Pensejarahan Melayu: Kajian Tentang Tradisi Sejarah Melayu Nusantara

MUHAMMAD YUSOFF HASHIM ialah Profesor Emeritus dalam Pengajian Sejarah, yang berkhidmat di Jabatan Sejarah, Universiti Malaya.

DBP (Edisi kedua, 2023)
xiii + 599 halaman termasuk Bibliografi dan Indeks

RM110.00

In stock

ISBN: 9789834940010 Product ID: 41504 Subjects: , , Sub-subjects: , , , ,

Pensejarahan Melayu: Kajian Tentang Tradisi Sejarah Melayu Nusantara mengkaji dan membincangkan tradisi sejarah serta corak pensejarahan masyarakat peribumi dengan merujuk dan berpandu pada naskhah dalam tulisan Jawi bertulis tangan, berbahasa Melayu dan daripada genre sejarah. Ada juga naskhah yang terdapat dalam tulisan Rumi yang diusahakan oleh perawi peribumi dan penyalin “asing” pada zaman kolonial. Naskhah ini mempunyai ciri dan coraknya sendiri. Alam dan etos sejarah serta falsafah tentang pensejarahan masyarakat Melayu pada masa itu mungkin berbeza daripada alam, etos dan falsafah tentang sejarah dan pensejarahan masyarakat Melayu pada masa ini. Naskhah ini adalah kumpulan karangan tentang sejarah yang Sangat berharga dan mempunyai, kekuatan tersendiri bagi menggambarkan suasana masyarakat peribumi tradisi. Naskhah ini juga mengandungi perincian tentang sikap, kepercayaan dan pemikiran masyarakat serta menunjukkan kaedah penulisan. Buku ini memperlihatkan kekuatan naskhah sosial tersebut sebagai wadah rujukan tentang sejarah masyarakat peribumi. Buku ini juga akan menghuraikan permasalahan filologi, rahsia pensejarahan yang terkandung di dalamnya dan keseragaman weltanschauung dalam kalangan pelbagai masyarakat peribumi itu sendiri.

Memang telah banyak kajian dilakukan dan berbagai-bagai kesusasteraan daripada hasil kajian tentang alam Melayu Jahir sejak masa lampau hinggalah hari ini. Terdapat dua kelompok pengkaji alam Melayu. Kelompok yang pertama terdiri daripada pengkaji asing dari Eropah, iaitu Inggeris, Belanda dan Sepanyol. Mereka ialah mantan penjajah kawasan-kawasan tertentu di alam Melayu. Kelompok yang kedua ialah para pengkaji tempatan yang memenuhi ruang bidang pelbagai ilmu tertentu tentang alam Melayu seperti bahasa, sejarah, geografi, adat istiadat, undang-undang peribumi dan sebagainya. Yang diertikan dengan alam Melayu dalam perbincangan buku ini ialah suatu kawasan geopolitik yang terdiri daripada Malaysia, Indonesia, Brunei Darussalam, Singapura dan Filipina. Pada tahap-tahap tertentu apabila faktor etnik, bahasa dan bangsa diambil kira, maka kawasan Patani (selatan Thailand) juga dirangkumi sama. Di alam Melayu terdapat ratusan sukuan bangsa dan berbagai-bagai sukuan bahasanya.

Bidang pensejarahan yang menjadi wadah perbincangan buku ini juga disempitkan lagi, iaitu bukanlah melihat proses sejarah dan perspektif pensejarahan kawasan tersebut sahaja, sebaliknya meneliti mauduk yang lebih asas dalam ilmu pensejarahan, iaitu menampilkan, menyelidik dan memerhatikan cara serta gaya masyarakat tempatan peribumi di alam Melayu menulis sejarah mereka. Kajian ini dilakukan menerusi naskhah atau teks yang bercorak sejarah tentang masyarakat di alam Melayu. Bab-bab tertentu pada naskhah atau teks ini dirujuk dan digunakan untuk cuba membina dan menggambarkan sejarah (politik dan budaya) sesuatu masyarakat. Hal ini dilakukan melalui dua pendekatan pokok, iaitu pendekatan kaji banding dan interpretasi, tetapi kedua-dua pendekatan ini agak konvensional dalam bidang sejarah dan filologi. Untuk tujuan teknikal, istilah “tradisional” juga digunakan, iaitu suatu konsepsi pengistilahan yang menunjukkan satu unsur peribumi (yang amat totok) yang secara disedari atau tidak, menyerapkan budaya asing seperti Arab atau Farsi dan Siam, tetapi belum dipengaruhi oleh pelbagai unsur penulisan daripada Barat (sama ada pada periode pra ataupun selepas tahap kolonialisme).

Pengantar
Prakata

1. Pensejarahan Melayu Tradisional
2. Sumber Penulisan Puisi Tradisional
3. Anakronisme dalam Tradisi Pensejarahan Melayu
4. Hikayat Raja-Raja Pasai
5. Sejarah Melayu Dan Permasalahan Filologi atau Tekstologi
6. Tradisi Pensejarahan dalam Teks Sejarah Melayu
7. Sejarah Masyarakat Peribumi Melaka: Lakaran Umum daripada Teks Sejarah Melayu
8. Tradisi Sejarah Tempatan Melaka dan Serantau Berdasarkan Teks Sejarah Melayu
9. Antara Sejarah Melayu dengan Hikayat Hang Tuah
10. Misa Melayu — Sejarah Perak Abad Ke-18
11. Hikayat Aceh
12. Bustan’us-Salatin
13. Hikayat Patani
14. Pensejarahan Tradisional Kedah Sebelum Dekad 1930-an
15. Sumber-Sumber Pensejarahan Melayu dan Penggunaannya di Malaysia
16. Hikayat Siak
17. Syair Perang Mengkasar
18. Syair Sultan Maulana sebagai Hasil Pensejarahan Melayu Kedah pada Abad Ke-18
19. Tuhfat Al-Nafis dan Tradisi Pensejarahan Johor-Riau
20. Syair Tuan Hampris
21. Epilog

Lampiran
Bibliografi
Indeks

Weight1.125 kg
Dimensions26 × 19 × 3 cm
Author(s)

Edition

Format

Language

Publisher

Year Published

Reviews

There are no reviews yet

Only logged in customers who have purchased this product may leave a review.