Pendidikan Islam di Kelantan Era British

Tulisan bersama MOHD FAZMIE DERAMAN dan IZZIAH SURYANI MAT RESAD @ ARSHAD

Penerbit UKM (Cetakan pertama, 2023)
x + 132 halaman termasuk Rujukan dan Indeks

RM35.00

Only 1 left in stock

ISBN: 9786294860377 Product ID: 41919 Subject: Sub-subjects: , ,

Pendidikan Islam di Kelantan Era British menggarap gambaran sebenar mengenai situasi sistem pendidikan Islam sama ada sebelum atau setelah campur tangan British dalam pemerintahan negeri Kelantan. Pihak British melaksanakan pembaharuan dasar pendidikan British di negeri tersebut. Perkara ini penting kerana selepas British berjaya mengambil alih Kelantan daripada Siam melalui perjanjian Anglo-Siam 1909, secara rasminya British mengambil alih pentadbiran dengan melaksanakan pelbagai dasar baru terutamanya yang melibatkan dasar pendidikan di negeri Kelantan. Persoalan berkenaan dengan sistem pendidikan Islam di Kelantan di bawah pentadbiran British telah memberi kesan kepada pendidikan orang Melayu dan akhirnya telah membawa kepada penubuhan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) atau Majlis selaku badan tertinggi dalam mengurus pentadbiran pendidikan Islam di Kelantan. Buku ini juga memberi pendedahan mengenai dasar British dalam aspek pendidikan yang merupakan antara satu daripada perkara yang diberi perhatian oleh pihak British ketika mereka memerintah Kelantan.

Pelaksanaan dasar pendidikan British adalah menggalakkan pertumbuhan pendidikan dalam kalangan penduduk Kelantan. Namun, British tidak melaksanakan sebarang dasar tertentu bagi meningkatkan pendidikan orang Melayu khususnya di negeri Kelantan. Dasar am pendidikan yang dilaksanakan oleh British hanyalah supaya anak-anak menguasai 3R, iaitu membaca, menulis dan membilang. Walau bagaimanapun, dasar pendidikan British adalah tidak bertujuan untuk melahirkan golongan cerdik pandai dalam kalangan orang Melayu, sebaliknya, British hanya berhasrat untuk menjadikan mereka lebih berpengetahuan sedikit berbanding ibu bapa mereka. Di samping itu, buku ini terlebih dahulu mengupas mengenai pencapaian pendidikan Islam di Kelantan sebelum campur tangan British. Gabungan ulama tempatan dan ulama Patani telah menjadikan Kelantan sebagai pusat pendidikan Islam yang terkenal di Pantai Timur Semenanjung sehingga digelar sebagai “Serambi Makkah”. Malah, selepas campur tangan British para ulama tetap gigih berusaha dan tidak pernah berputus asa untuk memantapkan lagi pendidikan Islam dalam kalangan penduduk Kelantan.

Prakata

1. Pendidikan Islam di Kelantan sebelum British
2. Campur Tangan British ke atas Kelantan
3. Dasar Pendidikan British di Negeri Kelantan
4. Pendidikan Islam di Kelantan Semasa Penjajahan British

Rujukan
Indeks

Weight0.228 kg
Dimensions22.8 × 15.2 × 0.9 cm
Author(s)

,

Format

Language

Publisher

Year Published

Reviews

There are no reviews yet

Only logged in customers who have purchased this product may leave a review.