Budaya Harian Politik Sarawak

AWANG AZMAN AWANG PAWI adalah Profesor Madya di Jabatan Sosio-Budaya Melayu, Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya.

Penerbit UM (Cetakan Pertama, 2018)
250 halaman termasuk Bibliografi dan Indeks

RM58.00

Only 1 left in stock

Budaya Harian Politik Sarawak memfokuskan era Abdul Taib Mahmud kerana di sinilah pelbagai isu seperti pembangunan wilayah Sarawak, politik etnik Cina yang mulai berubah di Sarawak pada tahun 2006 sebelum merebak ke Semenanjung yang kurang diberikan perhatian asal-usul kebangkitan tersebut di Sarawak.

Hal ini menyebabkan tsunami politik negara pada tahun 2008. Isu-isu politik era Taib pada era abad ke-21 diberikan perhatian kerana pada era inilah kemuncak pemerintahan Taib Mahmud. Namun sudah ada tanda-tanda ketidakpuasan hati terhadap kepimpinan Taib yang dijadikan isu utama oleh pihak pembangkang di Sarawak. Pada masa yang sama, isu-isu dalaman komponen Barisan Nasional Negeri Sarawak seperti konflik dalaman SUPP, SPDP, PRS turut diberikan perhatian kerana apabila isu-isu ini tidak ditangani dengan baik maka akan timbul perpecahan yang sudah dapat dijangka dalam analisis artikel yang dihasilkan.

Isu-isu dalam parti politik sendiri seperti penjenamaan politik, konstruksi politik cool, menegakkan hak asasi menerusi undi, kemiskinan bandaran, kesedaran politik baharu, media baharu dan implikasi kepada politik semasa, debat politik dan politik debat, memahami budaya politik tempatan dan sebagainya kesemuanya diberikan perhatian oleh penulis. Sementelahan itu, perjuangan parti mengekalkan kerelevanan pada zaman semasa juga turut dianalisis bagi memberikan pencerahan terhadap situasi politik Sarawak khususnya dan kesannya terhadap politik Malaysia.

Kesemua ini dianalisis secara mikro dan permasalahan yang berlaku sebelum jalan penyelesaian dicapai turut dikemukakan. Hampir semua yang dianalisis dan diramalkan didapati tepat dan benar berlaku meskipun terdapat kolum lain di Sarawak Voice masih berlangsung dan banyak lagi boleh dimuatkan dalam buku ini namun untuk tujuan akademik dan penerbitan buku ini maka, era Tun Abdul Taib Mahmud dipilih untuk dijadikan keutamaan dalam pemilihan tema dalam penulisan artikel ini.

Justeru, artikel-artikel yang disusun dan dipilih tidak memasukkan era Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem dan era Datuk Patinggi Abang Johari Tun Abang Haji Openg. Hal ini kerana terdapat penilaian akademik yang mendorong pemilihan ini. Yang pertama era Abdul Taib Mahmud perlu dijadikan fokus utama kerana apabila memahami era ini maka barulah ada kesinambungan era pemerintahan seterusnya dan ini bermakna terdapat kesinambungan siri penerbitan nanti. Tambahan pula, sesuai untuk dijadikan bacaan umum maka sekiranya penambahan dua era pemerintahan akan menyebabkan buku Budaya Harian Politik Sarawak ini semakin tebal dan menyebabkan kurang santai untuk dinikmati.

Weight0.41 kg
Dimensions22.8 × 15.2 × 1.3 cm
Format

Class

Language

Publisher

Year Published

Reviews

There are no reviews yet

Only logged in customers who have purchased this product may leave a review.

More from this Author

  • Deals, Datus and Dayaks: Sarawak and Brunei in the Making of Malaysia

    Deals, Datus and Dayaks: Sarawak and Brunei in the Making of Malaysia

    RM25.00
  • Kedudukan Orang Melayu Sarawak di bawah Penjajahan British 1946-1963

    Kedudukan Orang Melayu Sarawak di bawah Penjajahan British 1946-1963

    RM20.00