Babi, Kongkang, Panda dan Hal-hal yang Dipungut Kembali

FAISAL TEHRANI adalah seorang pengarang asal Malaysia. Faisal telah memenangi aneka anugerah sastera dan sering dianggap seorang yang kontroversi lantaran gemar bereksperimen, baik menerusi bentuk ataupun kerana mengetengahkan wacana alternatif dalam karya-karyanya.

cerekayasa (Cetakan pertama, 2024)
xvii + 285 halaman termasuk Rujukan

RM45.00

In stock

ISBN: 9786299951827 Product ID: 42592 Subject: Sub-subjects: , ,

Babi, Kongkang, Panda dan Hal-hal yang Dipungut Kembali menghimpunkan 25 buah espen, iaitu gabungan esei dan cerpen karya Faisal Tehrani. Justeru, inilah espen. Esei yang dipadukan dengan elemen cerpen. Harapannya ialah pembaca akan mendapatkan kemanusiaan, kebenaran, kejujuran, keindahan dan mungkin ditokok satu lagi komponen iaitu proses kognitif; penaakulan. Diintikan fakta dan kadang kala angka, esei ini dikelim dengan plot, tema, latar, watak dan bumbunya kembali kepada pencarian, atau zeteo. Espen ini merentang masa empat lima tahun ke belakang. Masa lima tahun yang dipanggil era keciciran. Di mana kanak-kanak melesat menjadi remaja; manakala yang berusia tiba-tiba di jurang kematian. Entah salah apa, masa lima tahun kebelakangan itu menjadikan persekitaran pembaca mencepat secara roket dan banyak hal yang belum matang, dilihat seakan matang. Ia era yang sempat membuat si polan, dan polan-polan lainnya gerun.

Espen ini dikarang dalam era masa mencepat dan orang memaksakan kematangan dengan penuh ketergesaan. Sewaktu itu juga si polan merasai dunia siasah lebih ganas daripada biasa. Ada desakan zeteo. Ramai meraba mencari kerukunan dengan harapan segala identiti yang beragam akan menjejak kesetaraan. Si polan juga merasakan kepura-puraan demikian telanjang, dan selamba menayangkan kebogelannya. Dalam erti kata lain, orang berasa tidak malu berbohong. Ramai yang mengimani akan kebohongan itu langsung melanjutkannya. Kalau ada karat-karat kemanusiaan ia tidak lagi dimaknai dengan kesucian agama kerana orang sendiri sudah nanar dan keliru macam apakah agama itu?

Nota Penerbit
Prakata

Aku, Cina Ampang
Aku, Jawa Simpang Renggam
Aku, Tamil Slim River
Aku, Melanau Mukah
Aku, Iranun Kota Belud
Albert Kok
Shirin Ebadi di Masjid Negara
Ulama Anjing
The Babi
Panda Datang Surau
Kisah Tuan Guru Balak
Lebai Kok Mung Bodo
Hikayat Ketua Jabatan
Bomoh Muda
Menyandar Khianat pada Tuhan
Profesor Poyang
Ghazal Forest City
Sumandak bernama Sabah
Bukan Bunuh Diri
Kak Nah Cekup Telor Kambing
Orang Johor Bahru
Kongkang
Senja di Pusara Karayuki-san
Setelah Hang Tuah Berlabuh di Ryukyu
Saya Tunggu di Mazar-i-Sharif

Rujukan

Weight0.313 kg
Dimensions19 × 13 × 1.5 cm
Author(s)

Format

Language

Publisher

Year Published

Reviews

There are no reviews yet

Only logged in customers who have purchased this product may leave a review.

More from this Author

  • Crises

    Crises

    This product has multiple variants. The options may be chosen on the product page RM30.00RM52.00
  • Sastera adalah Makanan Anjing: Sebuah Kompilasi Esei Faisal Tehrani

    Sastera adalah Makanan Anjing: Sebuah Kompilasi Esei Faisal Tehrani

    RM38.00
  • Syair Dukana Lubaba
    Out of stock

    Syair Dukana Lubaba

    RM35.00
  • Kegawatan

    Kegawatan

    This product has multiple variants. The options may be chosen on the product page RM30.00RM52.00