Out of stock

Tatabahasa Dewan (Edisi Ketiga)

Disusun oleh NIK SAFIAH KARIM, FARID M. ONN, HASHIM HAJI MUSA dan ABDUL HAMID MAHMOOD

DBP (Edisi Ketiga, 2015)
617 halaman termasuk Bibliografi dan Indeks

RM30.00

Out of stock

ISBN: 9789836294845 Product ID: 39636 Subject: Sub-subjects: , , ,

Tatabahasa Dewan (Edisi Ketiga) merakamkan sistem bahasa Melayu yang merupakan salah satu korpus utama bahasa Melayu, iaitu cara sesuatu bahasa itu digunakan sama ada dalam bentuk tulisan ataupun lisan. Edisi baharu cetakan pertama buku Tatabahasa Dewan telah terbit pada tahun 1993. Satu aspek utama penerbitan edisi tersebut ialah percantuman Tatabahasa Dewan Jilid 1 dengan Jilid 2 serta penyusunan semula beberapa aspek untuk menjadikan kandungannya lebih bertaut. Kini lebih 10 tahun telah berlalu. Sudah tiba masanya ditinjau kembali beberapa aspek penghuraian ciri-ciri tatabahasa bahasa Melayu supaya menjadi lebih kemas. Demikian juga, terdapat beberapa ayat contoh yang boleh dimurnikan lagi di samping satu dua unsur baharu yang dirasakan wajar dimasukkan demi kesempurnaan huraian terhadap tatabahasa bahasa Melayu.

Tidak banyak unsur baharu dimasukkan. Dari segi jumlah bab, tidak ada pertambahan. Namun, dalam menyusun senarai kandungan buku, 19 bab yang terdapat itu dibahagikan kepada tiga bahagian, iaitu Bahagian I: Sejarah dan Variasi Bahasa, Bahagian II: Morfologi, dan Bahagian III: Sintaksis. Kenyataan pembahagian ini dibuat dengan tujuan untuk memberikan gambaran yang lebih jelas tentang cakupan kandungan buku. Dua unsur baharu dimasukkan ke dalam edisi ketiga ini. Yang pertama ialah unsur wacana. Walaupun tumpuan utara buku ini adalah terhadap aspek tatabahasa, iaitu perkataan, frasa dan ayat, namun penggunaan bahasa tidak terlepas daripada unsur wacana. Dalam penggunaan ayat dalam bahasa. ayat-ayat yang digunakan membawa tumpuan kepada wacana. Wacana ialah unit bahasa yang melebihi batas ayat dan kesinambungannya tercapai melalui unsur-unsur bahasa tertentu yang disebut penanda wacana. Dalam Bab 18, satu huraian ringkas dimasukkan mengenai wacana dan penanda wacana dengan tujuan utama untuk memberikan penjelasan kepada para pembaca dan pengguna buku ini.

Unsur baharu yang kedua dalam edisi ketiga ini ialah kata adverba, iaitu satu aspek tatabahasa yang sering menimbulkan kontroversi dalam bahasa Melayu. Pendirian penyusun buku Tatabahasa Dewan ialah bahawa golongan kata yang sedia terdapat di dalam buku ini sudah mencukupi, kerana analisis penggolongan kata yang digunakan berasaskan pendekatan teori yang utuh dan selaras dengan sifat-sifat asasi bahasa Melayu. Namun, dalam bidang-bidang tertentu, terutama dalam bidang perkamusan, terdapat keperluan untuk memecahkan aspek unsur keterangan dalam ayat kepada kata adverba. Sebagai contoh, terdapat perkataan yang status utamanya adalah sebagai golongan kata tertentu (misalnya kata adjektif atau kata kerja) tetapi kadangkala berfungsi sebagai kata adverba. Agar wujud keselarasan dalam huraian ayat dalam bahasa Melayu, maka edisi ketiga ini memasukkan satu lagi subkategori golongan kata tugas, iaitu kata adverba. Dari segi jumlah, golongan kata ini tidak besar, Perkara tentang adverba ini dihuraikan dalam Bab 9.

Dua unsur kecil lagi yang dimasukkan supaya huraian dalam buku ini lebih lengkap ialah kata ganti nama tunjuk, iaitu yang terdiri daripada kata ganti nama tunjuk umum (ini dan itu) dan kata ganti nama tunjuk tempat (sini, situ, dan sana). Huraian ini terdapat dalam Bab 6. Dalam bab yang sama juga, disebut secara khusus unsur penjodoh bilangan, iaitu sebagai satu bentuk kata nama tunggal. Dengan tujuan untuk menjelaskan unsur bahasa yang dihuraikan di dalam buku ini, beberapa bahagian teks ditulis kembali, dan beberapa contoh ditambah. Antara bahagian yang mendapat penjelasan tambuhan ini termasuklah: (a) huraian tentang asal usul orang Melayu; (b) huraian tentang kata akronim; (c) huraian tentang darjah penghabisan kata adjektif; (d) huraian tentang kata bantu dan kata penguat; dan (e) huraian tentang penggandaan.

Kata Pengantar
Prakata

Bahagian I – Sejarah dan Variasi Bahasa
1. Sejarah Ringkas Bahasa Melayu
2. Variasi Bahasa Melayu

Bahagian II – Morfologi
3. Morfologi: Satu Pengenalan
4. Pembentukan Kata
5. Golongan Kata
6. Kata Nama
7. Kata Kerja
8. Kata Adjektif
9. Kata Tugas
10. Pembentukan Perkataan Baharu

Bahagian III – Sintaksis
11. Sintaksis: Satu Pengenalan
12. Frasa Nama
13. Frasa Kerja
14. Frasa Adjektif
15. Frasa Sendi Nama
16. Ayat
17. Ayat Tunggal
18. Ayat Majmuk
19. Proses Penerbitan Ayat

Glosari Istilah
Senarai Imbuhan
Bibliografi
Indeks

Weight0.623 kg
Dimensions21.2 × 14 × 2.9 cm
Author(s)

, , ,

Edition

Format

Language

Publisher

Year Published

,

Reviews

There are no reviews yet

Only logged in customers who have purchased this product may leave a review.