Out of stock

Pusaka Watan dalam Manuskrip Melayu

Disunting oleh ROS MAHWATI AHMAD ZAKARIA, SALMAH JAN NOOR MUHAMMAD dan AHMAD BAZRI MOKHTAR

Penerbit UKM (Cetakan pertama, 2023)
279 halaman termasuk Rujukan dan Indeks

RM45.00

Out of stock

Pusaka Watan dalam Manuskrip Melayu menghimpunkan sejumlah makalah yang membincangkan perihal manuskrip Melayu sebagai suatu warisan pusaka yang penting dengan merangkumi perbincangan politik diplomasi, etnosentrisme, sejarah kesultanan, kesusasteraan, budaya dan bahasa. Sesebuah masyarakat yang bertamadun mempunyai daya pemikiran dan kemahiran menulis serta membaca yang menjadi satu syarat dalam penyebaran ilmu. Masyarakat Melayu meneruskan legasi sebagai masyarakat bertamadun dengan merekodkan pencapaian dan kejadian yang telah berlaku dan yang sedang berlaku dalam zaman mereka dalam bentuk bertulis yang menjadi rekod sejarah yang mampu menjadi bukti pencapaian masyarakat Melayu. Manuskrip menyimpan seribu satu kisah tentang kehidupan masyarakat di wilayah yang diberi nama alam Melayu ini.

Manuskrip dihasilkan dalam pelbagai bentuk sama ada yang berjilid atau pun tidak berjilid. Naskah manuskrip yang berjilid sering menyimpan pelbagai ilmu yang mempunyai teks yang panjang dengan pelbagai perbincangan yang terhasil daripada pemikiran penulis. Bagi naskah manuskrip yang tidak berjilid seperti warkah rasmi mahupun tidak rasmi mengandungi maklumat yang berkisar tentang kehidupan dan kejadian yang berlaku sewaktu warkah tersebut ditulis. Selain daripada jenis manuskrip yang menyimpan ilmu tempatan ini, teks manuskrip alam Melayu boleh diterokai daripada pelbagai kaedah penelitian manuskrip seperti filologi, kodikologi, epigrafi, transliterasi, transkripsi dan terjemahan. Setiap daripada kaedah ini akan membawa kepada serlahan ilmu yang lebih luas mengenai kehidupan, pemikiran dan budaya masyarakat yang tinggal di alam Melayu. Justeru itu, bab dalam buku ini disusun dalam tiga tema utama, iaitu pensejarahan, kebitaraan pengarang Melayu dan keindahan teks dalam manuskrip Melayu.

Prakata

1. Khazanah Intelektual Watan sebagai Acuan Kemajuan Bangsa
Ros Mahwati Ahmad Zakaria, Salmah Jan Noor Muhammad & Ahmad Bazri Mokhtar

2. Komunikasi dalam Hubungan Diplomatik Kesultanan Melayu Melaka dan Kerajaan-kerajaan Pengganti Berdasarkan Warkah dan Naskhah Terpilih
Ainul Akmal Hisham Ainul Hafizan, Abdul Muati @ Zamri Ahmad & Salmah Jan Noor Muhammad

3. Etnosentrisme Orientalis Barat terhadap Diplomatik Melayu: Pembuktian Menerusi Warkah Melayu Terpilih
Salmah Jan Noor Muhammad & Nadiatul Shakinah Abdul Rahman

4. Kesultanan Beolongan (Bulungan) dan Pensejarahan Sabah
Abdul Rahman Mad Ali@Abang, Fatmah Haji Sidek & Zaini Othman

5. Antagonis Migran Cina dalam Perang Monterado: Suatu Penelitian terhadap Naskhah Syair Perang Cina di Monterado
Steven Alezender

6. Kesejarahan dan Keunikan Salasilah Melayu dan Bugis sebaga Sebuah Pensejarahan Melayu
Mardiana Nordin

7. Ketokohan Raja Ali Haji dalam Bidang Agama
Mohd Noor Daud & Siti Kausar Zakaria

8. Pemikiran Syeikh Muhammad Khatib Langgien dalam Dawa’ al-Qulub min al-‘Uyiib: Satu Analisis terhadap Asas Pendidikan Beraliran Tasawuf Alam Melayu
Mohd Anuar Mamat

9. Bentuk Lagu dan Nyanyian Melayu dalam Sastera Melayu Klasik dari Abad ke-14 hingga ke-19
Shafa’atussara Silahudin

10. Penggunaan Pantun, Tujuan dan Keindahan Bahasa dalam Hikayat Raja Babi
Siti Noridayu Abd. Nasir & Hazlina Abdul Halim

11. Penulisan Daur Kecil untuk Penentuan Tarikh dalam Budaya Melayu
Abdul Razak Salleh

12. Seni Bina Rumah Tradisional Melayu Berpaksikan Adat: Kajian Kes Rumah Beladang Bin Sotimejo
Norazila Kamarulzaman, Noraslinda Abdul Rahman, Raja Nafida Raja Shahminan & Muhamad Solehin Fitry Rosley

13. Eksplorasi dalam Kisah Pelayaran Abdullah Melalui Pemerian Latar
Nordiana Ab. Jabar, Mohd Saipuddin Suliman & Sudirman Kiffli

14. Jenis-jenis Tekstil dalam Penjilidan Manuskrip al-Quran Alam Melayu
Ros Mahwati Ahmad Zakaria

15. Seni dan Nilai Kepengarangan Melayu Berdasarkan Teks Khutbah Sabil Al-Muhtadin
Muammar Ghaddafi Hanafiah & Ahmad Bazri Mokhtar

Rujukan
Indeks

Weight0.416 kg
Dimensions22.8 × 15.2 × 1.4 cm
Author(s)

, , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,

Format

Language

Publisher

Year Published

Reviews

There are no reviews yet

Only logged in customers who have purchased this product may leave a review.