Hikayat Hayy bin Yaqzan: Manusia Asuhan Rusa

IBN ṬUFAYL (1100-1185) adalah seorang ilmuwan yang pakar dalam pelbagai bidang terutamanya falsafah dan perubatan.

Terjemahan daripada judul Ḥayy ibn Yaqẓān oleh MOHAMAD RAZIF MOHAMAD FUAD

IBDE (Cetakan pertama, 2024)
xi + 145 halaman

RM45.00

In stock

ISBN: 9789670037547 Product ID: 43272 Subjects: , Sub-subjects: , ,

Hikayat Hayy bin Yaqzan: Manusia Asuhan Rusa adalah novel falsafah, alegori falsafah, atau alegori sufi bercorak falsafah, ditulis dalam bentuk fiksyen sains, yang mengungkapkan pandangan falsafah Ibn Tufayl tentang alam semesta, epistemologi falsafah ilmu pengetahuan tentang Tuhan, agama, moral, manusia dan watak-wataknya, dalam bentuk bahasa sastera yang bermutu tinggi dan cemerlang. Latar kisahnya di kepulauan India terdapatnya sebuah pulau yang tidak dihuni manusia. Di pulau ini lahir seorang bayi secara normal, tanpa ayah dan ibu. Bayi yang dimaksud adalah Hayy. Seekor rusa yang anaknya baru saja mati segera mendekati bayi itu dan ia merasakan seperti anaknya. Seperti kebiasaan seorang ibu, rusa menyusui bayi itu dan sebaliknya bayi itu memandang rusa yang menyusuinya sebagai ibunya. Hayy membesar dengan sihat. Seiring dengan pertumbuhan jasmaninya, jiwa dan pemikirannya semakin berkembang. Dia memerhatikan dan mula berfikir tentang segala sesuatu yang ada disekitarnya. Dia menemukan cara memenuhi keperluan hidupnya. Perasaan dan fikirannya mendorong untuk mengambil keputusan bahawa kemaluannya perlu ditutup. Lebih daripada itu dia mampu menggunakan akalnya begitu sehingga dapat memahami hakikat alam sekeliling dan mampu berfikir hal-hal yang bersifat rohani. Berkat rahmat Allah dia memiliki kecerdikan yang luar biasa. Pemikirannya Hayy yang mendalam tentang segala sesuatu yang dikenalpasti melalui pancainderanya, menimbulkan keyakinan bahawa adanya Allah, pencipta alam semesta.

Keyakinan akan adanya Allah sebagai kebenaran yang hakiki, mendorong Hayy untuk berusaha berhubungan dan dekat dengan-Nya. Melalui pemikiran ahli falsafah, dia mengetahui hakikat-hakikat alam. Dia pun memperoleh pengetahuan hakiki dan kebahagiaan yang sejati. Untuk mencapai maksud tersebut, dia melatih diri dengan berpuasa selama 40 hari di dalam sebuah gua. Dengan penuh kesungguhan (ber-mujahadah) dan keikhlasan, dia berusaha membebaskan dirinya dari dunia semata-mata melalui kepercayaan penuh kepada Allah. Akhirnya dia memperolehi apa yang dia kehendaki iaitu ittihad (mengesakan Allah) atau ittishal (berhubungan langsung) dengan Allah secara berterusan. Di saat dia berada dalam situasi dan pengalaman pengabdian diri kepada Allah, ia berjumpa dengan seorang lelaki yang bernama Absal. Absal datang dari suatu pulau yang tidak begitu jauh dari tempat tinggal Hayy. Absal mengira bahawa pulau di mana Hayy berada, tidak dihuni manusia dan dia rasa sesuai untuk mengasingkan diri dari masyarakat. Di pulau ini ia berusaha untuk menambah ketakwaan dan kesolehan. Hayy tidak memahami bahasa manusia. Setelah Absal mengajarnya, keduanya berkomunikasi secara lancar, saling menceritakan pengalaman masing-masing, dan saling bertukar fikiran. Absal memberitahu Hayy tentang konsep-konsep Qur’ani, yang berkenaan dengan Allah, malaikat-malaikat, nabi-nabi dan lain-lain.

Melalui maklumat yang diperolehi dari Absal, Hayy menyedari bahawa metode falsafah yang dia miliki telah membawa dirinya ke peringkat pengetahuan dan ma’rifat yang selari dengan ajaran agama yang diceritakan Absal. dia pun tahu bahawa orang yang membawa keterangan dengan ucapan yang benar itu adalah rasul dan dia percaya kepadanya dan mengakui kerasulannya. Sebaliknya, Hayy juga menjelaskan pengalamannya dengan Allah kepada Absal. Keterangan Hayy ini memperkuat keyakinan Absal tentang ajaran agama yang diterimanya dan bertemulah akal dan wahyu (al-manqul wa al-ma’qul) atas penerangan daripada Hayy yang memberitahu tentang ma’rifah hakiki yang dia dapat kepada penghuni pulau itu. Pulau itu diperintah oleh seorang raja yang bernama Salman, sahabat Absal. Salman menerima ajaran agama seperti yang disampaikan nabi, dengan kata lain Salman lebih tertarik kepada makna zahir nash. Ia menyukai hidup ditengah masyarakat dan melarang orang lain untuk hidup menyepi, ‘uzlah.

Setelah Absal mengemukakan ilmu ma’rifat hakiki yang dialami Hayy, penduduk pulau itu menerima Hayy dengan hati yang terbuka. Namun, setelah Hayy menjelaskan pengetahuan dan pemikiran falsafahnya, ternyata penduduk mencemuhnya. Hayy mendapat pelajaran dari pengalamannya bahawa orang awam tidak memahami dan tidak mampu menerima ma’rifat sejati. Ma’rifat hanya dapat dipahami oleh orang-orang khusus, yang dalam agama telah mencapai martabat lebih tinggi dibandingkan dengan orang awam. Orang awam tidak mampu menjangkau konsep-konsep murni. Hayy pun menyedari bahawa pergaulan membawa kerusakan bagi masyarakat dan untuk memperbaikinya sangat diperlukan ajaran agama yang dibawa oleh nabi. kerana nabilah yang paling mengenal jiwa manusia pada umumnya. Dia mohon maaf pada Salman dan rakyatnya, dan mengakui kekeliruannya sendiri kerana memaksa mereka mencari makna yang tersembunyi dalam kitab suci al-Quran. Pesan perpisahannya ialah mereka harus berpegang teguh kepada ketentuan hukum syariat yang telah mereka yakini selama ini. Mereka mengisi sisa umurnya dengan beribadah sepenuhnya kepada Allah.

Pengantar Penterjemah

1. EPILOG
Ibnu Bajjah
Beza Cerapan antara Ahli Nazar dengan Ahli Wilayah
Kembali kepada Ibnu Bajjah
Al-Farabi
Ibnu Sina
Al-Ghazali

2. MUKADIMAH

3. GEOGRAFI PULAU AL-WAQWAQ

4. KELAHIRAN HAYY BIN YAQZAN HINGGA USIA 7 TAHUN
Lahir dengan Ibu Bapa
Lahir tanpa Ibu Bapa
Mula Berpakaian

5. USIA 8 TAHUN HINGGA 21 TAHUN
Selamat Tinggal “Ibu”
“Sesuatu” yang Belum Ketemu
Berkenalan dengan Api
Roh
Langkah Baru dalam Kehidupan

6. USIA 22 TAHUN HINGGA 28 TAHUN
Dunia yang Lebih Luas
Jiwa
Empat Unsur Utama
Mengenali Sang Pencipta

7. USIA 29 TAHUN HINGGA 35 TAHUN
Berkenalan dengan Bima Sakti
Dari Manakah Datangnya Alam Semesta?
Sifat-sifat Sang Pencipta
Kehalusan Perbuatan-Nya
Wujud Yang Mutlak

8. USIA 36 TAHUN HINGGA 49 TAHUN
Hakikat Cinta
Penyaksian Hamba kepada Pencipta
Pencarian yang Tak Berpenghujung

9. ASAL DAN SALAMAN
Antara Dua Kutub
Asal Berpindah ke Pulau
Berkenalan dengan Asal
Belajar Bertutur dan Mengenali Semua Benda
Berangkat Meninggalkan Pulau
Mengajar dan Belajar
Kembali ke Pulau

10. PENUTUP

Nota Hujung

Weight0.275 kg
Dimensions20.3 × 13.5 × 1.9 cm
Author(s)

,

Format

Language

Publisher

Year Published

Reviews

There are no reviews yet

Only logged in customers who have purchased this product may leave a review.