Penulisan Akademik Sastera

MANA SIKANA adalah penerima watikah Sasterawan Perak ke-2 pada tahun 2004.

DBP (Cetakan pertama, 2015)
xii + 358 halaman termasuk Bibliografi dan Indeks

RM25.00

In stock

ISBN: 9789834617868 Product ID: 40356 Subject: Sub-subjects: ,

Penulisan Akademik Sastera membincangkan tentang konsep, kaedah, aplikasi dan panduan menulis tesis, jurnal, kertas kerja dan esei kritikan khususnya dalam bidang sastera yang merupakan penanda aras dalam kegiatan intelektual dan pembelajaran di institusi pengajian tinggi. Huraian rinci diberikan dari aspek konsep dan penulisan akademik, aplikasi teori sastera, kaedah penulisan tesis dan jurnal yang berkesan serta turut menyentuh pelbagai perkara penting yang berkait rapat tentang penulisan akademik sastera. Keseluruhan bab yang terkandung di dalamnya disusun secara sistematik; bermula dengan gambaran umum tentang penulisan akademik, penguasaan teori, kaedah dan aplikasi penulisan karya akademik dan diakhiri dengan perbincangan terhadap penilaian penulisan akademik.

Setiap jenis penulisan akademik memerlukan penyelidikan dan kajian. Oleh itu, buku ini juga membicarakan jenis penyelidikan dan kaedah menjalankannya. Sama ada penyelidikan perpustakaan atau kerja lapangan, seseorang itu dituntut melakukannya secara sistematis dan berhujah kepada subjek yang hendak ditulis. Dalam konteks penulisan ini juga, seseorang itu perlu menggunakan teori, kerangka teori, model, koda, gagasan dan seterusnya menjadikannya sebagai landasan penulisan. Oleh itu, buku ini juga membicarakan aspek-aspek penteorian ini. Perlu ditegaskan, penulisan, analisis dan pewacanaan akademik dalam bidang sastera berbeza daripada disiplin dan keilmuan di luar sastera, meskipun dalam kelompok kemanusiaan yang sama.

Perlu juga ditegaskan bahawa kekuatan penulisan akademik turut bergantung pada bahasa dan rujukan. Bahasa akademik mempunyai laras bahasanya yang tersendiri. Bahasa menjadi salah satu pengukur dan penentu kejayaan sesebuah penulisan akademik itu. Justeru, penulisan ilmiah dibangunkan oleh kerangka penalaran dan penghujahan dalam sebuah analisis yang aktif dan dinamik yang hanya terjelma oleh gaya bahasa yang bertenaga, kuat dan memiliki daya tarik. Bahasa yang menjadi pengungkap idea harus digunakan dengan tepat dan jitu. Sesungguhnya, jantung penulisan akademik itu berada pada bahasanya dan penggerak perjalanan hayatnya. Kesalahan atau kecanggungan bahasa akan merosakkan perjalanan darah tubuh penulisan akademik. Oleh hal yang demikian, seseorang penulis itu harus peka dengan bahasanya, malah menguasainya dengan baik dan sentiasa memperkaya dan memperteguhkannya.

Justeru, Penulisan Akademik Sastera ternyata berupaya menjadi panduan dan rujukan berguna untuk pembaca dalam menulis serta menghasilkan karya ilmiah khususnya dalam bidang sastera.

Prakata

1. DASAR PENULISAN AKADEMIK
Definisi
Konsep Akademik
Jenis Penulisan Akademik
Kajian Sastera
Penyelidikan Sastera
Kaedah Penyelidikan
Jenis dan Kajian Penyelidikan
Rujukan Akademik

2. PENGUASAAN TEORI SASTERA
Definisi
Fungsi Teori
Teori Sastera Moden
Teori Sastera Pascamoden
Teori Sastera Tempatan
Teori Sastera Bandingan

3. PENULISAN ESEI SASTERA
Definisi
Konsep Esei
Jenis Esei
Struktur Esei
Menguasai Penulisan Esei
Esei dan Kritikan
Kaedah Menulis Esei
Contoh Penulisan Esei

4. PENULISAN KRITIKAN SASTERA
Definisi
Konsep Kritikan
Fungsi Kritikan
Jenis Kritikan
Persiapan Mengkritik
Menulis Sorotan dan Resensi
Kaedah Menulis Kritikan
Contoh Penulisan Kritikan

5. PENULISAN TESIS
Definisi
Konsep Tesis
Jenis Tesis
Tesis dan Teori
Persediaan Menulis Tesis
Menyediakan Kertas Cadangan
Menulis Tesis
Menulis Latihan Ilmiah
Menulis Tesis Sarjana
Menulis Disertasi Kedoktoran
Contoh Penulisan Tesis

6. PENULISAN KERTAS KERJA
Definisi
Jenis Kertas Kerja
Struktur Kertas Kerja
Panduan Menulis Kertas Kerja
Contoh Penulisan Kertas Kerja

7. PENULISAN JURNAL
Definisi
Konsep Jurnal
Fungsi Jurnal
Jenis Jurnal
Penulisan untuk Jurnal
Menulis Kritikan Sastera untuk Jurnal
Penulisan Laporan Penyelidikan Kaedah Menulis Jurnal
Contoh Penulisan Jurnal

8. BAHASA AKADEMIK
Definisi
Konsep Bahasa
Bahasa dan Bacaan
Stail Penulisan
Memilih Perkataan
Menulis Ayat
Membina Paragraf
Pengayaan Bahasa

9. KANUN RUJUKAN
Definisi
Konsep Rujukan
Jenis Kanun Rujukan
Menulis Bibliografi
Contoh Rujukan dalam Penulisan

10. PENILAIAN PENULISAN AKADEMIK
Pendahuluan
Penyeliaan
Penilaian Tesis
Contoh Penilaian Tesis Sarjana dan Kedoktoran
Penilaian Artikel limiah

Bibliografi
Indeks

Weight0.473 kg
Dimensions21.6 × 14 × 1.9 cm
Author(s)

Format

Language

Publisher

Year Published

Reviews

There are no reviews yet

Only logged in customers who have purchased this product may leave a review.