Sampah ialah sebuah karya Sasterawan Negara Shahnon Ahmad. Novel Sampah ini telah diterbitkan pada 1974 dan Sampah yang ada kini ialah merupakan Cetakan Kedua DBP 2018.
Dia menghulurkan tangan sekali lagi. Sekurang-kurangnya dia bersandar harapan juga. Tetapi, sekian lama sandaran itu tidak dimakbulkan. Kini, manusia hanya memikirkan kewujudan sendiri. Tidak pernah memikirkan kewujudan orang lain. Mahu tidak mahu sandaran yang paling nikmat dan paling memuaskan ialah khayalan. Hanya berkhayal dalam kematian menunggu keabadian di alam barzakh sahaja yang terdaya meneruskan degupan jantungnya.
Anonymous (store manager) –