Banjir Pahang: Impak Terhadap Sosioekonomi Kesihatan dan Alam Sekitar

CHAMHURI SIWAR adalah Profesor Emeritus di Universiti Kebangsaan Malaysia. Kepakarannya adalah ekonomi alam sekitar, kaiian kemiskinan dan penghidupan lestari, pembangunan penanian dan luar bandar.

SHARIFA EZAT WAN PUTEH adalah Profesor dan Pakar Perubatan Kesihatan Masyarakat dan Komuniti di Fakulli Perubatan, Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM).

NOR DIANA MOHD IDRIS adalah Felo di Institut Alam Sekitar dan Pembangunan (LESTARI), Universiti Kebangsaan Malaysia.

Penerbit UKM (Cetakan Pertama, 2019)
292 halaman termasuk Rujukan dan Indeks

RM40.00

In stock

Banjir Pahang: Impak Terhadap Sosioekonomi Kesihatan dan Alam Sekitar merupakan penyelidikan mengenai banjir yang melanda Pahang tahun 2014 dan kesan-kesannya terhadap beberapa aspek kehidupan masyarakat sekitar. Bencana alam tersebut telah memberi impak yang besar terhadap perubahan landskap penghidupan komuniti di sepanjang Lembangan Sungai Pahang dan Sungai Kuantan. Penyelidikan ini mengambil masa 12 bulan dilaksanakan bermula 1 April 2015 hingga 31 Mac 2016.

Kepentingon pembangunan kerangka konsep yang merangkumi aspek pengurusan lembangan bersepadu, sistem sokongan bencana, sosioekonomi dan kekentalan struktur masyarakat dalam menghadapi bencana banjir adalah bertujuan untuk menilai dan melaksanakan pendekatan yang berkesan dalam mengurangkan impak bencana banjir. Pendekatan isu dan masalah yang berkaitan lembangan dan komuniti perlu diberi perhatian dalam pengurusan bencana banjir dan lembangan sungai seperti masalah sistem amaran banjir, persediaan menghadapi baniir, sedimentasi, perubahan tebing sungai, bekalan makanan dan air bersih.

Pengurusan Lembangan Sungai Bersepadu adalah salah satu pendekatan bagi penambahbaikan pengurusan Lembangan Sungai Pahang yang perlu dilaksanakan dengan penglibatan semua pihak termasuk agensi keraiaan dan bukan kerajaan, mengenalpasti faktor-faktor kemudahterancaman seperti keamatan taburan hujan, kenaikan paras air serta mengintegrasikan faktor sosioekonomi, cuaca dan lembangan sungai demi mewujudkan zon berbahaya banjir merupakan satu sinergi baharu pembuatan keputusan dalam pengurusan risiko banjir bagi pencapaian satu keputusan yang berkesan melalui pembinaan Sistem Sokongan Keputusan.

Kemusnahan, kerosakan dan kehilangan harta benda individu dan awam telah mencatat nilai jutaan Ringgit selain risiko kehilangan pekerjaan dan pendapatan rata-rata mangsa yang bergantung kepada alam sekitar sebagai sumber pendapatan malah turut meninggalkan kesan mental seperti Post-Traumatic Stress Disorder (PTSD) dalam kalangan mangsa yang terlibat. Perbincangan dalam buku ini adalah berfokus kepada aspek tersebut.

Pengurusan lembangan sungai bersepadu, pembentukan model sistem sokongan keputusan sosioekonomi, kesihatan, kemudahterancaman dan impak kerosakan, kerugian dan sekitaran fizikal dan alam bina memerlukan kekentalan struktur dalam masyarakat yang berdaya tahan dapat mengurangkan risiko bencana pada masa akan datang.

Banjir Pahang: Impak Terhadap Sosioekonomi Kesihatan dan Alam Sekitar menghimpunkan penemuan utama kajian dan cadangan kepada pihak berkepentingan. Bab-bab ditulis oleh penyelidik dan pembantu penyelidik merumuskan isu-isu dan penemuan kajian yang dihasilkan oleh kumpulan penyelidik kajian ini. Bab-bab dihimpunkan mengikut bahagian: I. Pengenalan, II. Impak Sosioekonomi, III. Impak Kesihatan dan Pemerkasaan IV. IRBM dan Sistem Sokongan V. Impak Alam Sekitar, Kesimpulan dan Cadangan.

Weight0.432 kg
Dimensions22.6 × 15 × 1.4 cm
Format

Class

Language

Publisher

Year Published

Reviews

There are no reviews yet

Only logged in customers who have purchased this product may leave a review.