Kebangkitan Neomerkantilisme British di Negeri-negeri Melayu Bersekutu, 1895-1925

MOHD SHAZWAN MOKHTAR ialah pensyarah kanan di Pusat Kajian Sejarah, Politik dan Hal Ehwal Antarabangsa, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Penerbit UKM (Cetakan pertama, 2024)
213 halaman termasuk Rujukan dan Indeks

RM35.00

In stock

ISBN: 9786294862654 Product ID: 47192 Subjects: , Sub-subjects: , , ,

Kebangkitan Neomerkantilisme British di Negeri-negeri Melayu Bersekutu, 1895-1925 membawa pembaca untuk meneroka sejarah ekonomi Malaya pada era kolonial lebih 100 tahun dahulu. Berdasarkan perspektif neomerkantilisme das bukti-bukti sejarah yang diteroka sama ada di London mahupun Malaysia, penulis membuktikan bahawa kegiatan ekonomi di Negeri-negeri Melayu Bersekutu sebenarnya dikawal oleh kerajaan British melalui pentadbiran kolonial. Negeri-negeri Melayu Bersekutu muncul sebagai antara negeri naungan yang terkaya dalam empayar British sehingga dapat menyumbangkan kapal perang yang diberi nama H.M.S Malaya. Walaupun Perang Dunia Pertama tidak berlaku di Tanah Melayu, episod perang dagang antara British dengan musuhnya terutamanya Jerman berlaku di Negeri-Negeri Melayu Bersekutu. Episod ketirisan pengurusan kewangan oleh pentadbir kolonial juga diceritakan dalam buku ini di sebalik kemerosotan ekonomi yang berlaku selepas perang. Dalam kes ini, Laurence Guillemard, Pesuruhjaya Tinggi British membuat kenyataan yang menarik minat penulis untuk membongkar sisi gelap pentadbiran kolonial, iaitu “.. the finances of the Federated Malay States now stand is not due as he asserts to the mistakes of the past.”

Prakata

1. Pemulihan Neomerkantilisme British dan Pengaruhnya di Tanah Melayu
2. Pembentukan Sistem Merkantil di Negeri-Negeri Melayu Bersekutu
3. Perlindungan Perdagangan ketika Perang Dunia Pertama
4. Kemelesetan Ekonomi Negeri-Negeri Melayu Bersekutu Pasca Perang Dunia Pertama
5. Pembangunan Perdagangan antara Empayar
6. Retrospektif Neomerkantilisme di Negeri-Negeri Melayu Bersekutu

Rujukan
Indeks

Weight0.292 kg
Dimensions22.8 × 15.2 × 1.1 cm
Author(s)

Format

Language

Publisher

Year Published

Reviews

There are no reviews yet

Only logged in customers who have purchased this product may leave a review.