Pengajian Pondok: Pembangunan Jiwa Mandiri menelusuri falsafah, nilai, hakikat pengetahuan, pedagogi dan pembangunan potensi termasuk dari sudut psikologi yang menjadi amalan dalam institusi pengajian pondok sejak zaman-berzaman. Jiwa mandiri yang dibahaskan dalam buku ini adalah untuk membebaskan diri daripada belenggu keduniaan dan secara konsisten memandang dunia ini sebagai medan perjuangan bagi mengambil faedah untuk bekalan hari akhirat. Institusi pengajian tradisi seperti pondok di Malaysia mempunyai keunikan dan peranan yang tidak kurang pentingnya dalam bidang pendidikan arus perdana. Keunikan yang dimaksudkan ialah objektif dan hala tuju pendidikannya yang jelas, iaitu matlamat untuk melahirkan insan yang bertakwa kepada Allah SWT dan faham serta tahu tentang tanggungjawab yang perlu dilaksanakan sebagai seorang khalifah yang diamanahkan untuk mengurus dan mentadbir alam dengan sebaik-baiknya. Dengan sebab itu, teori dan amali pembelajaran bertumpu kepada pembangunan potensi yang menggabungkan aspek rohani dan jasmani atau mental dan fizikal. Jiwa dibersihkan secara zahir dan batin agar dapat menghadirkan kefahaman yang hakiki tentang tujuan sebenar pendidikan manakala tubuh pula diasuh dan dibiasakan agar mampu berdikari bagi meneruskan kelangsungan hidup dengan melihat dunia sebagai wasilah bukannya tujuan akhir. Dengan demikian, pencapaian yang diutamakan ialah kefahaman yang mendalam terhadap perintah agama yang menjadi dasar atau peletak kejayaan terhadap kehidupan di dunia dan di akhirat.
Pengajian Pondok: Pembangunan Jiwa Mandiri
KHAIRUL NIZAM ZAINAL BADRI adalah tenaga pengajar di Pusat Pengajian Al Mansoorah, Malaysia.
DBP (Cetakan pertama, 2024)
xxi + 156 halaman termasuk Bibliografi dan Indeks
RM33.00
In stock
Prakata
Pendahuluan
1. Kesedaran Intelek
2. Keunikan Institusi Pengajian Pondok
3. Nilai-nilai Pendidikan
4. Falsafah dan Idealisme dalam Pendidikan
5. Hakikat Pengetahuan dan Pendidikan
6. Falsafah Pembelajaran
7. Pedagogi dalam Pengajian Pondok
8. Talaqqi dari Sudut Psikologi
9. Pondok dan Pembangunan Potensi
10. Pemeliharaan Pondok dan Pengembangan Masyarakat
Bibliografi
Indeks
Weight | 0.203 kg |
---|---|
Dimensions | 21.5 × 13.8 × 0.9 cm |
Author(s) | |
Format | |
Language | |
Publisher | |
Year Published |
Only logged in customers who have purchased this product may leave a review.
Reviews
There are no reviews yet