Out of stock

Feudalisme: Sejarah dan Persejarahan

AZMI ARIFIN ialah pensyarah kanan di Bahagian Sejarah, Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan, Universiti Sains Malaysia.

DBP (Cetakan pertama, 2023)
xii + 545 halaman termasuk Bibliografi dan Indeks

RM110.00

Out of stock

ISBN: 9789834940577 Product ID: 40629 Subjects: , Sub-subjects: , , ,

Feudalisme: Sejarah dan Persejarahan menghuraikan konsep feudalisme, perkembangan sejarahnya dan persejarahannya serta pengaruh perdebatan wacana feudalisme dalam pelbagai bentuk ideologi dan pemikiran. Walaupun feudalisme diperlihatkan oleh ahli sejarah sebagai satu fenomena yang telah bermula di Eropah dan bahkan konsepnya itu sendiri talah ciptaan dalam persejarahan Eropah, namun ramai berpendapat gejala feudalisme bukanlah satu fenomena sui generis Eropah Barat Zaman Pertengahan sahaja. Feudalisme sebagai satu amalan dianggap telah muncul, sama ada lebih awal atau lebih lewat, dalam perkembangan sejarah negara-negara lain termasuk Asia dan Timur Tengah seperti Jepun, China, India, Parsi dan negara-negara bekas negara Kesatuan Soviet. Bahkan terdapat sesetengah pengkaji yang menganggap feudalisme juga wujud dan diamalkan di negara-negara di Asia Tenggara termasuklah Tanah Melayu, iaitu sebelum bermulanya zaman penjajahan Barat kurun ke-19.

Namun berbanding di Eropah Barat, penelitian menunjukkan wacana tentang sejarah feudalisme di Tanah Melayu agak kurang mendalam. Malah tiada satu pun tulisan pernah dihasilkan membincangkan amalan feudalisme Melayu secara menyeluruh dan mendalam. Oleh itu, wujud kekeliruan mahupun percanggahan pendapat yang meluas dalam kalangan pengkaji yang mengkaji tentang sejarah masyarakat Melayu awal. Penulisan ini didorong oleh satu keperluan dan hasrat yang besar bagi menjernihkan kekeliruan dan kesalahfahaman tersebut. Fokus utama penulisan ini ialah bagi memaparkan dan menjelaskan semula kemunculan sistem itu, perkembangannya di kawasan asal dan seterusnya mempengaruhi atau mempunyai hubung kait secara langsung mahupun secara kebetulan dengan sejarah dunia, dari penjuru Eropah hingga ke garisan sejarah Asia Tenggara. Perbincangan juga ditumpukan terhadap aspek masa atau tempoh awal kemunculannya hingga perkembangannya selepas kurun ke-19. Keutamaan penulisan ini diberikan terhadap usaha-usaha untuk memaparkan dan menjelaskan dengan lebih tepat dan menyeluruh tentang pengertian sebenar gagasan itu, ciri-ciri pokoknya dan perkembangan sejarahnya di seluruh dunia yang nampaknya hingga kini masih menjadi isu, persoalan dan perdebatan dalam kalangan pengkaji sejarah.

Dalam usaha mewujudkan kefahaman yang lebih jelas dan menyeluruh, tulisan ini akan melihat perkembangan feudalisme bukan sahaja dalam konteks yang berlaku dalam sejarah awalnya di Eropah Barat Zaman Pertengahan, malah juga di beberapa negara lain di Asia dan Asia Tenggara, dengan lebih khusus lagi di Jepun dan Tanah Melayu. Kedua-duanya dipilih bagi mewakili satu perbincangan yang dapat menjelaskan elemen-elemen dinamik dalam perkembangan sejarah mengikut perbezaan masa dan tempat. Perbahasan sejauh mana wujudnya feudalisme di Tanah Melayu amat menarik perhatian dan menjadi satu fokus utama dalam kajian ini. Hal ini disebabkan masih wujud kekaburan dan kekeliruan tentang persoalan sejauh mana feudalisme pernah diamalkan oleh masyarakat Melayu, khususnya sebelum zaman kolonial. Persoalan sejauh mana negeri-negeri Melayu di Semenanjung Tanah Melayu sebelum zaman kolonial pernah mengamalkan “feudalisme” atau “sistem feudal” akan dibahaskan berdasarkan teori dan perbandingannya dengan sifat-sifat dan ciri-ciri feudalisme yang wujud di tempat-tempat lain, terutamanya Eropah Barat.

Prakata
Penghargaan

1. Konsep Feudalisme: Ke Arah Satu Takrif
2. Feudalisme Eropah Barat Zaman Pertengahan
3. Feudalisme dan Revolusi Perancis 1789
4. Asia, Despotisme dan Feudalisme dalam Pemikiran Eropah: Dari Bernier hingga Marx
5. Perkembangan Feudalisme Jepun: Dari Kamakura hingga Tokugawa
6. Kolonialisme British dan Asal Usul Pemikiran tentang “Feudalisme Melayu”
7. Persambungan Pemikiran tentang Konsep “Feudalisme Melayu”
8. Legasi Pemikiran Syed Hussein Alatas: Antara Ideologi Kolonial, Mitos “Peribumi Malas” dan “Feudalisme Melayu”

Bibliografi
Indeks

Weight0.73 kg
Dimensions22.8 × 15.2 × 2.9 cm
Author(s)

Format

Language

Publisher

Year Published

Reviews

There are no reviews yet

Only logged in customers who have purchased this product may leave a review.

More from this Author

  • Feudalisme Eropah Barat Zaman Pertengahan

    Feudalisme Eropah Barat Zaman Pertengahan

    RM30.00
  • Revolusi Perancis, 1789-1799
    Out of stock

    Revolusi Perancis, 1789-1799

    RM40.00