Seni Lukis di Malaysia sejak Tahun 1990-an: Situasi Pascamoden

SARENA ABDULLAH ialah Profesor Madya di Pusat Pengajian Seni, Universiti Sains Malaysia.

DBP (Cetakan Pertama, 2023)
286 halaman termasuk Bibliografi dan Indeks

RM80.00

In stock

ISBN: 9789834937065 Product ID: 35888 Subjects: , Sub-subjects: , , , ,

Seni Lukis di Malaysia sejak Tahun 1990-an: Situasi Pascamoden menghuraikan makna seni moden dan pascamoden di Malaysia dalam konteks pemahaman keadaan sosial dan politik yang membentuk kelas pertengahan dan golongan seniman di Malaysia. Seni pascamoden dalam konteks ini merujuk bentuk seni yang menggambarkan identiti kaum atau agama secara sedar, seni yang menjelmakan atau menggambarkan struktur kelas masyarakat dan seni yang mula kehilangan jiwa setempat. Selain itu, seni pascamoden lebih memaparkan ciri-ciri kosmopolitan disebabkan penghasilan seni yang merentas sempadan. Melalui bidang sejarah seni, sejarah kebudayaan, sosiologi dan khususnya Pengajian Malaysia, buku ini membincangkan pelbagai rupa bentuk pascapemodenan dalam seni Malaysia.

Berbekalkan itu, buku ini mendedahkan perubahan rupa bentuk moden kepada rupa bentuk pascamoden dalam konteks situasi pascamoden atau keadaan pascamoden Malaysia. Asas pandangan saya ialah kecenderungan seni pascamoden di Malaysia umumnya berlaku sebagai suatu kesan tidak langsung daripada perubahan budaya dan sosial serta pemodenan pesat yang dialami oleh masyarakat Melayu akibat daripada langkah-langkah pemodenan yang dicetus oleh Dasar Ekonomi Baru (DEB). Sebagai anggota kelas pertengahan baharu ini, para seniman terpaksa berhadapan dengan pelbagai keadaan yang dibawa oleh “keadaan pascamoden” tersebut dan situasi sebegini sudah Wujud dalam perkembangan seni Malaysia sejak tahun 1990-an.

Buku ini turut meneliti bagaimana kerja-kerja para seniman Malaysia telah berubah daripada kecenderungan gagasan Melayu/Islam kepada pandangan yang lebih pascamoden dan menggunakan pelbagai strategi berseni pascamoden. Ia juga meneroka pelbagai kemungkinan alasan yang telah menyebabkan perubahan-perubahan tersebut setelah dua abad berlalunya perlaksanaan Dasar Kebudayaan Kebangsaan. Penggunaan istilah pascamoden ini turut membantu menimbulkan suatu konsep penjadualan dalam seni budaya Malaysia serta membantu memahami struktur pandangan yang berkaitan dengan kelas pertengahan baharu Malaysia seperti yang digambarkan oleh kerja-kerja yang dibincangkan.

Hujah-hujah penulis berupaya membuktikan bahawa kerja-kerja berseni sejak tahun 1990-an terutamanya yang disahkan sebagai “pascamoden” bukanlah hanya suatu tiruan pelbagai pendekatan berseni daripada Eropah-Amerika tetapi perlu diteliti di dalam atau di luar konteks kejuruteraan yang telah menjadi agenda kebangsaan sejak tahun 1970-an. Hal ini dikatakan demikian kerana aspek-aspek perbandingan yang merangka latar belakang para pelukis ini adalah pengelakan mereka daripada beberapa kepentingan kebangsaan yang dahulunya telah menjadi kerja-kerja kebanyakan para pelukis negara. Perlu dikatakan bahawa buku ini tidak semestinya menjadi suatu pengkritikan pascamoden mengenai keadaan seni lukis Malaysia atau digunakan ketika membincangkan keadaan politik dan sosial di dalam negara berasaskan pada pelbagai kritikan yang terdapat di dalamnya. Adanya pun begitu, buku ini lebih mengkaji wacana seni lukis Malaysia.

Senarai Foto
Prakata
Pendahuluan
Penghargaan

1. PERKEMBANGAN DAN SITUASI SENI LUKIS DI MALAYSIA SEMASA ERA PASCAMODEN
Penggunaan Istilah “Seni Lukis Moden”
Konteks Penulisan dan Penyelidikan Seni Lukis Malaysia
Sejarah Seni Lukis Malaysia

2. PASCAMODEN DI MALAYSIA
Konteks Pascamoden di Malaysia
Penerimaan Umum terhadap Wacana Pascamoden di Malaysia
Kesusasteraan Wacana Pascamoden di Malaysia

3. SITUASI PASCAMODEN
Kelas Pertengahan Baharu di Malaysia
Kelas Pertengahan Baharu di Malaysia dan “Situasi Pascamoden”
Perubahan Sosial, Budaya dan Identiti Politik Kelas Pertengahan Baharu di Malaysia

4. MODEN DAN PASCAMODEN DALAM SENI
Konsep Pascamoden
Seni Pascamoden di Malaysia
Strategi-strategi Seni pada Zaman Pascamoden Awal dalam Seni Lukis Malaysia
Ekspresionisme Abstrak dan Seni Melayu/Islam sebagai Aliran Utama

5. STRATEGI SENI RUPA PASCAMODEN DAN PERTUMBUHAN PESAT SEBAGAI BENTUK SENI RUPA SEJAK TAHUN 1990-AN
Strategi Kesenian Pascamoden
Pembentukan dalam Lukisan
Media Baharu, Multimedia dan Ruang Pameran Alternatif

6. STRATEGI-STRATEGI IDENTITI DALAM KONTEKS PASCAMODEN
Kepentingan Identiti dan Budaya
Kawasan Bandar dan Masalah Alam Sekitar
Menjangkau Naratif Rasmi
Imej Kontemporari dan Perlambangan

7. KESIMPULAN

Bibliografi
Indeks

Weight0.661 kg
Dimensions26 × 19 × 1.8 cm
Author(s)

Format

Language

Publisher

Year Published

Reviews

There are no reviews yet.

Only logged in customers who have purchased this product may leave a review.

More from this Author