Berdiri di Akar Diri: Kritikan Sastera Melayu Pascamoden

MANA SIKANA merupakan seorang pengarang dan pengkritik sastera di Malaysia. Beliau telah dinobatkan sebagai Sasterawan Perak oleh Kerajaan Negeri Perak pada tahun 2004.

ITBM (Cetakan pertama, 2013)
x + 353 halaman termasuk Bibliografi

RM35.00

In stock

ISBN: 9789674303778 Product ID: 41941 Subject: Sub-subjects: , ,

Berdiri di Akar Diri: Kritikan Sastera Melayu Pascamoden mengumpulkan sebahagian daripada kritikan oleh Mana Sikana seputar sastera iaitu pertama; persoalan sastera Melayu berhadapan dengan dunia pascamoden, yang mewacanakan pelbagai isu, termasuk penteorian, kritikan, kepengarangan dan juga aspek perkhalayakan. Kedua; memuatkan kritikan yang menggunakan pelbagai teori pascamoden terhadap teks-teks pascamodenisme. Dalam konteks zaman pascamoden ini kritikan sastera Melayu berhadapan dengan pelbagai persoalan itu, implikasi daripada langit terbuka, dunia tanpa sempadan dan globalisasi. Pelbagai jenis teks kreatif yang baharu dihasilkan dan memerlukan pendekatan dan teori yang baharu, sesuai dan relevan dengan tekstual dan kontekstual serta kritikan praktis yang dilakukan akan membantu masyarakat sastera memahami dan menguasai dunia zaman pascamodenisme ini. Dalam situasi beginilah kita dituntut supaya berpaksi pada tradisi dan sejarah sendiri dan berdiri di akar diri.

Kata Pengantar

Bahagian 1 – WACANA TEORI SASTERA
1. Arah Tuju Teori dan Kritikan Sastera Melayu Pascamoden
2. Teori Estetika Sastera Melayu Islam
3. Pedagogi Bahasa dan Aplikasi Teori Sastera
4. Meletakkan Teori Konseptual Kata Kunci
5. Teori Sastera Perjalanan/Pengembaraan dan Teori Sastera Autobiografi
6. Teori Teksdealisme
7. Menilai Semula Teori Sastera Islam
8. Teori Estetika Sastera Global
9. Teori Sastera Tun Sri Lanang

Bahagian 2 – ANALISIS KRITIKAN SASTERA
10. Daun Karya Malim Ghozali Pk Magis Melayu Pascamoden
11. Pemikiran Gunawan Mahmood
12. Dunia Alam Zurinah Hassan
13. Kecenderungan Puitika Sastera Muhammad Haji Salleh
14. Dunia Nelayan Suara Pelaut Karya Zambry A.K.
15. Surealisme-Absurdisme-Eksistensialisme Drama Noordin Hassan
16. Masuri S.N. Sasterawan Melayu di Persada Dunia
17. Mahabbah dan Sampah Mendekati Falsafah Hidup
18. Abdullah Sidek sebagai Sasterawan Karyawan
19. Novel A. Samad Said: Analisis Kritikan Estetika Global

Bibliografi

Weight0.453 kg
Dimensions22.8 × 15 × 2 cm
Author(s)

Format

Language

Publisher

,

Year Published

Reviews

There are no reviews yet

Only logged in customers who have purchased this product may leave a review.