Warisan Melayu dalam Multidimensi

Disunting oleh ZUBIR IDRIS, MUHD NORIZAM JAMIAN dan YUSMILAYATI YUNOS

Penerbit UKM (Cetakan pertama, 2023)
x + 215 halaman termasuk Rujukan dan Indeks

RM35.00

In stock

ISBN: 9786294860292 Product ID: 42084 Subjects: , Sub-subjects: , , ,

Warisan Melayu dalam Multidimensi menghimpunkan tulisan-tulisan yang menonjolkan pelbagai dimensi ilmu dalam warisan Melayu yang bersangkutan dengan pelbagai korpus ilmu yang mengajukan kebijakan dan keintelektualan warisan yang ditinggalkan, diamalkan dan dibangunkan oleh masyarakat Melayu. Kepelbagaian penelitian yang termuat dalam buku ini merangkumi bahan-bahan bersumberkan manuskrip Melayu lama, sastera lisan, permainan tradisional, perubatan tradisional hinggalah kepada perlakuan budaya selain daripada perkara yang bersangkutan dengan pemuliharaan warisan. Berdasarkan korpus ilmu yang berkaitan dengan warisan tersebut, himpunan makalah ini membincangkan dan memperkatakannya daripada pelbagai aspek dan perspektif. Secara umum, buku ini mengemukakan rumusan, analisis serta dapatan baharu berdasarkan kebijakan dan keintelektualan masyarakat Melayu, yang dapat menggambarkan kearifan tempatan masyarakat yang menghasilkannya. Rakaman pemikiran yang diabadikan dalam manuskrip, estetika dan kehalusan bicara dalam sastera lisan, keunikan permainan tradisional, gambaran identiti dalam perlakuan budaya dan pengekalan khazanah warisan dikupas daripada pelbagai dimensi. Kerencaman korpus ilmu ini dibincangkan dalam konteks teori, amalan dan simbol budaya. Selain daripada mengajukan dimensi baharu dalam warisan budaya, buku ini juga mengangkat isu kelestarian serta kemapanan warisan budaya masyarakat Melayu.

Prakata

1. Keintelektualan Warisan Melayu dalam Multidimensi
Zubir Idris, Muhd Norizam Jamian & Yusmilayati Yunos

2. Estetika dalam Nashkah KHA 262 Syair Dagang Piatu Adanya
Muhammad Shukri Abdullah & Zubir Idris

3. Estetika dalam Syair Seribu Satu Hari
Mariyatul Khibtiyah Othman & Zubir Idris

4. Lakaran Kejayaan dalam Syair Diraja Melayu Perak-Johor Era Kontemporari
Rosnani Ibrahim, Muammar Ghaddafi Hanafiah & Shaiful Bahri Md. Radzi

5. Cerita Legenda dalam Kalangan Masyarakat Cina Peranakan Kelantan
Siti Hajar Sabri & Muhd Norizam Jamian

6. Latar Budaya Malaysia-Indonesia dalam Cerita Rakyat Bawang Putih Bawang Merah
Muhammad Irfan Wagiuddin Hasanudin & Muhd Norizam Jamian

7. Akulturasi Budaya Makanan Korea dalam Masyarakat Melayu
Nur Anis Farahhin Mat Rukimin & Muammar Ghaddafi Hanafiah

8. Bentan dalam Budaya Masyarakat Melayu
Azlina Musa & Yusmilayati Yunos

9. Pembuatan Wau Helang di Perlis
Nor Adilah Ali & Yusmilayati Yunos

10. Pemuliharaan Permainan Tradisional Kuit Etnik Kedayan di Sarawak
Afni Aqikah Bair & Mohd Yuszaidy Mohd Yusoff

11. Peranan Buapak dalam Tadbir Urus Adat Perpatih Suku Sri Lemak Pahang
Siti Nur Syawaliah Hamid & Mohd Yuszaidy Mohd Yusoff

12. Pemuliharaan Warisan Menerusi Pendekatan Guna Semula Bangunan Bersejarah
Daeng Haliza Daeng Jamal

Rujukan
Indeks

Weight0.336 kg
Dimensions22.8 × 15.3 × 1.2 cm
Author(s)

, , , , , , , , , , , , , , ,

Format

Language

Publisher

Year Published

Reviews

There are no reviews yet

Only logged in customers who have purchased this product may leave a review.