Out of stock

Biografi Dol Ramli: Bapa Penyiaran Malaysia

CHE SU MUSTAFFA adalah profesor di Universiti Utara Malaysia.

ROHANI HAJI AB. GHANI adalah profesor di Universiti Utara Malaysia.

Penerbit UUM (Cetakan Kedua, 2019)
111 halaman termasuk Bibliografi dan Indeks

RM30.00

Out of stock

Biografi Dol Ramli: Bapa Penyiaran Malaysia merupakan satu karya biografi tentang Tan Sri Dol Ramli iaitu pengasas Radio dan Televisyen Malaysia (RTM). Beliau merupakan ‘wira yang tidak didendangkan’ kerana tidak ramai yang mengenali beliau berbanding dengan sumbangan yang begitu besar terhadap sejarah penyiaran negara. Buku ini menghuraikan sejarah hidup Dol Ramli sejak kecil di Singapura, persekolahan dan pendidikan di universiti. Seperti diakuinya dalam satu temu bual, kemiskinan dan kesusahan semasa kecil merupakan pendorong kepada kejayaannya. Ranjau hidup itulah yang memberikan kekuatan kepada beliau untuk mencari peluang bagi mengubah nasibnya.

Pencapaian Dol Ramli dalam dunia penyiaran didorong oleh minatnya yang tinggi, pengalaman bertugas dengan dunia penyiaran semasa penjajah dan juga kesedaran nasionalisme yang mendalam. Semasa hayatnya beliau bertanggungjawab menyusun jabatan penyiaran bagi tujuan mengisi kemerdekaan negara terutama dalam menyampaikan mesej kerajaan supaya difahami, dihayati dan diamalkan oleh rakyat. Dol Ramli merupakan arkitek penyiaran Malaysia yang disifatkan mempunyai pelbagai bakat seni. Berbekalkan kepada keazaman, bakat dan dedikasi dalam pelajaran dan karier, Dol berjaya mengukir kejayaan bukan sahaja dalam bentuk pencapaian peribadi, malah yang lebih penting membentuk hala tuju bidang penyiaran negara yang kini menjadi legasi peninggalannya.

Bagaikan telah menjadi adat, penulisan sejarah hidup dan pencapaian seseorang tokoh ditulis setelah ketiadaan mereka di dunia ini. Lantaran, tulisan begini membentuk nostalgia bagi mereka yang mengenali tokoh tersebut dan menjadi medium bagi mengenali mereka bagi pembaca yang tidak mengenali mereka. Demikian juga dengan Dol Ramli. Sepanjang hidup yang dipenuhi oleh sejarah suka duka yang membuka kepada lorong keazaman untuk berjaya sebagai seorang tokoh penyiaran. Dilahirkan di Singapura, Dol menabur bakti di Malaysia sehingga ke akhir hayatnya. Zaman kanak-kanak yang penuh kepahitan telah membentuk dedikasi dalam diri beliau dan falsafah kehidupannya.

Dol merupakan tokoh yang sangat sinonim dengan sejarah dunia penyiaran Malaysia, Beliau merupakan jurnalis, artis, ahli sejarah, penggubah lagu dan juga juru reka yang berbakat. Disifatkan sebagai seorang yang multi-talented dan multi-tasking, beliau merupakan tokoh yang mengasaskan Radio TV Malaysia (RTM). Buku ini membincangkan sebahagian latar belakang kehidupan Dol Ramli dan menyoroti sumbangan beliau dalam perkembangan dunia penyiaran Malaysia.

Radio Malaya, Suara Malaysia, RTM, Lagu Negaraku, lagu Bahasa Jiwa Bangsa semuanya telah mendapat sentuhan Dol Ramli berasaskan kesedaran mengenai keperluan penyiaran negara yang berpaksikan agenda kebangsaan dan identiti Malaysia. Berkhidmat dengan penuh iltizam, Dol ternyata telah berjaya membentuk identiti dunia penyiaran kebangsaan mengikut acuan dan keperluan negara.

Biografi Dol Ramli: Bapa Penyiaran Malaysia merupakan catatan hidup Dol sejak zaman kanak-kanak sehingga beliau meninggal dunia. Maklumat buku ini banyak bergantung kepada sumber lisan iaitu temu bual dengan Tan Sri Dol Ramli sendiri semasa hayatnya, keluarga dan rakan-rakan Allahyarham. Selain itu, sumber primer terdiri daripada catatan dan bahan peribadi Allahyarham dan keluarga beliau, rekod rasmi British, dan juga sumber rasmi kerajaan Malaysia di samping penggunaan sumber sekunder.

Merupakan “perwira yang tidak didendangkan”, beliau juga disifatkan sebagai tokoh yang sentiasa berpandangan jauh, Jasa beliau bersemadi kukuh dalam sejarah RTM. Itulah legasi yang ditinggalkan oleh Bapa Penyiaran Malaysia, Tan Sri Dol Ramli.

Weight0.202 kg
Dimensions22.8 × 15 × 0.7 cm
Author(s)

,

Format

Class

Language

Publisher

Year Published

Reviews

There are no reviews yet

Only logged in customers who have purchased this product may leave a review.