Undang-undang Kesalahan Jenayah Syariah di Malaysia

SITI ZUBAIDAH ISMAIL ialah Profesor Madya di Jabatan Syariah dan Undang-undang, Universiti Malaysia.

Penerbit UM (Cetakan keenam, 2023)
xxix + 226 halaman termasuk Bibliografi dan Indeks

RM58.00

In stock

ISBN: 9789831008850 Product ID: 41827 Subject: Sub-subjects: , , ,

Undang-undang Kesalahan Jenayah Syariah di Malaysia merangkumi perbincangan tentang kesalahan-kesalahan jenayah syariah dan elemen-elemennya berdasarkan kategori yang diperuntukkan di bawah Akta/Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah. Kesalahan jenayah syariah di Malaysia telah mengalami pelbagai cabaran dan pentafsiran sejak 40 tahun kewujudan dalam enakmennya yang tersendiri. Ia membabitkan kategori kesalahan terhadap akidah, kesalahan terhadap kesucian Islam dan institusi agama, kesalahan berkaitan tatasusila dan kesalahan pelbagai. Undang-undang Kesalahan jenayah Syariah merupakan kelompok kesalahan yang melibatkan isu agama Islam sahaja serta dibicara dan dihukum di bawah mahkamah syariah negeri. Kesalahan ini membabitkan pelanggaran terhadap rukun agama yang dilakukan oleh orang Islam meliputi kesalahan akidah, ajaran sesat misalnya, kesalahan berkaitan moral atau tatasusila antaranya berzina serta berkhalwat, yang tiada peruntukan di bawah mahkamah Persekutuan.

Berasaskan kepada bidang kuasa yang diberikan oleh undang-undang kepada mahkamah syariah, maka kesalahan jenayah syariah yang ada pada hari ini adalah terhad dan tidak sebanyak peruntukan yang terdapat dalam Kanun Keseksaan. Secara prinsipnya, kesalahan jenayah syariah tidak meliputi kesalahan-kesalahan terhadap nyawa dan badan manusia yang membawa kepada hukuman mati, sebaliknya hanya memperuntukkan jenis dan skop kesalahan berkaitan agama yang sesuai dengan bidang dan skop tugas penguatkuasa agama. Kesalahan jenayah syariah diletakkan dalam bidang kuasa mahkamah syariah, iaitu mahkamah peringkat negeri yang tidak berada dalam struktur hierarki mahkamah persekutuan. Dalam perkataan lain, mahkamah syariah yang berkuasa mendengar, membicara, dan memutuskan kes-kes yang berkaitan dengan kesalahan jenayah syariah yang dilakukan oleh umat Islam yang melakukan kesalahan jenayah syariah di negeri tersebut sahaja. Kesalahan-kesalahan ini tidak terkandung dalam undang-undang persekutuan lain kecuali kesalahan sumbang mahram dan berjudi yang juga boleh diambil tindakan berdasarkan undang-undang persekutuan.

Undang-undang bagi kesalahan jenayah syariah di Malayia dikategorikan kepada lima bahagian. Kategori pertama melibatkan kesalahan berkaitan akidah. Kesalahan ini membabitkan kesalahan-kesalahan yang boleh menjejaskan akidah umat Islam. Kategori kedua melibatkan kesalahan berhubung dengan kesucian agama Islam dan institusinya. Kesalahan ini berkenaan kesucian agama termasuk menghina atau menyebabkan dipandang hina agama Islam, mempersendakan ayat al-Quran atau Hadis, dan sebagainya. Kategori ketiga melibatkan kesalahan berhubung dengan tatasusila. Kesalahan ini merangkumi kesalahan seperti sumbang mahram, pelacuran, muncikari, persetubuhan luar nikah, percubaan melakukan persetubuhan luar nikah dan sebagainya. Kategori keempat melibatkan kesalahan pelbagai merangkumi kesalahan menggalakkan maksiat, mencemarkan masjid, memujuk perempuan lari daripada suami, takfir, memungut zakat/fitrah tanpa kuasa, qazaf, penyalahgunaan tanda halal, dan sebagainya. Kategori kelima melibatkan kesalahan matrimoni dan berkaitan akad nikah. Kesalahan ini secara konsepnya bukanlah merupakan kesalahan jenayah, namun kesalahan yang dikenakan penalti dan perbicaraan dibuat degan mengguna pakai tatacara jenayah.

Prakata

1. Konsep, Sumber dan Konteks Undang-undang Kesalahan Jenayah Syariah
2. Kewujudan dan Perkembangan Undang-undang Jenayah Syariah
3. Agensi dan Bidang Kuasa Pentadbiran Jenayah Syariah
4. Kesalahan Berkaitan Akidah
5. Kesalahan Berkaitan Kesucian Agama Islam dan Institusinya
6. Kesalahan Tatasusila
7. Kesalahan Pelbagai
8. Kesalahan Berkaitan Matrimoni
9. Mengembangkan Agama Bukan Islam dalam Kalangan Orang Islam
10. Keluar Agama

Bibliografi
Indeks

Weight0.367 kg
Dimensions22.7 × 15.1 × 1.4 cm
Author(s)

Format

Language

Publisher

Year Published

Reviews

There are no reviews yet

Only logged in customers who have purchased this product may leave a review.