Sistem Pendidikan di Malaysia: Sejarah dan Cabaran Abad ke-21

Disunting oleh ZAMRI MAHAMOD dan ANITA ABDUL RAHMAN

Penerbit UKM (Cetakan Pertama, 2020)
511 halaman termasuk Rujukan dan Indeks

RM60.00

In stock

Sistem Pendidikan di Malaysia: Sejarah dan Cabaran Abad ke-21 membincangkan sistem pendidikan yang terdapat di Malaysia. Pengarang memulakan bab dalam buku ini dengan mengaitkan sejarah sistem pendidikan Malaysia dalam empat fasa. Fasa Pertama berlaku dari tahun 1511 sehingga 1957. Dalam fasa yang begitu lama tersebut, berlaku pelbagai perkara yang melibatkan sistem pendidikan seperti sistem pendidikan sekolah pondok, sistem pendidikan zaman penjajah British, sistem pendidikan zama Jepun, sehinggalah Tanah Melayu mencapai kemerdekaan pada tahun 1957. Fasa Kedua dari tahun 1957 hingga 1970, Fasa Ketiga dari tahun 1970 hingga 1996 dan Fasa Keempat dari tahun 1996 sehingga kini, tahun 2020 dibincangkan sebaik mungkin bagi membantu pelajar bakal guru memahami sejarah dan evolusi pendidikan di Malaysia.

Buku ini juga membincangkan tentang Falsafah Pendidikan, Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Falsafah Pendidikan Guru sebagai asas pemahaman dan penghayatan untuk menjadi guru yang baik. Untuk meningkatkan tahap profesionalisme dan kompetensi guru, bakal guru dan mereka yang terlibat dalam sistem pendidikan, dibincangkan peranan Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti serta Standard Guru Malaysia.

Dua bab terakhir buku ini membincangkan kesan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 dan Revolusi Industri 4.0 dan impaknya kepada sistem pendidikan kebangsaan dan pembelajaran abad ke-21. Selain pelajar bakal guru ini, buku yang dihasilkan boleh dijadikan sumber rujukan kepada pengajar guru di Universiti Awam, Universiti Swasta, IPG, pihak berkepentingan di KPM seperti Bahagian Pembangunan Kurikulum, Bahagian Pendidikan Guru, Bahagian Buku Teks, Jamaah Nazir dan Jaminan Kualiti, Lembaga Peperiksaan dan lain-lain bahagian dan unit di KPM, Jabatan Pendidikan Negeri, Pejabat Pendidikan Daerah, sekolah dan masyarakat secara umumnya.

Senarai Jadual & Rajah
Prakata

BAB 1 Pendahuluan

BAB 2 Sistem Pendidikan Malaysia: Dari Tahun 1511 hingga 1957

BAB 3 Sistem Pendidikan Malaysia: Dari Tahun 1957 hingga 1970

BAB 4 Sistem Pendidikan Malaysia: Dari Tahun 1970 hingga 1996

BAB 5 Sistem Pendidikan Malaysia: Dari Tahun 1996 hingga kini/2020

BAB 6 Falsafah Pendidikan, Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Falsafah Pendidikan Guru

BAB 7 Jemaah Nazir

BAB 8 Standard Guru Malaysia

BAB 9 Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025

BAB 10 Revolusi Industri 4.0 dan Impaknya pada Pendidikan Abad Ke-21

BAB 11 COVID-19: Impak dan Cabaran dalam Pengajaran dan Pembelajaran

Rujukan
Indeks

Weight0.735 kg
Dimensions22.7 × 14.7 × 2.8 cm
Author(s)

, , , , , , , ,

Format

Language

Publisher

Year Published

Reviews

There are no reviews yet

Only logged in customers who have purchased this product may leave a review.