Sains Islam Menurut Perspektif Ilmuwan Melayu

Tulisan bersama NUR ASYIKIN HAMDAN dan NAZRI MUSLIM

Penerbit UKM (Cetakan pertama, 2023)
268 halaman termasuk Rujukan dan Indeks

RM55.00

Only 1 left in stock

ISBN: 9786297547381 Product ID: 38340 Subjects: , Sub-subjects: , , ,

Sains Islam Menurut Perspektif Ilmuwan Melayu merakamkan sumbangan empat orang tokoh ilmuwan Melayu iaitu Khalijah Salleh, Azizan Baharuddin, Wan Ramli Wan Daud dan Sulaiman Noordin dalam agenda pengislaman sains yang berlandaskan ajaran Islam dan mempunyai ciri-ciri yang berbeza dengan sains Barat. Pemilihan tokoh-tokoh ini adalah kerana sumbangan pemikiran dan penglibatan mereka yang cukup banyak dalam membincangkan konsep sains Islam ini melalui agenda pengislaman ilmu dengan pendekatan dan cara yang berbeza. Penulis mengkaji pemikiran Ilmuwan Melayu dengan mengkhususkan aspek matematik dalam ilmu sains mereka. Seterusnya mengutarakan suatu paradigma sains matematik Islam berkenaan hubungan matematik dengan akidah masyarakat Melayu kini.

Paradigma sains matematik Islam dibentuk bagi mengatasi masalah pendidikan negara yang masih kurang berjaya mewujudkan suatu kurikulum matematik dalam sistem pendidikan yang menyediakan ilmu tersebut dalam acuan keagamaan. Paradigma yang diketengahkan ialah untuk menyelesaikan masalah matematik yang berlaku dalam kehidupan seharian dengan mengambil kira faktor-faktor keagamaan. Wujud persamaan dan perbezaan antara pemikiran setiap tokoh yang dikaji dalam membentuk ciri-ciri paradigma yang terhasil. Dalam paradigma yang diketengahkan, terdapat kaitan yang rapat antara ilmu sains matematik dengan akidah pada hari ini. Penulis telah memilih empat orang tokoh dalam buku ini yang masing-masing mempunyai hasil kerja yang berkaitan dengan pemikiran bermatematik. Apa yang dimaksudkan oleh penulis tentang pemikiran bermatematik ini ialah bukan berkaitan dengan nombor semata-mata, sebaliknya melibatkan teori-teori set, teori infinite dan sebagainya.

Tokoh pertama ialah Khalijah Salleh, beliau dipilih kerana bukan sahaja mempunyai kepakaran dalam bidang fizik bahkan beliau antara kalangan tokoh sarjana pemikir Melayu Muslim yang sangat konsisten dengan usaha dan ideanya untuk meneruskan lagi gerak kerja pengislaman sains fizik. Khalijah Salleh merupakan seorang tokoh akademik dan sains yang disegani serta aktivis yang komited. Beliau sangat dihormati dan disegani dalam bidang kepakarannya kerana berjaya menonjolkan kaitan sains dan paksi tauhid sebagai asas memperkukuh aqidah umat Islam selain beliau dianugerahkan dengan Anugerah Khas “Sayyidatina Khadijah” pada tahun 2009 atas jasa dan bakti beliau.

Azizan Baharuddin pula dipilih kerana beliau mempunyai kepakaran dalam bidang biologi dan aktif menyebarkan ilmu-ilmu berkaitan sains dan Islam sehingga kini. Sehingga kini Azizan masih menggalas tanggungjawab besar di Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) sebagai ketua pengarah dan beliau aktif menyalurkan ilmu-ilmu yang tepat berkaitan pengislaman sains di media-media sosial.

Sulaiman Noordin pula dipilih kerana beliau bukan sahaja mempunyai kepakaran dalam bidang sains perhutanan bahkan beliau mempunyai Ijazah Sarjana Pengajian Islam di Jabatan Usuluddin dan Dakwah di Umm al-Qura, Makkatul Mukarramah. Beliau merupakan ahli sains yang juga mempunyai kepakaran dalam bidang aqidah. Sulaiman juga mendapat sijil perakuan Bahasa Arab yang membolehkan beliau fasih berbahasa Arab.

Wan Ramli pula dipilih kerana kepakaran beliau dalam bidang kejuruteraan dan sejak tahun 2004 sehingga tahun 2010, Wan Ramli menjadi Presiden ASASI dengan temanya “mendukung cita-cita kesatuan dan kesepaduan ilmu’. Beliau terlibat aktif dalam aktiviti pemeribumian dan pengislaman ilmu selain diiktiraf sebagai Minda Saintifik Paling Berpengaruh Di Dunia 2015 (The World’s Most Influential Scientific Minds 2015). Wan Ramli juga memperoleh Anugerah Merdeka 2016 bagi Pencapaian Kesarjanaan Terbilang menjadikan beliau tokoh yang banyak menyumbang bakti kepada negara.

Senarai Singkatan
Prakata

1. Konsep Sains Islam
2. Perkembangan Wacana Pengislaman Ilmu
3. Paradigma Sains Islam Suatu Kesepaduan Ilmu Sains dan Agama
4. Biografi Ilmuwan Melayu
5. Pemikiran Ilmuwan Melayu Kontemporari
6. Paradigma Sains Islam

Rujukan
Indeks

Weight0.402 kg
Dimensions22.9 × 15.1 × 1.4 cm
Author(s)

,

Format

Language

Publisher

Year Published

Reviews

There are no reviews yet

Only logged in customers who have purchased this product may leave a review.