mengalami kemerdekaan iaitu pada tahun 1937. Putera Gunung Tahan bertindak sebagai salah satu cara mencapai kemerdekaan yang dilakukan oleh penulis melalui cara tulisan di mana pada masa itu kebebasan bersuara adalah sangat terbatas justeru penyampaian sastera secara berkias digunakan oleh penulis. Protes ini dilahirkan bagi mengangkat semangat nasionalisme kepada masyarakat. Novel ini menggarapkan semangat nasionalisme dalam bentuk satira. Pak Sako menggunakan lambang-lambang seperti Gunung Tahan, orang-orang sakai dan kulit harimau putih bagi menimbulkan kesedaran dan menanam semangat nasionalisme di kalangan khalayak pembaca. Perlambangan ditonjolkan oleh pengarang memandangkan situasi pada waktu itu tidak mengizinkan Ishak untuk menulis secara terus terang.

Hal ini ditegaskan oleh Pak Sako dalam prakata novel ini, “Bahwa inilah buku yang pertama daripada buah kalam saya. Maka telah dikarangkan dia bagi bacaan orang yang tahu berfikir dan bukanlah dimaksudkan bagi bacaan budak-budak sekolah. Buku ini bukanlah suatu cerita asyik-mahsyuk yang biasa tuan-tuan lihat di kedai-kedai buku ataupun yang telah tuan baca, kerana isinya penuh dengan sindiran-sindiran dan kias ibarat yang dalam. Seorang yang telah membaca buku ini sekali lalu tentulah sedar akan apa dia kewajipan-kewajipannya terhadap tanahair, bangsa dan adat resamnya dan daripada hari itu mudah-mudahan tertariklah hatinya kepada mempertahankan agama, adat istiadat dan tanah airnya supaya jangan terbinasa, tetapi sedap atau tidaknya isi sesebuah buku itu terpulanglah kepada pembacanya.”

Novel Putera Gunung Tahan dipenuhi dengan dialog-dialog tentang kecintaan terhadap tanah air baik daripada Raja Bongsu mahupun daripada mulut perempuan tua. Misalnya dialog perempuan tua kepada Tuan Robert “… kami sangat sayang akan negeri kami sehingga tidak rela sekali-kali negeri kami diambil atau diperintah oleh orang bangsa asing, apatah lagi bangsa itu berlainan agama dan berlainan serba serbi.” Nada nasionalisme pada diri raja Bungsu pula terpancar melalui ungkapannya kepada Tuan William, “… saya tidak sekali-kali akan membenarkan dan menjual tanah air saya yang secebis ini walaupun dibayar dengan harga setinggi gunung ini atau walaupun diberi gelaran yang panjang-panjang dan dianugerah oleh kerajaan tuan bintang kebesaran berpuluh-puluh butir.”

Weight0.145 kg
Dimensions17.8 × 12.8 × 1 cm
Author(s)

Edition

Format

Language

Publisher

,

Year Published

,

Reviews

There are no reviews yet

Only logged in customers who have purchased this product may leave a review.

More from this Author

  • Cerpen-Cerpen Pak Sako
    Out of stock

    Cerpen-Cerpen Pak Sako

    RM50.00