Daerah Beta

AZIZI HAJI ABDULLAH adalah penerima S.E.A. Write Award 1986.

DBP (Cetakan Kedua, 2021)
388 halaman termasuk Glosari

RM35.00

In stock

If you purchase this book you will earn 7 points worth of RM0.70!
ISBN: 9789834603465 Product ID: 26327 SKU: 9789834603465 Category: Tag:

Daerah Beta merupakan sebuah novel yang diangkat dari peristiwa sebenar sekitar tahun 90-an, tentang bagaimana penduduk Bukit Merah, Papan dan Mengelembu berjuang menolak pembinaan kilang yang penuh dengan bahan radioaktif merbahaya. Leukemia telah menyerang penduduk kawasan itu. Ia menjadi daerah ‘beta’. Ketenangan perkampungan baharu ini mula tergugat. Kematian misteri penduduk kampung semacam mangsa pembunuhan bersiri. Malah bayi dalam kandungan juga menderita; lahir tak cukup bulan atau lahir dalam kecacatan. Dalam tertanya-tanya, penduduk kampung dikejutkan dengan tunjuk perasaan penduduk kampung sebelah pada suatu tengah malam. May, gadis Cina, anak pekebun sayur menikah dengan pemuda Melayu, menjadi tonggak perjuangan, berdemonstrasi berjalan kaki berkilometer ke mahkamah Ipoh. Terakhir, dia sendiri melahirkan anak mangsa Beta. “Daerah Beta” bukan sebarang daerah, ia daerah yang menentukan hidup mati, maruah dan harga diri rakyat yang bertarung dengan karenah penguasa dan birokrat, atas nama pemodenan dan pembangunan.

Weight 0.31 kg
Dimensions 18 × 11.5 × 1.8 cm
Author(s)

Edition

Language

Publisher

Year Published

Reviews

There are no reviews yet.

Be the first to review “Daerah Beta”

Your email address will not be published. Required fields are marked *