Panduan Penulisan Memoir, Autobiografi dan Biografi

ROOSFA HASHIM adalah pemain industri buku Malaysia yang tidak asing lagi, dengan pengalaman lebih daripada tiga dekad bermula di Penerbit UKM, dan bertanggungjawab membangunkan siri biografi dan memoir UKM.

Penerbit UPM (Cetakan Pertama, 2016)
192 halaman termasuk Rujukan dan Indeks

RM48.00

In stock

Product ID: 25963 Subject: Sub-subjects: , ,

Panduan Penulisan Memoir, Autobiografi dan Biografi memberikan panduan, petua, pedoman dan pelbagai teknik dan gaya dalam penulisan kisah hidup manusia. Menulis adalah suatu kerja seni. Oleh itu, untuk menulis sebuah kisah hidup perlukan kebolehan dan kemahiran yang unik. Penulisnya mesti mengenali dengan mendalam subjek atau tokoh yang akan ditulisnya. Penulis juga mesti sabar membuat penyelidikan, bertekun dengan manuskrip yang ditulisnya, teliti menyemak fakta yang didapatinya dan bakal dikarangnya.

Biografi, autobiografi, memoir, travelog, kumpulan surat peribadi adalah beberapa bentuk tulisan dalam genre ini. Semuanya adalah sama, kisah hidup manusia. Manusia yang dipilih untuk ditulis kisah kehidupannya mestilah seorang yang memiliki cerita yang unik dan menarik. Watak, perwatakan dan perjalanan hidupnya perlu dibentangkan dalam pelbagai plot dan latar, menggunakan dialog dan monolog sehingga menimbulkan pelbagai corak, warna warni dan hiruk-pikuk dalam kehidupannya.

Penulisan dan penerbitan buku tentang kisah hidup mereka yang berjaya dan berjasa sudah berkembang dengan baik di Malaysia. Satu demi satu biografi dan memoir terbit tentang kehidupan mereka yang datang dari semua latar belakang termasuk tokoh gerakan kiri dan pegawai kolonial Inggeris, pemimpin negara dan tokoh pembangkang, bintang filem dan selebriti, ahli sukan, anggota pasukan keselamatan, pegawai tinggi kerajaan, diplomat, tokoh korporat dan ahli perniagaan, tokoh pendidik dan saintis dan pelbagai lagi.

Walau bagaimanapun, jumlah biografi yang telah terbit adalah terlalu kecil jika dibandingkan dengan angka keseluruhan mereka yang kita ketahui telah memainkan peranan yang besar dalam bidang masing-masing. Masih ramai pemimpin negara dan tokoh pembangkang, bintang filem dan selebriti, ahli sukan, anggota pasukan keselamatan, pegawai tinggi kerajaan, diplomat, tokoh korporat, tokoh pendidik dan pelbagai lagi yang kisah hidup mereka belum kita tulis dan bukukan. Sebahagian besar mereka telah pergi meninggalkan kita, sebahagian yang lain telah uzur dan sakit, dan tidak kurang yang masih sihat dan kuat ingatannya dan boleh kita rakamkan sumbangan mereka. Bangsa yang bermaruah adalah yang mengingati dan menyimpan serta mendokumentasikan jasa serta sumbangan tokohnya.

Prakata
Penghargaan
Pendahuluan

BAHAGIAN 1 — Aspek Teori

BAB 1 Biografi adalah Cerita Manusia

BAB 2 Mengapa Menerbitkan Kisah Hidup

BAB 3 Pelbagai Bentuk Penulisan Kisah Hidup

BAB 4 Membina Watak dan Plot

BAB 5 Penyelidikan, Ingatan dan Bahan

BAB 6 Gunakan Teknik Jurnalistik

BAB 7 Proses Menulis Biografi

BAB 8 Kisah Hidup Pemimpin Kerajaan dan Penjawat Awam

BAB 9 Belajar dari Biografi Tokoh Ternama

BAHAGIAN 2 – Aspek Amali

BAB 10 Ulasan Beberapa Biografi Terpilih

BAB 11 Projek Penulisan — Menulis Memoir atau Autobiografi Anda

BAB 12 Laporan Bengkel Penulisan Biografi

Rujukan
Indeks

Weight0.457 kg
Dimensions24.1 × 16.5 × 1.1 cm
Author(s)

Format

Language

Publisher

Year Published

4.0
Based on 1 review
5 star
0%
4 star
100
100%
3 star
0%
2 star
0%
1 star
0%
  1. MOHD NOR HASHRI BIN JUNOH HASHRI (Verified Reader)

    (0) (0)

Only logged in customers who have purchased this product may leave a review.