Kamus Etimologi Bahasa Melayu Dewan

Disusun oleh Sidang Editor Perkamusan DBP

DBP (Cetakan pertama, 2024)
xxix + 877 halaman termasuk Bibliografi

RM80.00

In stock

ISBN: 9789834945077 Product ID: 44256 Subjects: , Sub-subjects: , ,

Kamus Etimologi Bahasa Melayu Dewan merupakan kamus asal usul kata yang pertama kali diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka, mengandungi sebanyak 3000 entri dipilih daripada 7000 entri beretimologi yang terkandung dalam Kamus Dewan Perdana. Huraian maklumat etimologi yang lebih jelas dan maklumat etimologi ini diolah dan diberikan pemerian oleh Rahim Aman daripada Universiti Kebangsaan Malaysia, pakar dalam bidang Linguistik Sejarah dan Dialektologi. Etimologi ialah bidang ilmu yang mengkaji hal tentang sumber dan sejarah kata dan perubahan pada bentuk dan makna kata atau secara ringkasnya mengkaji susur galur sesuatu perkataan. Di Malaysia, bidang ini masih kurang diketengahkan dan dibincangkan oleh pengkaji dan pengguna bahasa. Hal ini dapat dilihat dengan terbatasnya penerbitan kamus, buku, artikel, rencana dan sebagainya. Kajian etimologi menjadi amat bermanfaat kepada masyarakat yang ingin memahami sejarah sesuatu kata dengan lebih jelas dan mendalam, khususnya tentang perubahan bentuk dan maknanya. Penerbitan Kamus Etimologi Bahasa Melayu Dewan menjadi wadah penting bagi memperbanyak dan memperlengkap bahan rujukan khusus tentang sejarah atau asal usul kata dalam bahasa Melayu dan dapat dimanfaatkan oleh para penyelidik, pelajar dan pengguna umum.

Sidang Editor
Kata Pengantar
Pendahuluan
Panduan Pengguna
Panduan Penggunaan Kamus
Kependekan
Konsep-Konsep Penting
A-Z

Bibliografi

Weight0.977 kg
Dimensions21.5 × 14 × 4.2 cm
Class

Format

Language

Publisher

Year Published

Reviews

There are no reviews yet

Only logged in customers who have purchased this product may leave a review.