Modul Pengajian Tamadun Islam dan Tamadun Asia merupakan teks wajib bagi Kursus Tamadun Islam dan Tamadun Asia (TITAS) bagi universiti awam di Malaysia. Pengajian TITAS diperkenalkan di peringkat universiti atas kesedaran bahawa para pelajar perlu memahami latar belakang pemikiran, pembudayaan dan sejarah dalam tamadun-tamadun besar yang melingkungi mereka serta bagi menyuburkan dialog antara tamadun. Pengetahuan ini penting untuk memupuk semangat persefahaman dan kesalingan serta sikap hormat-menghormati di kalangan rakyat pelbagai agama, kaum dan budaya. Selain itu para pelajar juga diharapkan mempunyai pemikiran yang luas dan berpanjangan global di samping menghayati nilai-nilai murni sejagat. Sepanjang sejarah telah muncul tamadun-tamadun yang besar dan masyhur seperti tamadun Mesir, tamadun India, tamadun Cina, tamadun Yunani, tamadun Islam dan lain-lain. Setiap tamadun dilihat mempunyai penonjolan yang tersendiri seperti tamadun Yunani yang masyhur dengan falsafah dan keseniannya, manakala tamadun Islam pula masyhur dengan perspektif kehidupan yang menyeluruh di samping perkembangan sains dan teknologi. Buku ini menyentuh pembinaan dan perkembangan tamadun Islam dan tamadun-tamadun besar Asia yang lain iaitu Melayu, Cina dan India.
Modul Pengajian Tamadun Islam dan Tamadun Asia
Disunting oleh OSMAN BAKAR, AZIZAN BAHARUDDIN dan ZAID AHMAD
Penerbit UM (Cetakan ke-16, 2022)
xxiii + 137 halaman termasuk Indeks
RM25.00
In stock
Pengantar
Prakata
1. Pengenalan Ilmu Ketamadunan
2. Tamadun Islam
3. Tamadun Asia
Tamadun Melayu—Teras Tamadun Malaysia
4. Tamadun India
5. Tamadun Cina
6. Isu-isu Semasa dan Masa Depan
Glosari
Indeks
Weight | 0.254 kg |
---|---|
Dimensions | 22.7 × 15.1 × 0.8 cm |
Author(s) | |
Format | |
Language | |
Publisher | |
Year Published |
Only logged in customers who have purchased this product may leave a review.
Reviews
There are no reviews yet