Out of stock

Dr. Burhanuddin: Putera Setia Melayu Raya

AHMAD BOESTAMAM (b. 1920 – d. 1983) adalah seorang aktivis politik anti penjajah Inggeris di Malaysia.

Gerakbudaya (Edisi Baru, 2019)
90 halaman

RM20.00

Out of stock

Dr. Burhanuddin: Putera Setia Melayu Raya merupakan biografi yang ditulis oleh Ahmad Boestamam mengenai sosok pejuang kemerdekaan Burhanuddin al-Helmy, yang juga merupakan sahabat penulis sepanjang hayat mereka.

Pada Boestamam, buku kecil ini tidak dimaksudkan sebagai riwayat hidup Dr. Burhanuddin sebab riwayat hidup haruslah meriwayatkan keseluruhan hidup seseorang—dari zaman kecilnya hingga ke akhir hayatnya—dan haruslah pula penuh dengan tarikh-tarikh sedang perkara-perkara penting ini tidak terdapat di dalamnya.

Tidak juga buku ini dimaksudkan sebagai sejarah perjuangan kiri di tanah air kita yang tercinta ini sebab selain dari tidak meliputi ia juga tandus tarikh-tarikh serta tidak pula diolah secara berperingkat-peringkat dari setingkat ke setingkat menurut perkembangan dari semasa ke semasa.

Jadi apakah tujuan Boestamam menuliskan buku ini?

Jawabnya mudah saja iaitu sebagai catatan semata-mata catatan dari seluruh kenangan yang dapat penulis rangkaikan dari pengingatan beliau, tak lebih dan tak kurang. Dengan lain perkataan setinggi-tinggi sifat yang dapat penulis berikan kepada buku ini hanyalah sebagai serpihan-serpihan sejarah untuk pengetahuan umum semoga ada faedahnya.

Sebagai serpihan-serpihan sejarah penulis yakin Dr. Burhanuddin: Putera Setia Melayu Raya akan dapat dijadikan panduan oleh ahli-ahli sejarah kita yang ingin membukukan sejarah perjuangan kebangsaan negeri ini yang lengkap dan terperinci, yang hingga saat ini, malangnya, masih belum terdapat lagi.

Sebagai contoh, ahli-ahli sejarah negeri ini tahu tentang penarikan diri PKMM keluar dari UMNO. Tetapi, bagaimanakah ini telah berlaku, apa sebab-sebabnya, dengan perimbangan undi yang bagaimana dan seterusnya masih gelap lagi kepada mereka. Buku ini dapat memberikan jawapan kepada pertanyaan-pertanyaan tersebut.

Dengan memberikan tarikh kepadanya, tentulah sejarah yang lengkap dan terperinci tentang ini dapat dibuat. Sepanjang yang mengenai diri penulis, Boestamam ‘siang-siang’ lagi mengingatkan bahawa pengingatan beliau pada tarikh-tarikh amat lemah sekali walaupun pengingatan beliau pada peristiwa-peristiwa adalah sebaliknya.

Perlu juga penulis tegaskan bahawa apa yang diriwayatkan dalam buku ini adalah peristiwa-peristiwa yang di dalamnya secara langsung penulis ada terlibat. Dengan lain perkataan, peristiwa-peristiwa itu tidaklah dongengan melainkan kenyataan.

Ahli-ahli sejarah tahu tentang penubuhan Parti Rakyat Malaya tetapi mereka tentu tidak tahu akan peranan yang telah dimainkan oleh Dr. Burhanuddin dalam penubuhannya dulu itu. Buku kecil ini ada memberikan peranan tersebut.

Memang penulis sengajakan mengisi buku ini dengan peristiwa-peristiwa—serpihan-serpihan sejarah—yang belum diketahui orang dan meninggalkan yang sebaliknya kerana penulis bermaksud hendak memberikan bahan-bahan tambahan atau fakta-fakta secukupnya kepada ahli-ahli sejarah kita, mengingat ketidakmampuan beliau mengisi barisan ahli-ahli sejarah kita itu.

Kalau maksud penulis menuliskan buku ini sebagaimana yang dikatakan itu tercapai, maka tidaklah sesia rasanya, penulis merasakan, menuliskannya.

Dengan kata-kata ini, Dr. Burhanuddin: Putera Setia Melayu Raya penulis persembahkan kepada seluruh rakyat tanah air yang tercinta.

Weight0.125 kg
Dimensions19 × 13 × 0.6 cm
Format

Class

Language

Publisher

Year Published

5.0
Based on 1 review
5 star
100
100%
4 star
0%
3 star
0%
2 star
0%
1 star
0%
  1. Anonymous (Verified Reader)

    (0) (0)

Only logged in customers who have purchased this product may leave a review.