Arena Bahasa, Sastera dan Budaya Melayu-China

Disunting oleh GOH SANG LEONG

DBP (Cetakan Pertama, 2021)
184 halaman termasuk Indeks

RM22.00

Only 1 left in stock

If you purchase this book you will earn 5 reward points!

Arena Bahasa, Sastera dan Budaya Melayu-China mengupas dan mencerakin perhubungan Melayu-China dengan menjadikan titik pertemuan bahasa, sastera dan budaya Melayu-China lebih persis dan menarik. Interaksi tamadun dan peradaban Melayu-China sudah lama terjalin sejak berabad-abad dahulu. Interaksi yang berlaku ini menjadi landasan kepada pengukuhan tali persahabatan dan hubungan diplomatik antara benua Melayu dan alam China.

Bahasa, sastera dan budaya merupakan tiga teras yang menjadi pemangkin kepada pembangunan sesebuah tamadun dan bangsa. Natijahnya, jalinan dua tamadun dan dua bangsa melalui perhubungan bahasa, sastera dan budaya semestinya mampu memberikan senario yang agak jitu tentang interaksi antara dua tamadun dan dua bangsa. Atas kapasiti inilah, buku ini disusun dengan kandungannya menyajikan tiga aspek utama yang memaparkan hubungan interaksi antara China dengan Alam Melayu.

Penyumbang bab terdiri daripada penyelidik dari Malaysia dan China. Yang menariknya, setiap penulis memerhatikan isu dari perspektif yang sedikit berbeza tetapi besar impaknya dalam pengembangan ilmu dunia akademik. Sudut pandangan yang berlainan ini memberikan inspirasi yang berbeza-beza kepada pembaca tentang sesuatu isu bahasa, sastera dan budaya Melayu-Cina. Hal ini menggalakkan percambahan idea baharu bagi mengembangkan lagi arena kajian intelektual tentang dunia Melayu-China.

Senarai Rajah
Senarai Jadual
Prakata
Pengenalan

BAHAGIAN A — BAHASA

Bab 1 Penguasaan Kata Adjektif Bahasa Melayu oleh Penutur Asing Berdasarkan Kolokasi dan Medan Semantik Bersumberkan Korpus DBP
Hasmidar Hassan dan Mardian Shah Omar

Bab 2 Kata Kerja Berimbuhan meN-…-kan dan meN.-…-i serta Padanannya dalam Bahasa Cina
Zhao Ran

Bab 3 Refleksi Pemikiran dalam Peribahasa Melayu dan Peribahasa Cina
Fatimah Ibrahim, Noor Liza Abdullah dan Nur’Azah Ahmad @ Ahmad Zakaria

BAHAGIAN B — SASTERA

Bab 4 Pantun Merentas Akulturasi Budaya Masyarakat Melayu dan Cina
Rozita Omar dan Norehan Muhamad

Bab 5 Perbandingan Nilai Bahasa dan Sastera Melayu dan Cina
Zhao Dan

Bab 6 Perbandingan Struktur Naratif dan Sosiobudaya dalam Bawang Putih Bawang Merah dan Ye Xian
Wang Huizhong

BAHAGIAN C — BUDAYA

Bab 7 Mencari Reda Ilahi: Pengalaman Berhaji Masyarakat Melayu di Malaysia dan Masyarakat Cina Muslim di China
Aiza Maslan @ Baharudin

Bab 8 Komoditi China dan Alam Melayu Berdasarkan Kitab al-MascGlik wa al-Mamalik (Ibn Khurdadhbih 820 Masihi — 893 Masihi)
Thuraya Ahmad dan Nazarudin Zainun

Indeks

Weight 0.259 kg
Dimensions 21.6 × 14 × 1.1 cm
Author(s)

, , , , , , , , , , , ,

Edition

Language

Publisher

Year Published

Reviews

There are no reviews yet.

Only logged in customers who have purchased this product may leave a review.