Bendera di atas Bukit

A. SAMAD SAID (b. 1935 —) mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Kota Raja, Singapura dan kemudian melanjutkan pelajaran di Victoria Institution, Singapura. A. Samad Said pernah berkhidmat di Hospital Umum Singapura sebagai kerani dan kemudiannya menjadi pengarang di beberapa buah akhbar seperti Utusan Melayu, Berita Harian, New Straits Times, penolong khas kepada Pengarang Kumpulan The New Straits Times dan Pengarang Berita Harian. Beliau kemudiannya dilantik menjadi Ketua Pengarang akhbar Warta Teberau sebelum menjawat jawatan Ketua Pengembangan Sastera dalam Kumpulan Akhbar The New Straits Times. Kecenderungannya terhadap kesusasteraan sejak sekolah rendah, dan gemar membaca karya-karya besar dunia memungkinkan beliau melahirkan karya pelbagai genre seperti puisi, cerpen, novel, novel remaja dan kanak-kanak, drama, esei dan kritikan, autobiografi serta genre umum sehingga dianugerahkan Pejuang Sastera (1976), panel Anugerah Sastera (1979), Hadiah Penulisan Asia Tenggara (S.E.A. Write Awards; 1979) Sasterawan Negara (1985), Anugerah ASEAN (Kategori Sastera) daripada Negara Brunei Darussalam (1993) dan beberapa anugerah lain. Antara novel yang dihasilkan ialah Salina (1961), Bulan Tak Bermadu di Fatehpur Sikri (1966), Sungai Mengalir Lesu (1984), Di Hadapan Pulau (1978), Adik Datang (1980), Langit Petang (1980), Daerah Zeni (1985), Hujan Pagi (1987) dan Cinta Fansuri (1994).

Wira Bukit (Cetakan kedua, 2008)
93 halaman

RM25.00

In stock

Product ID: 13260 SKU: 9789833922079 Categories: , , Tags: , , ,

Bendera di atas Bukit merupakan karya apresiasi remaja yang dihasilkan oleh Sasterawan Negara A. Samad Said. Ianya mengisahkan empat orang sahabat yang sukakan cabaran sewaktu musim cuti sekolah. Kisahnya bermula apabila Abu, Majid, Yahaya dan Rukiah di ajak bercuti ke rumah Rasyid, sahabat Abu di Tanjung Karang. Mereka berkumpul untuk berbincang di dalam pondok yang mereka bina sendiri di atas sebuah bukit kecil. Setelah bersetuju dengan rancangan percutian itu, Abu terus menghantar surat kepada Rasyid sebagai tanda menerima pelawaannya ke Tanjung Karang. Namun, rupa-rupanya dalam tempoh masa itu, kampung mereka diganggu pencuri.

Keadaan ini membuatkan Abu, yang bertindak sebagai ketua kumpulan mereka, rasa terpanggil untuk menolong. Mereka berempat mengadakan perbincangan dan bersepakat membatalkan percutian mereka ke Tanjung Karang. Mereka mahu menggantikan rancangan percutian dengan menyiasat kes kecurian di kampung mereka. Abu membahagi-bahagikan tugas antara mereka, dan mereka mula menyiasat beberapa watak mencurigakan seperti Sulaiman, seorang pemuda pelik dan pendiam serta seorang lelaki tua yang tinggal sendirian di kawasan tinggal di atas bukit.

Watak Abu yang dilihat sebagai pemimpin yang berbakat, terserlah semasa berkali-kali anak buahnya Majid, Yahaya serta Rukiah bertelagah sesama mereka. Ia tegas dan mengamalkan prinsip supaya sentiasa berunding untuk menyelesaikan sesuatu masalah. Anak muda itu juga mempunyai keberanian yang agak tinggi yang sesuai menjadi contoh. Kesan melalui pembacaan yang banyak terhadap buku-buku penyiasatan. Anak-anak buahnya Yahaya, Majid dan Rukiah—satu-satunya perempuan di dalam kumpulan tersebut semuanya berkongsi sikap ingin tahu yang tinggi dan berusaha mencari jalan untuk mendapatkan kefahaman tentang sesuatu perkara.

Bendera di atas Bukit merupakan sebuah novel menarik untuk bacaan kanak-kanak atau remaja. Ianya sarat dengan pengajaran dan nilai-nilai murni yang boleh dicedok serta boleh menambah baik para pelajar yang baru hendak bertunas dengan sastera supaya kelak menguntungkan bahasa sendiri yang indah. Novel ini juga menyingkap kembali zaman di mana musim cuti persekolahan, di mana sekumpulan kanak-kanak yang berkumpul dan merangka aktiviti-aktiviti berfaedah untuk mengisi masa lapang mereka.

Pada dekad 1960-an ketika budaya SMS dan email belum menetas, sekumpulan kanak-kanak berusaha mengisi masa cuti sekolahnya secara pintar dan gigih. Dalam bahasa yang mudah dan manis, itulah yang setia dirakamkan dalam novel Bendera di atas Bukit. Apa yang dikesan adalah satu rentetan pengalaman kanak-kanak abad lalu yang sangat wajar diketahui oleh kanak-kanak zaman ini. Bendera di atas Bukit memang  membimbing dan mendidik.

Satu lagi hasil tangan Pak Samad yang berkualiti untuk ranah kesusasteraan kanak-kanak/remaja.

New Product Tab

Here's your new product tab.

Weight 0.265 kg
Dimensions 22.4 × 14.2 × 1.5 cm
Edition

Format

ISBN

9789833922079

Language

Publisher

Year Published

Reviews

There are no reviews yet.

Be the first to review “Bendera di atas Bukit”

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.