1511H [Kombat]

FAISAL TEHRANI (b. 1974) adalah seorang pengarang asal Malaysia. Faisal telah memenangi aneka anugerah sastera dan sering dianggap seorang yang kontroversi lantaran gemar bereksperimen, baik menerusi bentuk ataupun kerana mengetengahkan wacana alternatif dalam karya-karyanya.

JIWA (Cetakan semula, 2022)
329 halaman

RM29.00

In stock

ISBN: 9789672899112 Product ID: 44069 Subject: Sub-subject:

1511H [Kombat] merupakan novel nukilan Faisal Tehrani yang pernah memenangi tempat pertama Hadiah Sastera Utusan Malaysia-Exxon Mobil 2003, yang mengisahkan sosok bernama Muhammad Ameen Muhamad, seorang remaja istimewa. Dia punya makrifat yang sudah ditentukan Tuhan untuk mengepalai rombongan askar menangani Presiden Amerika Syarikat dan sekutunya iaitu Encik Nosirname. Jeneral Syarifah Nusaybah Syed Abdullah adalah sheikhah al-kutb, ketua tariqat sufi serta kumpulan tentera remaja bawah tanah yang menentang kemaraan barat, Yahudi dan konco-konco syaitannya. Merek semua di bawah satu misi, satu misi yang dijanjikan oleh Tuhan untuk mereka, menyucikan kembali bumi Allah pada pengabdian Tuhan yang satu dan memerdekakan kembali tanah-tanah manusia yang sudah sekian lama disaluti syaitan, dan mereka tahu kali ini, kebenaran dan kejayaan akan berada di bahu mereka, walaupun bagaimana perit mereka terpaksa mencapainya.

Weight0.355 kg
Dimensions20 × 13 × 2.5 cm
Author(s)

Edition

Format

Language

Publisher

Year Published

,

Reviews

There are no reviews yet

Only logged in customers who have purchased this product may leave a review.

More from this Author