Bahasa dan Masyarakat di Lembangan Sungai Saribas

Kumpulan tulisan JAMES T. COLLINS, CHONG SHIN dan DEDY ARI ASFAR

DBP (Cetakan Pertama, 2019)
194 halaman termasuk Bibliografi dan Indeks

RM22.00

Only 1 left in stock

If you purchase this book you will earn 5 reward points!

Bahasa dan Masyarakat di Lembangan Sungai Saribas memuatkan hasil penyelidikan lapangan di lembangan Sungai Saribas dan sistem sungai di sekitarnya yang memfokuskan pada bahasa dan sastera lisan masyarakat Melayu dan Iban—dua komuniti peribumi dominan di wilayah tersebut. Pada era sebelum tahun 1990-an, kesukaran jaringan perhubungan ke daerah ini menyebabkan peneliti kurang tertarik untuk meneroka khazanah ilmu bahasa yang baik, yang terpendam di tengah-tengah kawasan paya, mahupun di kawasan pedalaman yang terpencil. Kini, dengan kemajuan prasarana pengangkutan, para penulis berhasil melakukan kajian yang intensif dan meluas untuk melengkapi lompong-lompong ilmu yang sedia wujud.

Sepintas lalu, buku ini bermula dengan memperkenalkan latar belakang kawasan Saribas dan diikuti dengan sorotan linguistik dialek Melayu dan aspek sosiolinguistik komuniti tersebut. Selain itu, buku ini juga menjejaki lingkungan persebaran variasi Melayu Saribas melalui sungai Krian dan Rajang serta kawasan Yang berhampirannya. Selain bahasa komuniti Melayu, buku ini turut memuatkan analisis linguistik dan sastera lisan bahasa Iban, yakni bahasa lingua franca utama di seluruh lingkungan Saribas.

Sungai Saribas (Batang Saribas) terletak hanya 80 km dari bandar Kuching ke arah timur laut. Sungainya yang mengalir ke Teluk Datu yang luas di Laut China Selatan yang turut diairi oleh Sungai Sarawak, Batang (Sungai) Sadong, Batang Lupar dan Sungai Rajang. Pertemuan lima batang sungai terbesar di bahagian barat daya Sarawak yang bertemu di Teluk Datu ini merupakan suatu pertemuan penting dari sudut geografi dan sejarah negeri Sarawak.

Berdasarkan penemuan naskhah Syair Saribas, diandaikan bahawa seawal abad ke-16 lembangan Sungai Saribas telah berdiri teguh sebagai sebuah kerajaan Melayu. Dikatakan bahawa wilayah Saribas pernah dikuasai oleh Kerajaan Johor dan kemudian Kerajaan Brunei. Nama Saribas juga disebut oleh penulis Belanda, François Valentyn berdasarkan laporan wakil Belanda di Kalimantan pada tahun 1609. Pada abad ke-19, penduduk Sungai Saribas yang terdiri daripada orang Melayu dan Iban bersatu menghadapi pencerobohan British yang dipimpin oleh James Brooke. Berdasarkan penyelidikan yang dijalankan di Kampung Tanjung Asam, Sungai Saribas pada 20 Ogos 1997, penyelidik mendapati bahawa kuatnya perasaan antipenjajah dalam diri penduduk di Sungai Saribas hingga ke hari ini, meskipun setelah (1843-1997) 154 tahun penduduk di sungai Saribas terpisah daripada nenek moyang.

Dengan gelaran yang memberikan konotasi buruk kepada namanya, Brooke [bruk] → buruk, Brooke tetap dibenci dan dicemuh di kampung dan rumah panjang Sungai Saribas. Beberapa siri pemberontakan bagi mengancam pengukuhan dan peluasan kuasa British dilancarkan dari istana “Kuching” oleh pahlawan Melayu dan Iban Sungai Saribas. Serangan angkatan tentera laut diraja British terhadap Sungai Saribas telah memusnahkan banyak kampung Melayu dan Iban. Bahkan, ratusan pahlawan antipenjajah dan keluarganya dibunuh dan digelar “lanun” oleh penjajah.

Namun begitu, gerakan pemusnahan dan pembunuhan yang dilancarkan oleh rejim Brooke terhadap pejuang di Sungai Saribas meninggalkan kesan negatif kepada penduduk di lembangan Saribas. Akibat berani melawan penjajah, lembangan Sungai Saribas terpinggir dan dipulaukan. Sepanjang tempoh rejim Brooke berkuasa, kawasan itu tidak pernah dibangunkan atau dimajukan. Kemudahan dan pembangunan yang dinikmati di Malaysia, tidak pernah dirasai oleh penduduk Saribas sehinggalah abad ke-21. Kemudahan bekalan air, tenaga elektrik, bangunan sekolah yang sempurna dan jalan darat hanya mula diusahakan sejak akhir-akhir ini.

Senarai Foto
Senarai Peta
Prakata

1. Pendahuluan
James T. Collins

2. Diversiti Bahasa Melayu di Sungai Saribas dan Sungai Rajang
James T. Collins

3. Dialek Melayu di Lembah Sungai Krian
Chong Shin

4. Bunyi Geluncuran di Lembangan Sungai Saribas-Krian-Rajang: Suatu Ciri Kewilayahan atau Pengaruh Fonologi?
Chong Shin

5. Bahasa Iban di Lembangan Sungai Saribas
Chong Shin

6. Sastera Lisan dan Dialektologi Iban: Data dari Sungai Rimbas dan Sungai Saribas
Dedy Ari Asfar

7. Idiofon, Gaya Bahasa dan Kearifan Tempatan dalam Teks Sastera Lisan Iban Sungai Rimbas
Dedy Ari Asfar

Lampiran 1
Lampiran 2
Bibliografi
Indeks

Weight 0.239 kg
Dimensions 21.6 × 14 × 1 cm
Author(s)

, ,

Edition

Language

Publisher

Year Published

Reviews

There are no reviews yet.

Only logged in customers who have purchased this product may leave a review.