Out of stock

Perahu Tradisional: Warisan Seni Pesisir Terengganu

Penulisan bersama RUZAINI SULAIMAN @ ABD. RAHIM, RADHIAH ISMAIL dan ROSYIDAH MUHAMAD

Penerbit UMT (Cetakan pertama, 2019)
122 halaman termasuk Rujukan dan Indeks

RM64.00

Out of stock

ISBN: 9789672200871 Product ID: 39969 Subject: Sub-subjects: , , ,

Perahu Tradisional: Warisan Seni Pesisir Terengganu memerihalkan tentang peranan dan jenis-jenis perahu yang digunakan oleh komuniti pesisir Terengganu, cabaran kegunaan perahu tradisional, asas dan hiasan perahu serta seni pertukangan perahu. Perahu tradisional Terengganu merupakan warisan khazanah budaya komuniti pesisir Terengganu yang nilai kesenian dan keindahannya sukar ditandingi. Seni pertukangan tangan komuniti pesisir memberi bukti kepada generasi sekarang bahawa daya cipta dan kehalusan akal komuniti tradisional pesisir sangat tinggi. Ia melambangkan identiti dan kehidupan komuniti ini yang sangat akrab dengan alam kelautan. Tetapi rempuhan teknologi dan hambatan kemodenan telah meminggirkannya. Kini ia hanya dijadikan sebagai alat pameran sahaja walaupun terdapat segelintir pencinta seni pertukangan yang berusaha mempertahankan warisan bernilai ini. Komuniti pesisir Terengganu telah menghasilkan pelbagai jenis perahu daripada yang kecil di mana perahu yang hanya digunakan untuk tujuan mengangkut penumpang, mengail, mencandat sotong dan sebagainya kepada perahu besar yang digunakan untuk menangkap ikan atau belayar membawa barangan dagangan. Antara peranan penting perahu tradisional Terengganu suatu ketika dahulu adalah untuk aktiviti perdagangan, melancarkan hubungan diplomatik pengangkutan penduduk setempat, mengangkut hasil jualan, aktiviti perikanan dan sebagainya.

Seulas Pinang
Secangkir Kata
Prakata

1. Pengenalan
2. Peranan Perahu dan Pesisir Terengganu; Dahulu dan Sekarang
3. Jenis-jenis Perahu Tradisional
4. Asas dan Hiasan pada Perahu Tradisional
5. Seni Pertukangan Perahu Tradisional dan Pengantarabangsaan
6. Cabaran Penggunaan Perahu Tradisional Terengganu
7. Kata Akhir

Rujukan
Indeks

Weight0.489 kg
Dimensions21.5 × 21.5 × 1.1 cm
Author(s)

, ,

Format

Language

Publisher

Year Published

Reviews

There are no reviews yet

Only logged in customers who have purchased this product may leave a review.