Permata Puisi: Kumpulan Esei

RAHMAN SHAARI adalah penerima Anugerah Sastera Negara ke-15 yang membawa gelaran Sasterawan Negara.

DBP (Cetakan pertama, 2020)
ix + 171 halaman termasuk Bibliografi dan Indeks

RM20.00

In stock

ISBN: 9789834928247 Product ID: 41660 Subject: Sub-subjects: , ,

Permata Puisi merupakan sebuah kumpulan esei Rahman Shaari yang membincangkan teknik dan makna puisi dengan penekanan kepada keindahan dan pemikiran. Puisi yang dibicarakan memiliki kekuatan masing-masing, dan penulis memaparkan aspek-aspek yang memperkukuh nilai dan binaan setiap satunya. Pembaca yang berhasrat mencari nilai seni dan kelebihan karya puisi, perlu memahami aspek binaan puisi. Secara umumnya, puisi sama seperti karya seni yang lain, memuatkan isi dan struktur. Bahagian isi terdiri daripada pemikiran, sikap, perasaan, dan cita-cita. Setiap puisi mengandung perkara tersebut, dengan penekanan yang berbeza-beza. Pemikiran dan sikap mungkin bersifat bebas, tetapi mungkin juga terikat pada ideologi. Sajak oleh Muhammad Haji Salleh misalnya memuatkan pemikiran dan sikap yang dibina secara bebas, tetapi sajak Kassim Ahmad pula memuatkan pemikiran yang berada dalam ideologi yang dipegangnya. Perasaan dalam sajak mempengaruhi nadanya. Perasaan berkait erat dengan peristiwa atau pengalaman penyair. Nada romantik, melankolik, protes dan lain-lain terhasil daripada perasaan. Sajak selalunya terlihat mantap jika perasaan terkawal. Perasaan yang terlalu dilayani akan menyebabkan karya menjadi mentah kerana berlebih-lebihan. Demikianlah antara lain kandungan artikel yang dimuatkan dalam buku ini.

Prakata

2018
1. Puisi Konseptual dan Naratif
2. Puisi tentang Keazaman
3. Sajak Patriotik
4. Paralelisme dan Homoioteleuton dalam Sajak Mudafal
5. Makna Penghayatan Puisi
6. Puisi Bentuk Dalaman dan Idea
7. Sajak-sajak Usman Awang: Yang Romantik, Humanis dan Sosialis
8. Latiff Mohidin sebagai Penyair Alam, Surealis dan Imagis
9. Kiasan dalam Sajak Naratif
10. Penyembunyian, Pencarian dan Pemberian Makna
11. Keindahan dalam Sajak Sinis
12. Unsur Alam dalam Puisi

2019
1. Rentak, Rima dan Kepadatan Makna dalam Puisi
2. Kawalan Makna dalam Penciptaan Puisi
3. Perasaan dan Pemikiran dalam Puisi
4. Puisi tentang Puisi
5. Memahami dan Menghayati Puisi Keagamaan
6. Puisi yang Menang
7. Puisi yang Berimpak Tinggi
8. Puisi dalam Drama Noordin Hassan
9. Karya Latiff Bakar Bermesej Jelas
10. Gaya dan Fokus dalam Puisi Bertema Bahasa
11. Baris Dinamik dalam Puisi
12. Puisi Pakar Perubatan

Bibliografi
Indeks

Weight0.218 kg
Dimensions21.5 × 14 × 1 cm
Author(s)

Format

Language

Publisher

Year Published

Reviews

There are no reviews yet

Only logged in customers who have purchased this product may leave a review.