Dekonstruksi Identiti dalam Teks Melayu

HASHIM ISMAIL adalah Profesor di Jabatan Kesusasteraan, Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya.

ITBM (Cetakan Pertama, 2018)
211 halaman termasuk Bbiliografi

RM35.00

In stock

If you purchase this book you will earn 7 points worth of RM0.70!
ISBN: 9789674608163 Product ID: 24787 SKU: 9789674608163 Categories: , , Tags: , , , , ,

Dekonstruksi Identiti dalam Teks Melayu membincangkan persoalan identiti yang terdapat dalam teks-teks Agung Melayu sejak abad ke-17. Sebahagian besar idea yang dibincangkan menyentuh teks seperti Bustan al-Salatin, Sejarah Melayu, Misa Melayu, Hikayat Raja-Raja Pasai, Hikayat Hang Tuah, dan Adat Raja-Raja Melayu. Buku ini terhasil setelah penulis bermula dengan persoalan konsep dan perubahan identiti Melayu. Apabila ilmu pascamoden berkembang pesat, persoalan konsep identiti sesuatu komuniti, masyarakat, etnik, dan bangsa dibincangkan oleh ramai sarjana termasuk sarjana dari Eropah dan Asia, Barat dan Timur. Bagaimana sesebuah komuniti mentakrifkan identiti mereka dibincangkan secara sejarah dan kebudayaan.

Selanjutnya persoalan identiti bertambah kompleks, apabila bukan sahaja isu-isu sejarah dan kebudayaan yang dibincangkan, malahan menyentuh persoalan keagamaan. Peristiwa 9/11, misalnya menggalakkan lagi tanggapan terhadap identiti sesuatu kumpulan atau agama tertentu. Pertembungan pemikiran antara Barat dan Timur dan antara Islam dan non-Islam menjadi perkara utama dalam perbincangan akademik di peringkat multidisiplin.

Pada perkembangan pemikiran pascamoden, muncul pelbagai aliran pemikiran, konsep, dan istilah dalam mengenal pasti identiti sesebuah kumpulan masyarakat. Perkembangan ini berlandaskan pemikiran yang menilai pemikiran moden sebelum ini yang mewujudkan blok negara maju, negara membangun dan negara mundur di bawah neraca pemodenan. Bagaimanapun, kemajuan negara-negara dunia semakin mewujudkan persaingan dan dasar keterbukaan blok negara kapitalis dan sosialis, demokrasi dan runtuhnya komunis menyebabkan pemikiran pascamoden semakin berkembang pesat. Keadaan ini menyebabkan era kolonial dinilai kembali, dan memunculkan pemikiran baharu yang bercambah di bawah pemikiran pascamoden, iaitu pemikiran pascakolonial.

Dekonstruksi identiti menjadi satu elemen yang penting dalam melihat pertumbuhan pemikiran yang berhubungan antara negara-negara kolonial dengan bekas anak jajahannya. Persoalan kebebasan berfikir, merombak kekuasaan kolonial terhadap penjajahan pemikiran anak negeri muncul di Timur Tengah, India, Afrika dan negara-negara Asia yang pernah dijajah, Dengan itu, merancakkan pemikiran pascakolonialisme. Walaupun terdapat pelbagai perspektif dan sambutan terhadap kemunculan pemikiran pascakolonialisme, ilmu ini menjadi bahan perdebatan akademik yang penting dalam tahun-tahun selepas kemerdekaan negara-negara yang sebelum ini dijajah. Hubungan antara yang berkuasa dan yang tidak berkuasa dibincangkan dengan lebih mendalam. Tokoh seperti Edward Said, Gayatri Spivak, Hommi Bhabha, dan Aime Cesaire menggalakkan pemikiran pascakolonial.

Pelbagai bidang yang bersifat multidisiplin tidak meninggalkan elemen pascakolonial dan pascamoden dalam perbincangan disiplin masingmasing. Hasilnya aliran pascamoden dan pascakolonial tumbuh dengan pesat di seluruh dunia. Persoalan homogeniti dan heterogeniti yang biasanya dibincangkan dalam ilmu budaya meresap dalam ilmu-ilmu sains sosial yang lain termasuk ilmu kesusasteraan. Persoalan mengenali identiti menjadi persoalan pokok apabila masyarakat yang semakin bersifat mobiliti merentas dunia tanpa sempadan. Munculnya pelbagai permasalahan di kota metropolitan dan meresap kepada pemikiran di daerah pedalaman menyebabkan timbul pula pemikiran yang menggunakan istilah hegemoni dan subaltern dalam kajian pascamoden dan pascakolonial.

Orang yang tidak mempunyai kuasa sebelum ini difikirkan mempunyai pemikiran dan identiti tertentu yang sepatutnya mereka raikan dari segi kebenaran sebagai manusia. Dengan itu, persoalan mencabar kuasa penguasa yang sebelum ini mempunyai kuasa mutlak ke atas orang yang tidak berkuasa dibincangkan dalam pemikiran New Hisrorisisme yang juga merupakan satu bentuk aliran pemikiran dalam ilmu pascamoden. Dalam bidang sastera muncul istilah intertekstualiti untuk melihat kebenaran di sebalik teks-teks yang terhasil Istilah identiti dibincangkan dan dicabar kembali oleh para akademik dengan mewujudkan konsep dekonstruksi.

Selepas berlakunya diaspora sesuatu etnik atau bangsa, berlaku pembentukan identiti baharu yang dikonstruksikan bagi menyatukan masa silam yang gilang-gemilang hilang dalam pertembungar kebudayaan tempat baharu dengan tempat asal. Oleh itu, pemikiran sasters juga melibatkan perkembangan sejarah yang difikirkan kembali, persoalan identiti asal masing-masing, dan persoalan mengembalikan keagungan silam bangsa sebagai satu bentuk penyatuan identiti yang telah terancam oleh kemasukan pemikiran asing atau pemikiran kolonial sebelum ini.

Buku ini dibincangkan dengan bermula daripada persoalan identiti yang terdapat dalam teks-teks agung Melayu sejak abad ke-17. Isu utama yang dilihat sebagai persoalan identiti Melayu dalam teks awal ini menggunakan perspektif penguasa Melayu, iaitu identiti kedaulatan Raja-Raja. Selanjutnya kajian ini menumpukan konsep kuasa dan maruah dalam teks-teks Melayu. Persoalan kuasa dan pemerintah merupakan persoalan utama yang dibincangkan dalam ilmu pascamoden dan pascakolonial. Perbezaan identiti antara Raja dan Rakyat adalah perkara yang memisahkan orang Melayu dari segi kuasa dan maruah. Di sini diambil konsep waadat antara Sang Sapurba dengan Demang Lebar Daun yang menyaksikan sebuah perjanjian antara yang berkuasa dengan yang tidak memiliki kuasa tetapi mempunyai harga diri atau maruah diri.

Selanjutnya, kajian ini memilih untuk melihat peranan print nationalism yang memainkan fungsi penting dalam menjaga maruah dan identiti bangsa Melayu. Persoalan print nationalism juga adalah medium yang digunakan sebagai wadah menggerakkan pemikiran bangsa dan ia menjadi kajian yang penting dalam ilmu pascamoden dan pascakolonial. Sejak zaman sebelum merdeka pada awal abad ke-19 sehingga awal abad ke-20, persoalan print nationalism didapati digunakan untuk menyatukan semangat orang Melayu dalam berhadapan dengan orang asing atau kolonial dan juga dalam mengukuhkan identiti bangsa serta persaudaraan agama Islam. Beberapa tokoh pejuang Melayu sama ada yang terlibat dalam bidang politik, agama, pendidikan, dan kewartawanan menggembleng tenaga dan pemikiran mereka dalam mempertahankan identiti bangsa dan agama.

Selepas kemerdekaan muncul teks-teks moden Melayu yang membincangkan persolan jati diri secara serius, Pemikiran pengarang jelas menggerakkan suatu cita-cita penyatuan dan kekuatan maruah bangsa. Isu-isu sejarah, budaya, dan unsur-unsur pemikiran dan keagungan silam melalui proses interteks untuk mengembalikan nostalgia keagungan bangsa. Kekuatan identiti bangsa dalam berhadapan dengan ancaman dari budaya asing dan pemikiran negara-negara kuasa besar diperkukuhkan dengan impian penyatuan maruah diri dan bangsa. Perbincangan idea sedemikian dapat diikuti melalui karya-karya seperti hasil tulisan Arena Wati, S.M. Zakir, Faisal Tehrani, S.M. Noor, Jasni Mat Lani dan pengarang-pengarang lain yang disentuh secara menyeluruh bersama kajian teks yang dikemukakan dalam bab-bab terakhir buku ini.

Akhirnya, Dekonstruksi Identiti dalam Teks Melayu menunjukkan satu perkembangan idea tentang persoalan maruah dan kuasa adalah persoalan yang penting dalam pemikiran orang-orang Melayu. Pemikiran Neonostalgia adalah satu bentuk pemikiran atau impian masyarakat yang inginkan kekuatan identiti bangsa dipertahankan, terutama dalam kemelut perkembangan dunia yang muncul dengan aliran pascakolonial, penghijrahan penduduk dunia yang tanpa batas sempadan dan percampuran identiti yang semakin heterogen sifatnya pada peringkat kosmopolitan, serta kewujudan pemikiran Islamophobia yang tidak mudah diatasi oleh negara-negara Islam itu sendiri. Buku ini menyarankan satu bentuk kekuatan identiti yang perlu dipertahankan sebagaimana ditunjukkan oleh sebilangan penulis Melayu semasa.

Prakata
Penghargaan

BAB 1 — PENGENALAN
Takrif Identiti dan Melayu
Dekonstruksi Identiti

BAB 2 — DEKONSTRUKSI PEMIKIRAN NEONOSTALGIA
Pengenalan
Latar Belakang Pemikiran Neonostalgia
Ciri-ciri yang Membina Neonostalgia
Prinsip-prinsip Pemikiran Neonostalgia
Tumpuan Pemikiran

BAB 3 — SASTERA MELAYU, NEONOSTALGIA, DAN DIASPORA
Pengenalan
Neonostalgia dan Diaspora
Penutup

BAB 4 — IDENTITI KEDAULATAN RAJA DALAM BUSTAN AL-SALATIN
Pengenalan
Persoalan Kedaulatan
Kedaulatan Raja dalam Bustan al-Salatin
Penutup

BAB 5 — INTERAKSI PENGARANG DAN IDENTITI KEDAULATAN RAJA DALAM MISA MELAYU
Pengenalan
Interaksi Simbolik
Penutup

BAB 6 — JATI DIRI: ANTARA KUASA DAN MARUAH DALAM TEKS AGUNG MELAYU
Pengenalan
Epistemologi Kuasa dan Maruah
Antara Kuasa dan Maruah dalam Teks Melayu
Penutup

BAB 7 — KISAH ALI BABA: SEJARAH YANG DIINGATKAN KEMBALI
Pengenalan
Sejarah yang Diingatkan Kembali
Penutup

BAB 8 — JATI DIRI PASCATRADISI: PENGARANG GENERASI BAHARU MALAYSIA
Pengenalan
S.M. Zakir dan Pascatradisi
Penutup

BAB 9 — PRINT NATIONALISM: REGENERASI PEMIKIRAN
Pengenalan
Print Nationalism: Sejarah dan Perjuangan

BAB 10 — PRINT NATIONALISM: HUBUNGAN KAUM MELAYU DAN CINA BERDASARKAN THE MALAY DILEMMA
Pengenalan
Print Nationalism: Hubungan Kaum daripada Sudut The Malay Dilemma

BAB 11 — NOVEL 1515 DARIPADA SUDUT NEONOSTALGIA
Pengenalan
Homogeniti-Heterogeniti
The Old Morality The Beautiful Past and The Unattractive Present
Dekonstruksi dan Intertekstualiti
Imaginasi, Nonrealism, dan Chaos
Genetik, Regenerated, dan Regeneration
Penutup

BAB 12 — INFITAR: DIALEKTIK TERHADAP KOLONIALISME
Pengenalan
Dialektik terhadap Kolonialisme
Subaltern, New Historicism, dan Neonostalgia
Penutup

BAB 13 — PANGGIL AKU MELAJU: ANTARA NEONOSTALGIA DAN AMBIVALENCE
Pengenalan
Konsep Neonostalgia
Konsep Ambivalence
Analisis Teks Panggil Aku Melaju
Penutup

BAB 14 — SAMIRA: MAKNA SEJARAH DAN NEONOSTALGIA, MENCABAR KEMELAYUAN
Pengenalan
Makna Sejarah dan Neonostalgia
Samira: Makna Sejarah dan Neonostalgia
Penutup

BAB 15 — SAKURA MENGORAK KELOPAK: NEONOSTALGIA MEMPERTAHANKAN BUDAYA, SEJARAH, DAN MARUAH DIRI
Pengenalan
Sakura Mengorak Kelopak
Neonostalgia Mempertahankan Budaya, Sejarah, dan Maruah Diri
Wanita di dalam Sakura Mengorak Kelopak daripada Warisan Zaman Heian
Regenerasi Keturunan Sebagai Satu Wadah Prinsip Kebudayaan dan Penerusan Maruah Diri
Penutup

BAB 16 — BURUNG MERAK: NOVEL WACANA DEKONSTRUKSI
Pengenalan
Wacana Dekonstruksi
Kebangkitan Peribumi terhadap Pemerintahan Kolonial dan Kebangkitan Mat Salleh (Mohamad Salleh) 1882-1903
Wacana Dekonstruksi Burung Merak
Penutup

BAB 17 — PENUTUP

Bibliografi

Weight 0.341 kg
Dimensions 22.6 × 15.1 × 1.2 cm
Author(s)

Edition

Format

Language

Publisher

Year Published

Reviews

There are no reviews yet.

Be the first to review “Dekonstruksi Identiti dalam Teks Melayu”

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.