Gaya Dewan (Edisi Ketiga)

Terbitan khas Karyawan Dewan Bahasa dan Pustaka
Edisi Ketiga Cetakan Kelima, 2023
324 halaman termasuk Bibliografi dan Indeks

RM50.00

In stock

ISBN: 9789836247636 Product ID: 31595 Subject: Sub-subjects: , ,

Gaya Dewan (Edisi Ketiga) merupakan usaha mewajahkan citra DBP sebagai sebuah penerbit besar di negara ini dan menjadi panduan dan rujukan utama para editor dan semua karyawan yang terlibat dalam industri penerbitan. Sesungguhnya, kecemerlangan dalam industri perbukuan terpancar daripada hasil dan acuan yang telah disediakan oleh sesebuah penerbit untuk dijadikan ikutan dan panduan. Sebagai bahan rujukan yang luas khalayak penggunanya, buku Gaya Dewan telah dikemas kini dari semasa ke semasa untuk memenuhi cita-cita dan matlamat ini.

Menerusi Gaya Dewan (Edisi Ketiga), dengan beberapa tambahan dan penyesuaian dari segi isi dan persembahan akan dapat dimanfaatkan oleh semua editor, penterjemah, penulis, pereka bentuk, pengatur huruf, pembaca pruf, dan profesional yang terlibat dalam bidang penerbitan. Sebagai sebuah penerbit buku dalam bahasa Melayu yang terbesar dan terkemuka di negara ini sudah sampailah masanya Malaysia menerbitkan buku yang mempunyai identiti yang tersendiri. Ini bermakna aspek fizikal buku kita daripada saiz buku, reka bentuk kulit, reka letak bahan teks, tatabahasa, ejaan, tanda baca, simbol, singkatan, istilah, dan reka letak ilustrasi, peta, jadual, dan sebagainya hinggalah kepada menyusun bahan dokumentasi seperti nota, bibliografi, indeks, dan sebagainya mestilah seragam.

Senarai Rajah
Senarai Jadual
Penyumbang Edisi Ketiga
Penyumbang Edisi Kedua
Penyumbang Edisi Pertama
Epigraf
Kata Pengantar Edisi Ketiga
Kata Pengantar Edisi Kedua
Kata Pengantar Edisi Pertama
Pendahuluan Edisi Ketiga
Pendahuluan Edisi Kedua
Pendahuluan Edisi Pertama

BAHAGIAN I – BAHAGIAN-BAHAGIAN BUKU
1. Kulit
2. Bahan Awalan
3. Bahan Teks
4. Bahan Akhiran

BAHAGIAN II – PENYUNTINGAN
5. Tatabahasa
6. Tanda Baca
7. Huruf Besar dan Huruf Condong
8. Penomboran
9. Singkatan dan Akronim
10. Karya Undang-Undang
11. Karya Sastera

BAHAGIAN III – PIAWAIAN TEKNIKAL
12. Tatanama dan Penamaan Sains
13. Simbol Teknikal
14. Rumus dan Persamaan
15. Transliterasi Huruf Arab-Rumi

BAHAGIAN IV – DOKUMENTASI
16. Penunjuk Rujukan di dalam Teks
17. Nota
18. Petikan
19. Bibliografi
20. Indeks

BAHAGIAN V – REKA BENTUK
21. Reka Bentuk

Lampiran
1. Penyediaan Manuskrip
2. Senarai Semakan untuk Penulis
3. Nama Negara dan Ibu Kota
4. Abjad Greek
5. Nombor Arab
6. Nombor Roman
7. Senarai Surah
8. Tanda Panah
9. Senarai Tanda dan Simbol
10. Jadual Berkala Unsur
11. Jadual Penukaran Serentak
12. Berat, Ukuran dan Timbangan
13. Waktu Dunia
14. Prosedur Kerja Pruf
15. Tanda Pruf
16. Percetakan
17. Saiz Kertas
18. Bahagian-bahagian Huruf
19. Anatomi Buku
20. Bahagian-bahagian Halaman Buku
21. Jadual Penjenisan Ukuran Teks dan Jidar Pelbagai Terbitan DBP
22. Format Buku DBP
23. Reka Letak Bahagian-bahagian Buku

Bibliografi
Indeks

Weight0.767 kg
Dimensions24.6 × 17 × 2.5 cm
Edition

Format

Language

Publisher

Year Published

Reviews

There are no reviews yet

Only logged in customers who have purchased this product may leave a review.

More from this Author