Riwayat Seorang Penyeberang Bahasa merupakan jilid ketiga dalam siri autobiografi Muhammad Haji Salleh, yang merangkumi perjalanan beliau ke benua Amerika buat pertama kali dalam hidupnya. Kali ini, kembara beliau hampir seluruhnya bertemakan imu. Beliau yang sudah selesai pengajian peringkat sarjana di Universiti Malaya dan ingin cepat melanjutkan pengajiannya ke peringkat PhD. Walaupun pada tahun 1970 beliau sudah menjadi pensyarah di Universiti Kebangsaan Malaysia, universiti itu masih belum memulakan skim latihan untuk pensyarah-pensyarahnya. Oleh hal yang demikian, sekiranya beliau ingin juga meneruskan hasrat tersebut, maka beliau harus mencari dananya sendiri. Beliau bernasib baik apabila diberikan hadiah biasiswa oleh Yayasan Fulbright-Hays walaupun jumlahnya cukup untuk kelangsungan hidup di sana. Di Michigan, saya diterima ke rancangan Sastera Bandingan. Michigan adalah antara beberapa universiti di Amerika, dan malah di dunia yang menawarkan program ini. Di sana terdapat kursus-kursus Sastera Cina, Jepun, Eropah Barat, Eropah Timur dan Amerika Latin. Beliau bertolak ke Amerika Syarikat pada bulan Ogos 1970. Perjalanan panjang ini menawarkan beberapa Pulau Hawaii yang indah, budaya tempatan (yang bertindihan dengan budaya Melayu dan Pasifik yang lain), sebagai ruang orientasi di sana. Universiti yang menjadi tempat menerima “orientasi” memperkenalkan beliau kepada budaya Amerika yang lebih muda dan terbuka dan lebih menerima.
Riwayat Seorang Penyeberang Bahasa
MUHAMMAD HAJI SALLEH adalah penerima Anugerah Sastera Negara 1991.
DBP (Cetakan pertama, 2023)
xi + 217 halaman termasuk Indeks
RM50.00
In stock
Prakata
1. Pantai dan Hutan Hawaii, 1970
Hawaii, dari Lautan Teduh ke Tasik ke Michigan
Waikiki dan Pantai Oahu
2. Universiti Michigan, Ann Arbor
Kali Pertama Masuk ke Michigan
Dialek Amerika
Sepenggal Kursus
Fesyen di Kampus
Pelajar sebagai Tukang Kebun Organik
Ke Dunia Automobil Detroit
Musim Menjadi Perang
Meluncur di Semenanjung Utara
Kembali ke Michigan
Di Luar Pagar Universiti
3. Go West, Go West Young Man
Pengembara Muda
Peta Perjalanan
Arizona
Pantai Salt Creek
San Francisco
Budaya Tantangan
Berkeley
Jalan Pulang
4. Pulang ke Ann Arbor
Rumah di Tengah-tengah Kota
Penyair dalam Latihan
Musim Panas
5. Musim Panas untuk Dipenuhi
Dunia Beralih: Kembara Tumpang ke New York City
Pascapenyelidikan
6. Boston
Di Simpang Sejarah Amerika
Pelabuhan Awal
7. Ke Utara dan Harvard
Cambridge dan Harvard
Harvard di Hadapan
Widener, Penyimpan Manuskrip Melayu Lama
8. Mencari Ijazah
Pada Akhir Pengajian
Jawatankuasa PhD
Viva 1973
9. Jalan Pulang
Eropah sebagai Hadiah Kejayaan
Ke Leiden
Andries Teeuw
Kota Pelukis Rembrandt van Rijn
Denmark
Acropolis
Delphi
10. India dan Timur
Masuk ke Delhi
Kubu Merah
Ke Thailand
Kembali
Di Pulau Pinang
Indeks
Weight | 0.3 kg |
---|---|
Dimensions | 21.5 × 14 × 1.2 cm |
Author(s) | |
Format | |
Language | |
Publisher | |
Year Published |
Only logged in customers who have purchased this product may leave a review.
Reviews
There are no reviews yet