Out of stock

Islam dalam Sejarah dan Kebudayaan Melayu

SYED MUHAMMAD NAQUIB AL-ATTAS adalah bekas Pengarah-Pengasas Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam atau dikenali dengan nama International Institute of Islamic Thought and Civilization (ISTAC).

Penerbit UKM (Cetakan Kelapan, 2022)
87 halaman

RM28.00

Out of stock

Islam dalam Sejarah dan Kebudayaan Melayu merupakan teks ucapan al-Attas ketika mempersembahkan Sharahan Pengukuhan pelantikan pada jawatan Profesor Bahasa dan Kesusasteraan Melayu di Universiti Kebangsaan Malaysia, Kuala Lumpur, yang diuchapkan pada 24 haribulan Januari tahun 1972 di Oditorium Universiti Kebangsaan Malaysia, Kuala Lumpur. Sharahan Islam dalam Sejarah dan Kebudayaan Melayu merupakan suatu mukaddimah mengenai peranan Islam dalam peradaban sejarah Melayu-Indonesia, dan kesannya dalam sejarah pemikiran, bahasa, dan kesusasteraan Melayu.

Bahwa sesungguhnyalah sharahan ini bertujuan untuk memajukan satu renungan ilmiah yang luas mengenai peristiwa perabadan dalam sejarah Kepulauan Melayu-Indonesia. Apabila kita tinjau luasan alam sejarah insan dari abad datang ke zaman, akan kita dapati sekali-sekali suatu pergolakan hebat yang merobah nasib suatu bangsa dan daya sejarah bangsa itu, sehingga perubahan itu menandakan suatu zaman baru. Pengertian ‘zaman baru’ itu ialah suatu zaman yang mempunyai chiri2 yang penting dan yang bersifat persendirian serta berlainan dengan sifat2 zaman yang lampau, zaman yang menayangkan pandangan hidup yang berbeda daripada yang lampau, zaman yang menubuhkan bukan sahaja rupa baru bahkan juga jiwa baru.

Pada kebiasaannya dalam penulisan sejarah Kepulauan Melayu-Indonesia perbandingan2 yang direkakan oleh para sarjana dan ahli sejarah Barat mengenai kiasan2 yang berlaku dalam sejarah adalah perbandingan dengan sejarah benua India, yang dianggap oleh mereka se-olah2 mewujudkan segara peristiwa sejarah kita. Dalam sharahan ini izinkanlah saya membuat perbandingan dan memberikan kiasan yang tiada berdasarkan pandangan terhadap sejarah benua India. Saya akan menolehkan pandangan saya kepada sejarah Eropa pada takat sebelum timbulnya keadaan baru yang menerbitkan Abad Pertengahan sejarah itu, dan dalam pada itu juga akan mengemukakan pandangan2 mengenai pengaruh terbitnya Islam terhadap penjelmaan Abad Pertengahan di Eropa.

Weight0.195 kg
Dimensions22.8 × 15.3 × 0.6 cm
Author(s)

Class

Edition

Format

Language

Series

Publisher

Year Published

5.0
Based on 4 reviews
5 star
100
100%
4 star
0%
3 star
0%
2 star
0%
1 star
0%
  1. Muhammad Luqman (Verified Reader)

    (0) (0)
  2. Anonymous (store manager)

    (0) (0)
  3. Anonymous (store manager)

    (0) (0)
  4. Fitri Jalil (Verified Reader)

    (0) (0)

Only logged in customers who have purchased this product may leave a review.

More from this Author

  • Islām and Secularism (Hardback)
    Out of stock

    Islām and Secularism

    This product has multiple variants. The options may be chosen on the product page RM68.00RM80.00
  • Historical Fact And Fiction
    Out of stock

    Historical Fact and Fiction

    RM180.00
  • Concluding Postscript to the Origin of the Malay Sha'ir

    Concluding Postscript to the Origin of the Malay Sha’ir

    RM38.00
  • Islām: The Concept of Religion and the Foundation of Ethics and Morality

    Islām: The Concept of Religion and the Foundation of Ethics and Morality

    RM38.00