Biografi Sasterawan Negara S. Othman Kelantan: Wajah Perjalanan Seorang Juara disusun dan ditulis oleh anak beliau sendiri iaitu S.M. Zakir, yang merupakan biografi pertama mengisahkan riwayat hidup sosok sasterawan yang berasal dari Kelantan ini. Sebahagian cerita dalam biografi ini bersumberkan penceritaan S. Othman Kelantan kepada anaknya sendiri, terutama cerita tentang salasilah keluarga dan kisah zaman kanak-kanak beliau. Menurut S.M. Zakir, menulis sebuah karya biografi untuk sosok ayahnya sendiri, merupakan suatu hal yang sukar kerana “betapa seorang anak mengetahui amat sedikit mengenai ayahnya”.
Menurut anaknya, S. Othman Kelantan merupakan seorang penulis diari yang sangat serius, sehingga diari-diari beliau menjadi seumpama jurnal. Ternyata diari-diari ini juga sangat banyak membantu penulisan biografi ini. Cumanya, menurut S.M. Zakir, yang menjadikan beliau kesal ialah dalam diari-diari peribadi tersebut terdapat tulisan rahsia yang banyak dan tidak dapat beliau pecahkan sehingga hari ini. Sekiranya tulisan-tulisan rahsia itu dapat dipecahkan, beliau percaya banyak lagi sisi kehidupan S. Othman Kelantan yang dapat diterokai. S.M. Zakir juga banyak merujuk kepada buku Pemikiran Sasterawan Negara S. Othman Kelantan untuk memasukkan penelitian terhadap karya-karya beliau,
Reviews
There are no reviews yet