Antara Sejarah dan Mitos: Sejarah Melayu dan Hang Tuah dalam Historiografi Malaysia

AHMAT ADAM adalah Profesor Emeritus dalam bidang Sejarah. Merupakan mantan Profesor Sejarah di Universiti Kebangsaan Malaysia, Universiti Malaysia Sabah dan Universiti Malaya.

SIRD (Cetakan Keempat, 2021)
216 halaman termasuk Bibliografi dan Indeks

RM35.00

In stock

ISBN: 9789670960142 Product ID: 4086 Subjects: , , Sub-subjects: ,

Antara Sejarah dan Mitos: Sejarah Melayu dan Hang Tuah dalam Historiografi Malaysia cuba merungkai persoalan kebolehpercayaan Sejarah Melayu sebagai sumber sejarah yang utuh, dan juga menganalisis secara kritis kewujudan Hang Tuah dalam sejarah silam Melaka bagi menentukan sama ada figur ini adalah benar-benar tokoh sejarah ataupun semata-mata tokoh yang dimitoskan sahaja. Sulalat u’s-Salatin atau Sejarah Melayu, bersama-sama dengan Hikayat Hang Tuah adalah dua buah karya klasik agung orang Melayu yang tidak perlu ditekankan peri pentingnya dalam sejarah kebudayaan bangsa itu. Dihasilkan pada abad ke-16 dan ke-17, karya yang asalnya ditulis berperingkat-peringkat dengan berdasarkan tradisi lisan, masing-masing telah menjadi rujukan utama dalam pengajian sejarah dan kebudayaan bangsa Melayu.

Kendatipun banyak orang menganggap Sejarah Melayu sebagai sebuah karya sejarah yang bona fide, dan ramai pula yang menganggap Hikayat Hang Tuah adalah epik sejarah yang benar-benar meriwayatkan petualangan Laksamana Melaka yang hidup antara abad ke-15 dan ke-16, namun usaha membicarakan dua teks Melayu klasik ini tidak pernah dibuat secara kritis untuk menentukan dengan pasti sejauh mana Sejarah Melayu dapat dianggap sebagai sumber sejarah yang boleh dipercayai, dan sejauh mana pula manusia yang bernama Hang Tuah itu benar-benar wujud dalam sejarah. Mungkin-kah kewujudan Hang Tuah itu hanya berasaskan kepercayaan banyak orang, setelah terpengaruh oleh Hikayat Hang Tuah yang pernah tersebar secara meluas di serata pelosok dunia Melayu semenjak tidak kurang daripada empat abad yang lalu?

Menyedari betapa pentingnya sejarah ditakrifkan menurut pentakrifannya yang betul, dengan mempersoalkan sesuatu yang diterima oleh banyak orang sebagai kebenaran tanpa bukti yang sahih dan meyakinkan, maka buku ini berusaha sedapat mungkin untuk mengetengahkan persoalan kebenaran sejarah dalam naskhah agung Sulalat us-Salatin khususnya, dan cuba membicarakannya dalam konteks perbandingan antara historiografi dengan mitologi, dua tema yang menyentuh hal yang melibatkan historiografi Malaysia tradisional.

Prakata
Senarai Singkatan
Penghargaan
Ortografi

1. Apakah Sejarah?
2. Memperkenalkan Sejarah Melayu Naskhah Krusenstern
3. Tersilapkah Anda Membaca Sejarah Melayu Selama Ini?
4. Sejarah Melayu sebagai Sumber Tarikh Pembukaan Melaka?
5. Mitos, Makna, dan Keindahan dalam Teks Sejarah Melayu
6. Betulkah Hang Tuah [sic] Wujud?
7. Nota Ringkas tentang Makam Hang Tuah [sic]
8. Kesimpulan

Glosari
Lampiran
Bibliografi
Indeks

Weight0.360 kg
Dimensions22.7 × 15.2 × 1.2 cm
Author(s)

Format

Language

Publisher

Year Published

Reviews

There are no reviews yet

Only logged in customers who have purchased this product may leave a review.

More from this Author

  • Melayu, Nasionalisme Radikal dan Pembinaan Bangsa

    Melayu, Nasionalisme Radikal dan Pembinaan Bangsa

    RM42.00
  • Batu Bersurat Terengganu: Betulkah Apa yang Dibaca Selama Ini?

    Batu Bersurat Terengganu: Betulkah Apa yang Dibaca Selama Ini?

    RM32.00
  • Hikayat Hang Tuha (Atau Hikayat Hang Tua)

    Hikayat Hang Tuha (atau Hikayat Hang Tua)

    RM75.00