Out of stock

Pengenalan Doktrin Kosmologi Islam

SEYYED HOSSEIN NASR merupakan Profesor Emiritus dalam jurusan Pengajian Islam di George Washington University

Terjemahan daripada judul asal An Introduction to Islamic Cosmological Doctrines oleh BAHARUDIN AHMAD dan OSMAN BAKAR

DBP (Cetakan pertama, 2010)
lxi + 404 halaman termasuk Bibliografi dan Indeks

RM40.00

Out of stock

Pengenalan Doktrin Kosmologi Islam ialah terjemahan daripada An Introduction to Islamic Cosmological Doctrine, Revised Edition oleh Seyyed Hossein Nasr. Versi asal buku ini diterbitkan dalam bahasa Inggeris pada tahun 1960. Ia merupakan di antara karya terawal Seyyed Hossein Nasr, seorang sarjana dan pemikir Islam terkemuka dewasa ini, yang pernah diterbitkan. Inti sari buku ini adalah berdasarkan disertasi PhD yang beliau persembahkan kepada Jabatan Sejarah Sains, Universiti Harvard, Amerika Syarikat pada tahun 1958. Kebanyakan daripada kajian yang dibuat kebelakangan ini oleh para Orientalis Barat dan sarjana Islam moden tentang sains kosmologi dan sains tabii di dunia Islam, dijalankan dengan satu matlamat, iaitu bagi melahirkan perhubungan di antara sains tersebut dengan sains yang tumbuh subur kini di dalam dunia moden. Terlalu jarang perhatian ditumpukan kepada pandangan hidup kaum Muslimin sendiri, iaitu satu pandangan hidup yang dengannya mereka mengkaji sains tertentu dalam alam tabii itu.

Matlamat penterjemahan ini ialah untuk menjelaskan akan prinsip-prinsip kosmologi dan bagi membawa ke depan akan bentuk kosmos dalam mana kaum Muslim hidup dan berfikir, dan dalam keadaan tertentu masih menjadi rangka pemandangan mereka terhadap alam sekeliling. Sudah tentu buku ini tidak sekali-kali menafikan akan peri penting dan sahnya pengkajian sejarah yang daripada satu segi menghubungkan ilmu sains kaum Muslimin dengan sumbernya daripada sains Bibilonia, Mesir Kuno, Yunani, India, China dan Parsi dan daripada segi yang lain pula menjelaskan lagi peranan sains dalam pembentukan dunia ilmiah tamadun Latin dan pengkajian sains tabii di dunia Barat dari abad ke-13 membawa ke abad ke-l7. Namun tujuan asas di sini ialah untuk mengkaji sains kosmologi Islam itu sendiri dan cuba melihat alam dalam satu kesatuan iaitu sebagaimana ia dilihat oleh mereka yang membentuk sendiri sains tersebut, dan bukan melihatnya seperti seorang yang berdiri di pinggir dan cuba ‘membedah’ pandangan hidup Islam itu dan membahagikan elemen-elemen tertentu mengikut punca asal usulnya dalam pandangan sejarah.

Sains kosmologikal dan sains tabii Islam adalah terikat rapi dengan idea metafizik, agama dan falsafah yang membendungi tamadun Islam keseluruhannya seperti juga sains moden sangat berkait rapat dengan gagasan falsafah dan agama pada abad ke-16 dan ke-17 yang memunculkan sains moden itu dan juga memberi kekuatan serta bekalan pemikiran kepadanya. Hubungan rapat ini dapat dilihat contohnya dalam kes pelajar Muslim yang walaupun hanya merapati sains moden secara sepintas lalu sahaja biasanya akan terus hilang penapakan spiritualnya dan cepat menjadi canggung dengan tradisinya sendiri, sedangkan pelajar yang sama mungkin telah bertahun-tahun mempelajari matematik serta sains tabii dalam rangka tradisi dan sedikit pun tidak jauh daripada dasar Islam yang sejati.

Pengenalan
Awal Bicara

BAHAGIAN I – IKHWAN AL-SAFA’ WA KHULLAN AL-WAFA’ (PERSAUDARAAN SUCI)
1. Rasa’il, Karya Ikhwan Al-Safa’ – Identiti Dan Isi Kitab
2. Prinsip-prinsip bagi Pengkajian Kosmos dan Hierarki Alam Semesta
3. Cabang-Cabang Sains Kosmologi
4. Mikrokosmos dan Hubungannya dengan Alam Semesta

BAHAGIAN II – AL-BIRUNI
5. Penghidupan, Hasil Karya dan Kepentingan al-Biruni
6. Kejadian Dunia dan Sejarah Berikutnya
7. Peranan Alam Tabi dan Kaedah Pengkajiannya
8. Alam Semesta dan Bahagiannya
9. Perkahwinan di antara Langit dengan Bumi dalam Astrologi
10. Sikap al-Biruni terhadap Falsafah dan Penuntutan Ilmu

BAHAGIAN III – IBN SINA
11. Riwayat Hidup dan Karya Ibn Sina serta Kepentingannya
12. Anatomi Wujud
13. Prinsip-prinsip Falsafah Tabii
14. Alam Semesta, Manusia dan Hubungannya
15. Alam Tabii dan Hikayat Visionari

Kesimpulan
Bibliografi
Indeks

Weight0.73 kg
Dimensions22.2 × 14.5 × 3.1 cm
Author(s)

, ,

Edition

Format

Publisher

Language

Year Published

,

5.0
Based on 2 reviews
5 star
100
100%
4 star
0%
3 star
0%
2 star
0%
1 star
0%
  1. Kawah Buku (store manager)

    “Buku ini diterbitkan 16 tahun yang lalu di dalam terjemahannya ke bahasa Melayu; diulang cetak beberapa kali dan edisi ini perlu mendapat sambutan para pelajar dan pensyarah bidang ini sama seperti sambutan yang diberikan kepada edisinya yang awal.”—Prof Dr. Ibrahim M. Zein, Dekan ISTAC, IIUM

    (0) (0)
  2. Kawah Buku (store manager)

    “Terjemahan yang lancar dan baik seolah-olah membaca di dalam edisi bahsa Inggerisnya juga.”—Prof Dr. Abdullah Alwi

    (0) (0)
  3. Kawah Buku (store manager)

    “Satu-satunya kajian kosmologi Islam di dalam bahasa Melayu.”— Prof Dr. Cemil Akdogan

    (0) (0)
  4. MUHAMMAD AMIN NASRIN A. (Verified Reader)

    (0) (0)
  5. Anonymous (store manager)

    (0) (0)

Only logged in customers who have purchased this product may leave a review.