Mat Indera: Antara Identiti dan Ideologi

MUHAIMIN SULAM pernah menjadi pensyarah di universiti tempatan yang mengajar hubungan etnik, sains politik dan geopolitik. Menjadi kolumnis di Malaysiakini, Malaysia Dateline dan NextStep Malaysia.

SIRD (Cetakan pertama, 2024)
xxiv + 263 halaman termasuk Bibliografi dan Indeks

RM45.00

Only 1 left in stock

ISBN: 9786297575070 Product ID: 40523 Subjects: , Sub-subjects: , , , ,

Mat Indera: Antara Identiti dan Ideologi merungkai misteri identiti dan ideologi Mat Indera secara saksama dengan mengambil kira latar belakang sejarah dan pergolakan siasah yang mendesak pemikiran dan tindakan radikal golongan yang sering dirujuk ramai pengkaji sebagai ‘berhaluan kiri’. Kisah Mat Indera kadangkala timbul menjelang sambutan bulan-bulan kemerdekaan. Penulis mengutarakan persoalan, jika penilaian dibuat dalam konteks atau latar belakang sejarah sedemikian, tidakkah wajar Mat Indera diangkat atau sekurang-kurangnya diiktiraf juga sebagai pejuang nasionalis, pendukung kemerdekaan yang gigih menentang penjajahan?

Penulis tidak juga mengelak persoalan-persoalan ideologi yang kompleks yang seharusnya mencuit renungan kita. Antara lain, beliau membangkitkan persoalan mestikah seseorang yang berhaluan kiri, atau seorang komunis sekalipun, menolak kepercayaan agama, umpamanya Mat Indera diandaikan menolak Islam atau berfahaman ateis? Mungkinkah penilaian zamannya terhadap Mat Indera dipengaruhi penilaian atau kayu ukur penjajah, berserta penilaian elit Melayu tradisional yang sehaluan dan seberkepentingan dengan mereka? Satu persoalan yang menguak renungan kita yang dilontar penulis.

Untuk menyediakan buku ini, penulis telah banyak berusaha menambah bahan-bahan untuk menguatkan lagi penyelidikan dan penggaliannya. Beliau telah berpeluang mewawancara mereka yang terlibat dan bergaul dengan Mat Indera. Beliau juga berpeluang menyisip bahan-bahan Mohamad Sabu yang didakwa di mahkamah atas tuduhan menghina angkatan keselamatan dan keluarga mereka apabila mengangkat Mat Indera sebagai pejuang kemerdekaan, yang telah mencetuskan suatu kontroversi nasional.

Kata Pengantar
Singkatan
Penghargaan
Prolog
Prolog Kedua

1. Mukadimah
Sejarah Yang Tenggelam
Ideologi dan Identiti
Mengapa Mat Indera?
Merenung Bukit Kepong

2. Mat Indera dalam Filem dan Novel
Seputar Layar Jins Shamsuddin
Ogos, Merdeka dan Kisah ‘Si Penjahat’
Membedah Filem Bukit Kepong
Mat Indera dalam Tiga Novel Melayu

3. Darurat dan Merdeka
Zaman Perang — Darurat — Penjajahan
Nasionalisme Sebelum Merdeka
Kelompok Agama dalam Gerakan Nasionalisme

4. Bumi Dipijak, Langit Dijunjung
Latar Belakang Keluarga
Peribadi dan Pendidikan
Manuskrip Jawi Mat Indera
Mat Indera Berkisah Perihal Nabi
Jiwa Orang Muda

5. Kesedaran Merdeka
Zaman Makan Ubi Kayu
Selepas Hiroshima Meledak
Api Yang Membara
Kuasa Kaum Buruh
Kembara Sang Gerila
Berjuang dalam PKM

6. Rahsia Sebuah Bukit
Sebelum Bukit Kepong Diserang
Penglibatan Mat Indera dalam Bukit Kepong
Selamatkan Orang Melayu
Pertempuran di Bukit Kepong

7. Kemuncak Perang
Selepas Tragedi
Perangkap Kawan Sendiri
Silapnya Mat Indera
Gagah ke Tali Gantung

8. Pengadilan Akhir
Merdeka dalam Darurat
Ke Pusara Bapa Mat Indera
Sarjana di Kandang Saksi
Killed on Duty
Sebelum Menutup Kalam

Sisipan
Lampiran 1
Lampiran 2
Lampiran 3

Bibliografi
Indeks

Weight0.443 kg
Dimensions22.8 × 15.2 × 1.5 cm
Author(s)

Format

Language

Publisher

Year Published

Reviews

There are no reviews yet

Only logged in customers who have purchased this product may leave a review.