Out of stock

Detik-detik Akhir Empayar Utsmaniah

M. ŞÜKRÜ HANIOĞLU adalah Profesor dalam pengajian Turki di Department of Near Eastern Studies, Princeton University.

Terjemahan daripada judul asal A Brief History of The Late Ottoman Empire oleh PUSPAWATI ROSMAN

IBDE (Cetakan pertama, 2024)
xvii + 313 halaman termasuk Rujukan dan Indeks

RM70.00

Out of stock

ISBN: 9789670037493 Product ID: 41528 Subject: Sub-subjects: , , , ,

Detik-detik Akhir Empayar Utsmaniah merupakan terjemahan daripada A Brief History of The Late Ottoman Empire karya M. Şükrü Hanioğlu, yang menghimpunkan peristiwa-peristiwa antara tahun 1798 hingga 1918 dengan menggambarkan hakikat sebenar Empayar Utsmaniah pada penghujung abad ke-18 melalui latar belakang serta sejumlah perbincangan tentang peninggalan Empayar Utsmaniah kepada negara-negara bangsa baru yang tertubuh selepas kehancurannya. Pemampatan begitu banyak sejarah dalam sebuah buku yang ringkas lagi padat sudah tentu memerlukan pemilihan dan pengabaian tertentu, dan memberi keutamaan kepada trend dan analisis berbanding fakta dan maklumat tepat. Demikianlah sifat umum usaha kerja ini yang memustahilkan perbincangan menyeluruh mana-mana isu atau lapangan tertentu. Para pakar sejarah—sama ada kebudayaan, diplomasi, intelektual, kesusasteraan, ketenteraan, politik, sosial atau ekonomi—mungkin akan agak kecewa dengan hasilnya. Bagaimanapun mereka boleh berasa sedikit tenang dengan adanya usaha untuk menyepadukan kemajuan-kemajuan yang dicapai dalam pelbagai cabang lapangan ke dalam satu rangka kerja umum yang boleh menawarkan pendekatan baru bagi kajian sejarah Empayar Utsmaniah. Terdapat juga masalah yang lebih bersifat ideologi. Manusia biasanya gagal mempertimbang hal luar jangka sejarah.

Hal ini diparahkan lagi dengan naratif nasionalisme yang lazim di negara-negara yang lahir daripada keruntuhan empayar sehingga sejarah Utsmaniah dilihat dalam bentuk yang terlalu bersifat teleologi. Kemunculan Republik Turki di Anatolia dan negara-negara bangsa di sekitar kawasan politik Utsmaniah yang hancur sering dianggap sebagai akibat yang sudah dijangka dan tak terelakkan bagi sebuah empayar yang sedang mengalami kemerosotan dan mempunyai banyak wilayah yang berselerakan. Pada pandangan penulis, pendekatan retrospektif yang digunakan bagi mengkaji sejarah Empayar Utsmaniah menjadi halangan utama untuk melihat zaman tersebut dengan sebenar-benarnya. Pendekatan tersebut terutamanya mengganggu proses-proses utama sejarah apabila proses-proses tersebut dikeluarkan daripada konteks sejarah dan diletakkan dalam rantaian peristiwa yang telah siap disusun, membawa kepada dunia pascaempayar seperti yang diketahui sekarang. Tujuannya bukanlah untuk menafikan kepentingan hubungan negara bangsa yang menggantikannya—terutamanya Turki—dengan sejarah silam Utsmaniah; sebaliknya, membetulkan asal usul sejarah fenomena moden adalah satu usaha yang amat penting dan wajar. Bagaimanapun, percubaan untuk merangka sejarah Utsmaniah dalam naratif kejatuhan empayar disebabkan arus kemajuan yang berterusan yang selalunya dikaitkan dengan pembaratan, nasionalisme dan pensekularan—menghalang pemahaman jelas tentang perkembangan tersebut. Buku ini bermatlamat untuk membetulkan kesilapan tersebut.

Pengenalan

1. Empayar Utsmaniah Menjelang Abad ke-19
2. Reaksi Awal Empayar Utsmaniah Terhadap Cabaran Kemodenan
3. Bermulanya Zaman Reformasi
4. Era Tanzimat
5. Detik-detik Akhir Era Tanzimat dan Rejim Hamidian
6. Daripada Revolusi kepada Keruntuhan Empayar: Dekad Paling Mencabar Era Akhir Utsmaniah

Rumusan

Daftar Pustaka
Daftar Kata

Weight0.446 kg
Dimensions23.5 × 15.4 × 3.4 cm
Author(s)

,

Format

Language

Publisher

Year Published

Reviews

There are no reviews yet

Only logged in customers who have purchased this product may leave a review.