Out of stock

Biografi Sasterawan Negara S. Othman Kelantan: Wajah Perjalanan Seorang Juara

S.M. ZAKIR adalah penerima S.E.A Write Award 2011. Beliau juga merupakan anak kepada S. Othman Kelantan.

DBP (Cetakan pertama, 2023)
155 halaman termasuk Bibliografi dan Indeks

RM35.00

Out of stock

ISBN: 9789834937652 Product ID: 38526 Subject: Sub-subjects: , ,

Biografi Sasterawan Negara S. Othman Kelantan: Wajah Perjalanan Seorang Juara disusun dan ditulis oleh anak beliau sendiri iaitu S.M. Zakir, yang merupakan biografi pertama mengisahkan riwayat hidup sosok sasterawan yang berasal dari Kelantan ini. Sebahagian cerita dalam biografi ini bersumberkan penceritaan S. Othman Kelantan kepada anaknya sendiri, terutama cerita tentang salasilah keluarga dan kisah zaman kanak-kanak beliau. Menurut S.M. Zakir, menulis sebuah karya biografi untuk sosok ayahnya sendiri, merupakan suatu hal yang sukar kerana “betapa seorang anak mengetahui amat sedikit mengenai ayahnya”.

Menurut anaknya, S. Othman Kelantan merupakan seorang penulis diari yang sangat serius, sehingga diari-diari beliau menjadi seumpama jurnal. Ternyata diari-diari ini juga sangat banyak membantu penulisan biografi ini. Cumanya, menurut S.M. Zakir, yang menjadikan beliau kesal ialah dalam diari-diari peribadi tersebut terdapat tulisan rahsia yang banyak dan tidak dapat beliau pecahkan sehingga hari ini. Sekiranya tulisan-tulisan rahsia itu dapat dipecahkan, beliau percaya banyak lagi sisi kehidupan S. Othman Kelantan yang dapat diterokai. S.M. Zakir juga banyak merujuk kepada buku Pemikiran Sasterawan Negara S. Othman Kelantan untuk memasukkan penelitian terhadap karya-karya beliau,

Prakata

1. Sebutir Permata Pewaris Ulama
2. Benih yang Baik, Jatuh ke Laut Menjadi Pulau
3. Dari Mata Jatuh ke Hati
4. Sahabat dan Pergaulan Menjadi Cermin Peribadi
5. Mata Pena itu Amat Tajam dan Berkuasa
6. Menulis Hingga ke Akhir Hayat
7. Ke Mana Tumpahnya Kuah
8. Manusia Pergi Meninggalkan Nama
9. Mutiara yang Hilang

Koleksi Gambar S. Othman Kelantan
Koleksi Buku S. Othman Kelantan

Bibliografi
Indeks

Weight0.219 kg
Dimensions21.5 × 14 × 1 cm
Author(s)

Format

Language

Publisher

Year Published

Reviews

There are no reviews yet

Only logged in customers who have purchased this product may leave a review.

More from this Author