Memoir Abdullah CD (Bahagian Ketiga): Perjuangan di Sempadan dan Perdamaian Terhormat ialah jilid terakhir dalam siri memoir Abdullah CD, yang menunjukkan pasukan Rejimen Ke-10 menjadi sebuah pasukan yang benar-benar teguh dan tabah memperjuangkan cita-cita kemerdekaan. Di akhir tahun 1950-an hingga awal 1960-an, sebahagian pasukan bersenjata dalam Tentera Pembebasan Nasional Malaya di kawasan sempadan dilanda awan mendung kecenderungan memberhentikan perjuangan bersenjata secara tidak berprinsip. Akan tetapi kerana asas perjuangan dan sokongan massa rakyat kawasan sempadan yang begitu mengkagumkan terhadap Rejimen Ke-10, kecenderungan negatif tersebut telah disanggah dengan semangat yang tinggi oleh para kader dan perajurit Rejimen Ke-10 sehingga pasukan pahlawan ini muncul sebagal pemegang panji perjuangan yang paling teguh. Pada 2 Disember 1989, sekali lagi kawasan sempadan telah menciptakan satu sejarah baru yang gagal tercipta dalam Rundingan Baling pada 1955. Sejarah ini talah wujudnya perdamaian yang menamatkan- konflik bersenjata peninggalan penjajahan British yang bermula dari Jun 1948. Terciptanya perdamaian secara terhormat tersebut telah membawa keamanan dan perdamaian untuk Malaysia dan kawasan sempadan Thailand-Malaysia sehingga ke hari ini.
Memoir Abdullah CD (Bahagian Ketiga): Perjuangan di Sempadan dan Perdamaian Terhormat
ABDULLAH CD atau nama sebenarnya, Che Dat bin Anjang Abdullah lahir 2 Oktober 1922 merupakan seorang ahli Parti Komunis Malaya (PKM).
SIRD (Cetakan Semula, 2023)
326 halaman termasuk Indeks
RM48.00
Only 1 left in stock
Senarai Gambar
Senarai Singkatan
Sekapur Sirih untuk Cetakan Kedua
Kata Pengantar
51. Kesinambungan Nasionalisme Selatan Thai dan Malaya
52. Pangkalan di Sempadan
53. Kemerdekaan Malaya
54. Revolusi Surut (1957-1959)
55. Bangsa Malaya (Malaysia)
56. Pedoman Baru
57. Menubuhkan Paperi
58. Kawasan Basis dan Pertempuran (1963-1969)
59. Junjung Tinggi-tinggi Panji Perjuangan Bersenjata
60. Opera Putera Puteri Sungai Pahang
61. Pembangunan Pasukan dan Kompeni
62. Pangkalan di Sukhirin
63. Pahlawan Rejimen Ke-10 di Kawasan Sempadan
64. Pangkalan Ulu Kelantan dan Kawasan Sempadan
65. Terkena Racun
66. PKMRM dan Perjuangan Bangsa Melayu
67. Siri Pertempuran Terakhir
68. Berunding dengan Ghafar Baba
69. Perundingan Tingkat Tinggi Mewujudkan Perdamaian
70. Sekalung Al-Fatihah
Lampiran
Indeks
Apresiasi Memoir Abdullah CD
Weight | 0.532 kg |
---|---|
Dimensions | 22.9 × 15.1 × 2 cm |
Author(s) | |
Edition | |
Format | |
Language | |
Publisher | Strategic Information and Research Development Centre (SIRD) |
Year Published |
Only logged in customers who have purchased this product may leave a review.
More from this Author
Memoir Abdullah CD (Bahagian Pertama): Zaman Pergerakan Sehingga 1948
This product has multiple variants. The options may be chosen on the product page RM35.00 – RM45.00
Reviews
There are no reviews yet