Malapetaka Iklim: Memahami Fenomena Pemanasan Dunia

Disunting oleh HISHAMUDDIN RAIS

Bersekali dengan komik “Ke Mana Hilangnya Katak Hijau” oleh RONASINA

Forum Selangor & Eco Lestari Strategy (Cetakan pertama, 2023)
118 halaman termasuk Bibliografi

RM50.00

In stock

If you purchase this book you will earn 10 reward points!
ISBN: 9789672640530 Product ID: 38647 Category: Sub-subjects: , ,

Malapetaka Iklim: Memahami Fenomena Pemanasan Dunia menyentuh secara langsung persoalan besar yang sedang kita berhadapan sekarang, yakni perubahan iklim yang memberi ancaman secara total kepada seluruh kehidupan di muka bumi. Kita sering memperagakan perubahan iklim (climate change) sebagai sebuah isu. Sebenarnya, ia tidak lagi hanya sekadar isu. Perubahan iklim sudah menjadi suatu krisis dan ancaman kemanusiaan yang benar-benar sedang berlaku di depan mata kepala kita sekarang; bezanya mungkin kita sahaja yang keras kepala untuk mengakui akan hakikat tersebut. Ancaman ini, di banyak tempat, sudah menjadi malapetaka yang kunjung tiba saban tahun, meranapkan rumah dan bangunan, menghancurkan hasil tanaman, mencabut nyawa, membawa bala penyakit, mengontangkan tasik dan sungai, dan mempertembungkan manusia sesama manusia. Ia sudah menjadi malapetaka.

Malapetaka ini, barangkalinya boleh dielakkan jikalau manusia—terutamanya gerombolan politikus dan pemodal—semenjak 40 tahun yang lalu, berbuat sesuatu. Bermula daripada penipuan puak pemodal yang haloba untuk mengorek petroleum daripada kerak bumi, sehinggalah kepada keengganan negara-negara kaya seumpama Amerika Syarikat untuk bekerjasama bagi membendung “isu” ini; pada akhirnya kita pada hari ini menghitung kepala berita yang saban hari bercerita perihal malapetaka iklim berlaku di sana-sini. Tahun 2016, kita langsung tidak menyangka bahawa paras kandungan karbon dalam atmosfera boleh melebihi 400 parts per million. Semenjak itu, kandungan karbon terus meningkat. Para saintis meletakkan paras 350 parts per million sebagai paras selamat untuk manusia dan alam seluruhnya. Mengapa kita begitu keluh kesah mengenai kandungan karbon dalam atmosfera?

Kandungan karbon menentukan kadar peningkatan suhu purata bumi. Semakin tinggi kandungan karbon dalam atmosfera, maka makin meningkat paras suhu purata bumi. Ya, ini yang disebut sebagai pemanasan dunia (global warming). Malah, yang menjadikan hal ini begitu membimbangkan adalah, jikalau kadar peningkatan karbon kekal sebegini, jika tiada sebarang usaha untuk mengekangnya, maka dijangkakan dalam tempoh 50 tahun mendatang, paras kandungan karbon dalam atmosfera boleh meningkat sehingga 500 parts per million. Apakah makna kepada kandungan karbon setinggi ini terhadap bumi (dan manusia, khususnya)?

Suhu akan meningkat, melampaui 3°C (5.4°F). Bunyinya sedikit; cuma tiga darjah. Tetapi, kita harus merasa gementar membaca kesan peningkatan suhu tiga darjah terhadap keseluruhan cuaca dunia, paras air laut, bekalan makanan, pemindahan manusia (menjadi pelarian) dan kemusnahan hutan belantara akibat kemarau dan kebakaran.
Dalam laporan IPCC yang diterbitkan awal tahun 2023, kita sebenarnya sedang berkejar dengan masa. Kita sudah tidak punya banyak masa lagi. Kita cuma ada kurang daripada 10 tahun ke hadapan untuk mengekang daripada malapetaka yang disebutkan di atas, berlaku dan meranap di depan mata kepala kita. Kita perlu bertindak, sekarang. Bangkit atau tunggu binasa. Kita tidak punya pilihan lain lagi. Pada akhirnya, kita harus sedar, kita cuma meminjam bumi ini daripada generasi akan datang.

Kata Pengantar
– oleh Dato’ Seri Amirudin Shari
Pengenalan
Penghargaan

1. Ke mana Hilangnya Katak Hijau?
Hishamuddin Rais

2. Rumah Hijau
Hishamuddin Rais

3. Kenapa Dunia Jadi Panas?
Hishamuddin Rais

4. Apa Jadi Bila Suhu Naik?
Hishamuddin Rais

5. Ais dan Glasier Mula Cair
Hishamuddin Rais

6. Kentut dan Berak Lembu
Hishamuddin Rais

7. Menjadi Pelarian Iklim
Yip Sean Yi

8. Jerebu Datang Lagi
Heng Kiah Chun

9. Menuju Kiamat Iklim
Adi Satria Ahmad

10. Kuasa Komuniti dan Kelestarian Alam
Adi Satria Ahmad

11. Haiwan dan Bumi
Mohala Santharamohana

12. Masa Depan Tanpa Air Bersih
Mohala Santharamohana

13. Bangkit atau Binasa
Mohala Santharamohana

Epilog: Sebelum Semuanya Berakhir
Hishamuddin Rais

Panduan
Glosari
Bibliografi
Kredit Gambar
Biografi Penulis

Weight0.4 kg
Dimensions21.59 × 13.99 × 1.2 cm
Author(s)

, , , ,

Format

Language

Publisher

,

Year Published

Reviews

There are no reviews yet.

Only logged in customers who have purchased this product may leave a review.