Pilihan Raya Demokrasi Malaysia: Tanding, Pilih, Menang dan Tadbir

AB. RASHID AB. RAHMAN adalah bekas pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia sejak 17 November 2000 hingga 30 Disember 2008.

G. MANIMARAN merupakan wartawan terkemuka yang membuat liputan bidang politik dan pilihan raya sejak 1991.

Penerbit UM (Cetakan Pertama, 2021)
763 halaman termasuk Rujukan dan Indeks

RM140.00

In stock

ISBN: 9789674881726 Product ID: 26482 Subject: Sub-subjects: , , ,

Pilihan Raya Demokrasi Malaysia: Tanding, Pilih, Menang dan Tadbir memperincikan setiap proses dalam pengurusan pilihan raya yang secara keseluruhan terdiri daripada lebih 30 peringkat atau fasa tindakan, yang wajar dihayati oleh setiap pemegang taruh. Bagi memenuhi hasrat itu, buku ini menghidangkan fakta-fakta yang menarik berserta kronologi, foto dan ilustrasi nostalgia pilihan raya peringkat Parlimen dan Dewan-dewan Undangan Negeri dari tahun 1955 sehingga 2020 — merangkumi susur galur lebih 60 tahun. Ini termasuklah keputusan penuh Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) sebagai rujukan khusus bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 dan Pilihan Raya Negeri Sarawak ke-12. Buku ini dibahagikan kepada 15 bab iaitu huraian mengenai Kerajaan dan Pilihan Raya, Sistem dan Proses Pilihan Raya, Undang-undang dan Peraturan, Penamaan Calon, Daftar Pemilih, Kempen Pilihan Raya, Tempat Mengundi, Pengundian, Pengiraan Undi, Selesainya Pilihan Raya dan Petisyen Pilihan Raya. Karya ini yang dibahagikan kepada tiga komponen utama turut mengupas detik-detik menarik sepanjang lebih tiga tahun lalu sejak PRU-14.

Dewasa ini rakyat Malaysia umumnya, memang arif tentang sejarah kemerdekaan negara. Pelbagai aspek tentang perjuangan dan pengisian kemerdekaan telah dirakam dan dihuraikan dalam pelbagai bentuk tulisan. Majoriti rakyat turut mengetahui tentang politik dan sistem demokrasi yang diamalkan. Namun begitu, mungkin ramai yang belum begitu terdedah kepada maklumat khusus mengenai perkembangan demokrasi dalam konteks pilihan raya. Pendidikan mengenai pilihan raya juga tidak menyeluruh dalam dunia politik negara. Perkara yang relevan dalam sejarah pemilihan umum dan perwakilan, termasuklah pilihan raya yang diperkenalkan sebelum merdeka, penubuhan kawasan pilihan raya, kaedah pendaftaran pemilih serta pelbagai aspek lain yang ada hubung kait dengan amalan demokrasi dalam konteks pilihan raya di negara ini.

Sistem pilihan raya mula diperkenalkan di Melaka dan Pulau Pinang. Kedua-dua Negeri-negeri Selat ini telah menjadi perintis dalam urusan pilihan raya setelah Pilihan Raya Perbandaran buat pertama kali diadakan di Kota Melaka dan George Town dari 5 Disember hingga 20 Disember 1857. Pilihan raya ini diamalkan lebih 50 tahun sebelum dihentikan. Berikutan dengan penamatan Pilihan Raya Perbandaran, sistem kerajaan tempatan yang berbeza-beza bagi negeri-negeri Tanah Melayu dan Negeri-negeri Selat telah diperkenalkan dan berterusan sehingga perundangan baharu diwujudkan. Sejak awal tahun 1950-an, rakyat khususnya yang bermastautin di bandar-bandar besar mula mengenali erti politik dan demokrasi secara lebih meluas. Kegiatan politik secara berorganisasi, iaitu penyertaan pelbagai parti politik juga dengan perlahan-lahan mula muncul.

Dalam Pilihan Raya Majlis Perbandaran Kuala Lumpur pada tahun 1952, rakyat mula mengundi mengikut calon yang mewakili parti selain calon bebas. Dalam arena politik dan pilihan raya yang lebih luas, Pilihan Raya Majlis Perundangan Persekutuan pada tahun 1955 telah membuka ruang kepada parti-parti politik untuk bergiat dan mengambil bahagian yang lebih aktif dalam kegiatan politik dan pilihan raya. Sebuah badan khas juga telah ditubuhkan untuk menjalankan urusan pilihan raya yang terdiri daripada pelbagai jabatan kerajaan. Di Sarawak dan Sabah, sebelum kedua-dua negeri itu menganggotai Malaysia, pilihan raya juga telah diadakan bagi peringkat perundangan negeri dan daerah, Segala urusan telah dapat dikendalikan secara lebih sistematik dan teratur dengan tertubuhnya Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pada tahun 1957, tahun yang sama negara mencapai kemerdekaan. Dengan tertubuhnya SPR, maka maklumat yang menarik tentang amalan demokrasi dalam konteks pilihan raya dapat diperoleh dan dihayati, khususnya aspek perundangan dan peraturan, dan yang terpenting ialah sistem pilihan raya itu sendiri. Oleh itu, penulis merasakan setiap rakyat sama ada pemilih, calon pilihan raya atau agensi yang terlibat dalam pengurusan pilihan raya perlu dilengkapkan dengan segala maklumat berkaitan bagi menjayakan objektif sistem demokrasi dan pilihan raya.

Undang-undang, prosedur dan peraturan yang diwujudkan bukanlah sesuatu yang statik sejak Pilihan Raya Umum (PRU) Dewan Rakyat pertama yang berlangsung pada tahun 1959. Undang-undang pilihan raya telah mengalami perubahan yang difikirkan perlu dengan kehendak semasa termasuk susulan pembentukan Malaysia pada 16 September 1963, yang membawa kepada keanggotaan Sabah dan Sarawak. Usaha penambahbaikan dilakukan secara berterusan ke atas undang-undang yang diwarisi dari era British. Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954, yang pada awalnya merupakan Ordinan Kesalahan Pilihan Raya, telah dipinda beberapa kali dan begitu juga peruntukan berkaitan pilihan raya dalam Perlembagaan Persekutuan. Hal ini termasuklah penurunan had kelayakan mengundi dan menjadi calon, iaitu daripada 21 tahun kepada 18 tahun pada 16 Julai 2019.

Selari dengan perkembangan sistem dan undang-undang pilihan raya, proses pilihan raya dan persaingan pada hari ini dilihat semakin kompleks. Pilihan raya tidak hanya terhad kepada proses keluar mengundi pada hari pengundian semata-mata. Sebaliknya, perkara yang berlaku adalah berkaitan dengan proses pendaftaran pemilih, penamaan calon, syarat-syarat berkaitan dengan berkempen, pengiraan undi, pengisytiharan keputusan pilihan raya, pewartaan keputusa9 pilihan raya dan petisyen. Pilihan raya diadakan untuk menentukan pemenang dalam kalangan calon yang bertanding. Oleh itu, pengetahuan mengenai selok-belok pilihan raya bukan hanya hak dan perlu diketahui oleh para calon semata-mata, malah harus difahami, diketahui dan dihayati oleh setiap rakyat. Menerusi Pilihan Raya Demokrasi Malaysia, hasrat tersebut diharap boleh dicapai.

Prakata

1. Pengenalan
Rentas Masa Pilihan Raya 1955-2021

2. Pilihan Raya dan Kerajaan — Tidak Terpisah
Sistem Kerajaan
Pihak Berkuasa Perundangan
Kehakiman
Kuasa Eksekutif
Sistem Pilihan Raya
Urusan Pilihan Raya

3. Sistem dan Proses Pilihan Raya – Semarak Demokrasi
Demokrasi dan Pilihan Raya
Sistem Pilihan Raya
Bahagian Pilihan Raya
Badan Pengurusan Pilihan Raya
Pendaftaran Pemilih
Mengambil Bahagian dalam Pilihan Raya
Kempen Pilihan Raya
Akses Media Semasa Pilihan Raya
Dana dan Kewangan Parti
Pengundian dan Pengiraan Undi
Pemerhati Pilihan Raya
Penglibatan Wakil dan Ejen Calon

4. Undang-undang Pilihan Raya — Pelengkap Demokrasi
Takrif Am Mengenai Pilihan Raya
Institusi Perlu Mengadakan Pilihan Raya
Sistem Pilihan Raya di Malaysia
Kebaikan Sistem Pilihan Raya di Malaysia
Pihak Berkuasa Pilihan Raya
Fungsi Suruhanjaya Pilihan Raya
Undang-undang Pilihan Raya
Akta Pilihan Raya 1958
Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954
Senarai Kesalahan di Bawah Akta Kesalahan Pilihan Raya
Peraturan-peraturan Pilihan Raya (Perjalanan Pilihan Raya) 1981
Peraturan-peraturan Pilihan Raya (Pendaftaran Pemilih) 2002
Peraturan-peraturan Pilihan Raya (Pengundian Pos) 2003
Jenis-jenis Pilihan Raya Kendalian SPR
Tempoh Pilihan Raya Perlu Diselesaikan
Tindakan SPR Apabila Berlaku Kekosongan atau Pembubaran
Individu Layak Menjadi Calon
Takrif Memegang Jawatan Berpendapatan
Kelayakan Pemegang Jawatan Lain
Bertanding Kedua-dua Kerusi Dewan Rakyat dan DUN
Menteri Persekutuan Boleh Menjadi ADUN
Menteri Besar/Ketua Menteri atau pun Exco Menjadi Ahli Dewan Rakyat
Sama Ada Ahli Dewan Rakyat Boleh Menjadi Ahli Dewan Negara
Keadaan Wakil Rakyat Perlu Meletakkan Jawatan Ahli Parlimen atau ADUN

5. Proses Pilihan Raya — Enam Tunjang Utama
Komponen Proses Pilihan Raya
SPR Melantik Petugas Utama Pilihan Raya
Perkara Utama Proses Pilihan Raya
Bahagian Pilihan Raya Dipertandingkan
Daftar Pemilih
Tempat Penamaan Calon
Pusat Pembuangan Undi
Tempat Pengiraan Undi
Tempat Penjumlahan dan Pengisytiharan Keputusan
Penyiaran Warta Keputusan Pilihan Raya
Penyata Akaun Perbelanjaan Pilihan Raya
Petisyen Pilihan Raya
Penyimpanan dan Pelupusan Dokumen Pilihan Raya

6. Penamaan Calon -Langkah Pertama ke Menara Kuasa
Takrif Penamaan Calon
Penamaan Calon — Dokumen Diperlukan
Cara Mengisi Borang Penamaan dengan Betul
Kesilapan Boleh Jejas Penamaan Calon
Kesilapan Boleh Diperbaiki Selepas Penyerahan Kertas Pencalonan
Pihak Berhak Menyerahkan Borang Penamaan
Penolakan Peringkat Awal
Penarikan Diri Calon
Pengesahan Calon Layak Bertanding
Penarikan Kertas Pencalonan Sebelum Penamaan Calon Ditutup
Pemeriksaan Kertas Penamaan Calon oleh Pegawai Pengurus
Keputusan Status Pencalonan
Proses Selepas Pencalonan Disahkan
Keputusan Penamaan Calon Diisytiharkan dan Dihebahkan
Keadaan Bagaimana Pertandingan Boleh Diberhentikan
Hak dan Keistimewaan Calon
Deposit Bahan Kempen Pilihan Raya
Takrif Ejen Pilihan Raya
Kelayakan Ejen Pilihan Raya
Syarat-syarat Pelantikan Ejen Pilihan Raya
Kuasa dan Tugas Ejen Pilihan Raya
Takrif Ejen Pusat Mengundi dan Ejen Mengira Undi
Cara Pelantikan Ejen Pusat Mengundi dan Ejen Mengira Undi
Tugas Ejen Pusat Mengundi
Tugas Ejen Mengira Undi

7. Pemilih — Mengukir Masa Depan
Takrif Daftar Pemilih Semasa
Pendaftaran Pemilih
Format Daftar Pemilih dan Kod Digunakan
Kaedah Daftar Pemilih Dipecahkan untuk Menentukan Tempat Mengundi
Penyediaan Senarai Pengundi Pos dan Awal

8. Kempen Pilihan Raya — Magis dan Adab
Maksud Tempoh Kempen Pilihan Raya
Bentuk dan Cara Kempen Dibenarkan
Had Kebebasan Berucap Semasa Berkempen
Permit dan Lesen Berkempen
Kempen Menerusi Media Cetak dan Elektronik
Tempoh Berkempen
Perkara Ditegah dalam Aktiviti Berkempen

9. Tempat Mengundi — Jangan Silap Arah
Penentuan dan Kedudukan Pusat Mengundi
Kaedah Menentukan Bilangan dan Susunan Pemilih di Pusat Mengundi
Cara Menentukan Had Kawasan Pusat Mengundi
Takrif Pondok Calon Semasa Hari Mengundi
Syarat-syarat Membina Pondok Calon
Cegahan Menjamu di Pondok Calon
Bentuk Larangan Lain di Sekitar Kawasan Pusat Mengundi
Fungsi Kerani Penyemak (Pemandu Tempat Mengundi) SPR
Individu Dibenar Berada dalam Kawasan Pusat Mengundi
Pendaftaran Ejen Calon untuk Bertugas di Tempat Mengundi

20. Pengundian — Memilih Wakil Rakyat
Proses Pengundian di Setiap Pusat Mengundi
Pembukaan Pusat dan Saluran Mengundi
Individu Boleh Mengundi dalam Pilihan Raya
Dokumen Pengenalan Diperlukan
Pengundi Tidak Dapat Menunjukkan Bukti Pengenalan Diri
Identiti Pengundi — Bantahan Ejen Tempat Mengundi
Kad Pengenalan Pemilih Berbeza — Tindakan Pembetulan
Pemilih Tidak Dibenarkan Mengundi
Penyediaan Kertas Undi dan Rupa Formatnya
Tatacara Mencalitkan Dakwat Kekal
Fungsi Tanda Pengesahan Kertas Undi (Cap Khas SPR)
Nombor Siri Pemilih Perlu Ditulis Atas Keratan Kertas Undi
Cara Memangkah Kertas Undi
Pertimbangan Sama Ada Kertas Undi Boleh Diterima atau Ditolak
Maksud Undi Rosak
Maksud Undi Ditolak
Penentu Muktamad Mengenai Undi Rosak dan Undi Ditolak
Pengundi Boleh Meminta Diberikan Kertas Undi Baharu
Tugas Kerani Pengundian
Waktu Rehat dan Makan Pada Masa Pengundian Dijalankan
Kakitangan Pengundian Sakit dan Tidak Dapat Meneruskan Tugas
Ejen Tempat Mengundi Ditukar Ganti Secara Bergilir
Fungsi Anggota Polis Menjaga Pusat dan Saluran Mengundi
Aturan Barisan Pengundi di Pusat Mengundi
Bagaimana Pengundi Cacat/Tidak Berdaya atau Uzur Diuruskan
Bagaimana Pengundi Buta Huruf Diuruskan
Pengundian Pos — Takrif dan Kaedah Diselenggara
Kelayakan Mengundi Secara Pos
Pengundi Pos Secara Automatik
Pengundi Pos Melalui Permohonan
Penyerahan Kertas Undi kepada Pengundi Pos
Penerimaan Undi Pos Pengundi
Kakitangan Pilihan Raya Layak Mengundi Melalui Pos
Pengiraan Undi Pos
Proses dan Tatacara Pengiraan Undi Pos
Pengiraan Undi Pos — Dokumen Penting Harus Dipunyai/Diterima Ejen
Pengundian Awal
Penutupan Pusat Mengundi bagi Pengundian Awal
Pengiraan Undi
Penyerahan Keputusan Pengiraan Undi kepada Pegawai Pengurus
Pengundian Bergerak — Takrifan
Kaedah Pengundian Secara Bergerak Dikendalikan
Tindakan Selepas Pengundian Berakhir
Peranan Ejen Tempat Mengundi Selepas Pengundian Tamat

11. Pengiraan Undi — Hari Penentuan, Lakar Sejarah
Pengiraan Undi di Tempat Mengundi dan Secara Berkelompok
Tatacara Memulakan Pengiraan Undi di Tempat Mengundi
Pengiraan Secara Berkelompok atau di Tempat Khas
Peranan Ejen Calon dalam Proses Pengiraan Undi
Tatacara Pengiraan Undi
Dokumen Penting Perlu Disimpan oleh Ejen Mengira Undi
Ulang Kira (Pengiraan Semula) — Maksud dan Pelaksanaan
Tatacara Undi Dikira Semula
Pengiraan Undi Diberhentikan atau Ditangguhkan
Tatacara Apabila Pengiraan Terhenti atau Tertangguh
Penjumlahan Undi
Individu Layak Hadir di Tempat Penjumlahan Undi
Penjumlahan Undi dan Ulang Kira Tidak Dibenarkan
Tatacara Pegawai Pengurus Menentukan Keputusan dan Perisytiharan
Undi Diterima Sama Banyak — Cara Menentukan Pemenang

12. Selesainya Pilihan Raya — Tanggungjawab Wakil Rakyat Bermula
Tindakan Lanjut Pegawai Pengurus Setelah Selesai Pilihan Raya
Pewartaan Keputusan Pilihan Raya
Wakil Rakyat Memulakan Tugas
Tanggungjawab Calon/Ejen Pilihan Raya Selepas Pilihan Raya Selesai
Maksud Penyata Perbelanjaan Pilihan Raya
Individu Layak Meneliti Penyata Perbelanjaan Pilihan Raya
Akibat Jika Calon Gagal Mengemukakan Penyata Pilihan Raya
Memohon Pelepasan Mahkamah Jika Gagal Mengemukakan Penyata Perbelanjaan
Laporan Pilihan Raya Umum
Dokumen Penting, Termasuk Kertas Undi Dihapuskan
Pemulangan Deposit Pilihan Raya dan Istilah Hilang Wang Deposit

13. Petisyen Pilihan Raya — Integriti dan Wibawa
Maksud Istilah Petisyen Pilihan Raya
Bila dan Kepada Siapa Petisyen Pilihan Raya Boleh Dikemukakan
Asas Bagi Menguatkan Kes Petisyen Pilihan Raya
Undi Boleh Dipotong dalam Satu Tafahus
Individu Layak Mengemukakan Petisyen
Relief Boleh Dituntut
Akibat Jika Petisyen Diterima atau Diakui Benar oleh Mahkamah
Tempoh Masa Menyelesaikan Perbicaraan Petisyen dan Rayuan

14. Memperkasa Pilihan Raya — Hak, Kuasa dan Tanggungjawab
Perbelanjaan Bagi Mengurus Pilihan Raya
Hak dan Tanggungjawab Pengundi
Kelayakan Bertanding Jika Disabitkan Kesalahan oleh Mahkamah
Maksud Pilihan Raya Mengejut
Tempoh Mandat Kerajaan Semasa
Hari Mengundi Tetap
Maksud Kerahsiaan Undi
Kesalahan Jika Majikan Tidak Membenarkan Pekerja Keluar Mengundi
Mengetahui Tempat Mengundi Sebelum Hari Mengundi
Daftar Pemilih Boleh Dibeli
Tarikh Kuat Kuasa Bahagian Baharu Pilihan Raya
Sumbangan Politik Dan Pembiayaan Pilihan Raya
Bolehkah SPR Menangguhkan Pilihan Raya?

15. Pilih, Tanding, Menang dan Tadbir — Memperkasa Demokrasi
Keputusan Pilihan Raya dan Mandat Pemilih
Membentuk Kerajaan, Memulakan Pentadbiran
Peranan dan Tanggungjawab Wakil Rakyat
Landskap Pemerintahan Pasca-PRU14
Pilihan Raya Kecil Pasca-PRU14
Memperkasa Sistem

Rujukan
Indeks

Weight1.573 kg
Dimensions25.4 × 19 × 4.1 cm
Author(s)

,

Format

Language

Publisher

Year Published

Reviews

There are no reviews yet

Only logged in customers who have purchased this product may leave a review.