Pengangkutan Air Negeri Terengganu

MOHD YUSOF ABDULLAH ialah mantan Pengarah Lembaga Muzium Negeri Terengganu.

Penerbit UMT (Cetakan pertama, 2021)
xii + 189 halaman termasuk Rujukan dan Indeks

RM70.00

Only 1 left in stock

Pengangkutan Air Negeri Terengganu memerihalkan tentang ketinggian ilmu penukang perahu Terengganu membina pelbagai jenis perahu untuk berbagai-bagai tujuan dengan menggunakan bahan-bahan yang terdapat di persekitaran bagi menghasilkan segala peralatan pertukangan dan bahan binaan perahu, di samping menggunakan kaedah tersendiri dalam membina perahu. Melalui pemikiran yang kreatif dan daya inovatif, penukang perahu Terengganu dapat menghasilkan perahu mengikut peredaran masa. Selain itu, mereka juga membina perahu dan bot tanpa menggunakan pelan. Pelbagai jenis perahu telah dihasilkan bermula daripada Perahu Jalur sehinggalah perahu yang diperbuat daripada kaca gentian (fiberglass). Bagi menambah kecantikan perahu, mereka turut menghiasi bahagian-bahagian tertentu pada perahu seperti badan, haluan dengan memasang bangau, okok dan caping manakala di bahagian belakang diletakkan sangga dan sendung. Terdapat juga perahu-perahu tradisi yang dihiasi pada bahagian badan dan haluan perahu, di samping mengukir pemegang atau hulu atau batang kemudi.

Masyarakat Melayu Terengganu, bukan hanya pembuat perahu yang mahir dan masyhur tetapi juga merupakan pelaut yang berani dan cekap. Mereka menggunakan Perahu Besar yang dibina di Terengganu, dan berjaya melayarinya sama ada dengan kaedah memalim atau meredah lautan untuk berdagang. Justeru, buku ini turut memaparkan tentang ilmu yang dimiliki oleh pelaut Terengganu semasa melayari perahu di lautan. Dalam kehidupan masyarakat tradisi mereka tidak dapat terpisah daripada sistem kepercayaan, adat dan pantang larang. Bermula daripada proses pembinaan sesebuah perahu sehinggalah semasa penggunaannya, pelbagai peraturan, adat dan pantang larang perlu dipatuhi. Bagi mengingati dan menghargai jasa tukang dan nakhoda, maka sebahagian nama dan gambar serta lokasi pembinaan turut dicatatkan dalam buku ini.

Kata Pengantar
Kata Alu-aluan
Prakata

1. Pendahuluan
2. Jenis-jenis Perahu Terengganu
3. Teknologi Ketukangan Perahu Terengganu
4. Anatomi, Ragam Hias, Teknologi Pelayaran dan Nakhoda
5. Adat, Kepercayaan dan Pantang Larang
6. Perkembangan Industri Perahu
7. Penutup

Rujukan
Glosari Perahu
Indeks
Biodata Penulis

Weight0.737 kg
Dimensions21.5 × 21.5 × 1.7 cm
Author(s)

Format

Language

Publisher

Year Published

Reviews

There are no reviews yet

Only logged in customers who have purchased this product may leave a review.