Out of stock

Sejarah Peperangan Tok Janggut di Kelantan

AHMAD BIN ABDUL RAHMAN adalah pengarang manuskrip yang berasal dari Kampung Bendang, Padang, Patani.

Ditransliterasi daripada Manuskrip MSS 1651 oleh HAMDAN AZIZ

Penerbit UMT (Cetakan pertama, 2016)
viii + 89 halaman termasuk Rujukan

RM28.00

Out of stock

ISBN: 9789670962061 Product ID: 39968 Subjects: , , Sub-subjects: , , , ,

Sejarah Peperangan Tok Janggut di Kelantan merupakan sebuah transliterasi manuskrip MSS 1651 yang digarap dalam tulisan Jawi pada era 1940-an, menceritakan sejarah perjuangan Tok Janggut. Manuskrip ini sangat signifikan kerana susuk sebenar Tok Janggut semenjak kecil sehingga gugur dalam medan pertempuran diterangkan secara terperinci oleh pengarang iaitu Ahmad bin Abdul Rahman, Kampung Bendang, Padang, Patani. Ahmad bin Abdul Rahman menulis setelah mendapat cerita sejarah perjuangan Tok Janggut daripada Haji Wan, yang merupakan anak kepada Dollah bin Sa’amah. Dollah adalah seorang pegawai Melayu tempatan yang turut terlibat dalam pembukaan Bandar Pasir Puteh pada peringkat awal. Garapan secara naratif manuskrip terhadap sejarah perjuangan Tok Janggut dimulakan semenjak abad ke-18 Masihi terutama yang melibatkan persempadanan Kelantan-Terengganu di Kampung Pachakan, Semerak, Pasir Puteh. Pembahagian kuasa antara Long Yunus dan Long Ghaffar sehingga membawa kepada pemerintahan Tengku Seri Maharaja Tua, Engku Besar Jeram sebagai wakil Sultan di Kota Bharu. Engku Besar Jeram bersemayam di Kota Parit, di Kampung Jeram.

Perjanjian Bangkok 1909, mengubah struktur pemerintahan Kelantan iaitu tindakan tegas pihak British yang berusaha mendapatkan hasil. Hal ini tentulah menimbulkan senario sporadic resistance iaitu berdasarkan tiga elemen utama. Pertama, perubahan pentadbiran tradisional Melayu Kelantan kepada sistem Barat yang akhirnya turut memberi kesan kepada kedudukan Engku Besar Jeram. Kedua, pengenalan sistem cukai yang membebankan penduduk. Ketiga, kedudukan peribadi Tok Janggut yang mempunyai darah kepahlawanan yang mengalir daripada ayahnya Panglima Munas. Pendidikan Tok Janggut yang bermula dengan sistem pondok serta sewaktu menunaikan haji di Makkah menunjukkan beliau seorang yang arif dalam bidang agama. Sementara itu, seruan jihad yang diterima daripada Syeikh Khairi Affendi, Mufti Besar kerajaan Turki Uthmaniah melalui Syeikh Ahmad al-Fatani di Makkah sewaktu berlangsungnya Perang Dunia Pertama turut mempengaruhi Tok Janggut untuk bangkit menentang British.

Prakata

1. Pendahuluan
2. Transliterasi Manuskrip Sejarah Peperangan Tok Janggut
Bandar Pasir Puteh Terbuka
Tok Janggut Mula Mengurai Langkah
Pemberontakan Tok Janggut Melawan Kerajaan
Askar-Askar Inggeris Mencampuri Pemberontakan Tok Janggut
Mayat Tok Janggut ke Kota Bharu

Lampiran: Versi Asal Manuskrip Sejarah Peperangan Tok Janggut Di Kelantan (MS 1651)
Rujukan

Weight0.206 kg
Dimensions25.4 × 17.7 × 0.7 cm
Author(s)

,

Format

Language

Publisher

Year Published

Reviews

There are no reviews yet

Only logged in customers who have purchased this product may leave a review.