Sale!

Ensiklopedia Dunia (23 Jilid)

Ensiklopedia Dunia ialah karya terjemahan yang sah daripada buku The World Book Encyclopedia (USA) dan Global Arabic Encyclopedia (Saudi Arabia).

DBP (Cetakan Pertama 2005)
23 Jilid

RM1,500.00 RM500.00

Product ID: 1536 Categories: , Tags: , ,

Penerbitan Ensiklopedia Dunia oleh Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) ialah salah satu usaha untuk menyediakan dan menambah maklumat dan rujukan dalam bahasa Melayu untuk dimanfaatkan oleh para pembaca. Penerbitan ini dapat membantu merealisasikan harapan negara untuk menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu.

Ensiklopedia Dunia mengandungi lebih 14 000 entri, yang dihimpunkan dari pelbagai sumber, iaitu The World Book Encyclopedia terbitan World Book Incorporation, Chicago, Amerika Syarikat; Global Arabic Encyclopedia terbitan Encyclopedia Works Publishing, Riyadh, Arab Saudi; dan entri baru tentang Malaysia. Penerbitan ensiklopedia ini diharapkan dapat menjadi bahan rujukan dan kajian pelajar sekolah, guru, pustakawan, penyelidik, ahli perniagaan, golongan profesional dan koleksi keluarga. Ensiklopedia ini merupakan sumber rujukan umum tentang manusia, tempat, peristiwa dan idea. Ensiklopedia Dunia merangkumi bidang sains dan teknologi, bahasa, kesusasteraan, kebudayaan, sejarah, komunikasi, geografi, sukan, ketatanegaraan, undang-undang, matematik dan pelbagai bidang lain.

The World Book Encyclopedia, terbitan World Book, Inc. mula diterbitkan pada tahun 1917, cuma terdiri daripada 8 jilid sahaja. Sepanjang beberapa tahun penerbitannya, ensiklopedia ini telah berkembang dan kini mempunyai 22 jilid. Di sepanjang sejarah penerbitannya, Ensiklopedia Dunia mendapat pelbagai kaedah baru dan lebih menarik untuk membantu pembacanya. Lihat rencana Ensiklopedia untuk keterangan ringkas tentang perkembangan Ensiklopedia Dunia.

Pada tahun 1992, Edisi Khas The World Book Encyclopedia diterbitkan bagi membuka ruang untuk pembaca dari negara pertuturan Inggeris di luar kawasan Amerika Utara. Edisi Khas ini dihasilkan di London oleh sekumpulan editor antarabangsa.

Melalui versi khas ini, The World Book Encyclopedia telah mempertingkatkan liputannya tentang negara pertuturan Inggeris utama melalui penambahan sebanyak 600 rencana baru di samping penambahan keterangan bagi rencana-rencana yang sedia ada. Tujuannya ialah untuk memenuhi keperluan saintifik pembaca di negara yang Bahasa Inggeris merupakan bahasa utama atau kedua. Selain itu, liputan topik baru juga yang menjadi kepentingan antarabangsa juga meningkat dengan ketara. Contoh, biografi baru mengenai tokoh-tokoh dari dunia Arab sebagaimana biografi mengenai tokoh dari China. Di samping itu, editor cuba menyeimbangkan liputan mengenai pemimpin-pemimpin dunia masa kini dan juga agama utama di dunia. Edisi khas turut memaparkan gambar berwarna dua halaman bagi bandar-bandar utama seperti Paris, Rom, dan Tokyo; dan negara-negara utama seperti Jerman, Jepun dan Kanada.

Tujuan dan objektif

Dari sumber pengetahuan yang luas, kakitangan editorial The World Book Encyclopedia telah memaparkan maklumat tersebut dalam bentuk yang paling mudah difahami dan dimanfaatkan. Rencana The World Book Encyclopedia direka bentuk oleh editor supaya memenuhi keperluan rujukan dan kajian pelajar di peringkat rendah dan juga menengah. The World Book Encyclopedia turut digunakan sebagai rujukan am dalam keluarga. Malah, digunakan juga oleh pustakawan, guru-guru, dan ahli perniagaan serta golongan profesional untuk memenuhi keperluan rujukan harian.

Hak pengarang

Nadi bagi proses editorial The World Book Encyclopedia terletak pada majlis penasihatnya yang terdiri daripada para cendekiawan antarabangsa yang terkemuka serta golongan pakar-ketua dalam bidang akademik utama, termasuk juga dalam bidang kepustakawanan dan pentadbiran sekolah. Mereka terlibat secara langsung dalam perancangan, pengeluaran dan penilaian berterusan The World Book Encyclopedia. Editor iuga mengambil tugas sebagai jawatankuasa Perunding bagi bidang khusus seperti Kajian Tempatan, Sains Biologi, Kemanusiaan, Sains Perpustakaan dan Perkhidmatan, Sains Fizikal dan Sains Kemasyarakatan.

Lebih 3000 cendekiawan dan pakar The World Book Encyclopedia terlibat sebagai penulis, penentu kesahihan, penilaian semula, dan perunding bagi rencana The World Book Encyclopedia. Ahli-ahli Majlis Penasihat The World Book Encyclopedia dan kebanyakan penulisnya telah disenaraikan di bahagian awal Jilid A. Di samping itu, penerbit The World Book Encyclopedia juga mempunyai sekumpulan kakitangan tetap yang terdiri daripada editor, pelukis, penyelidik, pengindeks, pustakawan dan pelbagai kakitangan sokongan.

Pemilihan isi kandungan

Satu program penyelidikan dan penilaian yang dijalankan secara berterusan menyediakan data-data yang diperlukan oleh editor The World Book Encyclopedia untuk membantu membuat keputusan tentang isi kandungan ensiklopedia. Analisis semasa terhadap panduan kurikulum memberi maklumat tentang topik-topik baru atau yang bakal dipelajari oleh murid-murid di sekolah-sekolah negara pertuturan Inggeris di seluruh dunia.

Projek penyelidikan Bilik Darjah merupakan satu penilaian berterusan terhadap The World Book Encyclopedia yang dilakukan di dalam bilik darjah terpilih di beberapa negara. Pelajar yang menggunakan edisi terbaru The World Book Encyclopedia akan mengisi kad yang menunjukkan apa yang mereka cari. Beribu-ribu kad ini akan dianalisis setiap tahun editor The World Book Encyclopedia mendapat maklumat terkini tentang corak pembelajaran yang diperlukan oleh pelajar.

Penyelidikan lain juga turut membantu membentuk ciri tersendiri The World Book Encyclopedia. Contoh, satu penyelidikan unik yang telah mendedahkan cara kanak-kanak membaca dan menginterpretasikan peta. Hasil kajian ini telah dijadikan prinsip reka bentuk yang kini menjadi panduan dalam perkembangan peta dalam The World Book Encyclopedia.

Persembahan maklumat

Ensiklopedia Dunia direka bentuk agar pembaca dapat memperoleh maklumat yang dicari dengan cepat. Ini dapat dicapai melalui satu sistem penyusunan abjad yang digunakan untuk susunan rencana dan entri rujuk silang, reka bentuk halaman yang teliti, format rencana dan indeks yang senang difahami terkumpul di dalam satu jilid.

Ensiklopedia Dunia juga menggunakan kaedah penyusunan jilid berdasarkan abjad. Apabila satu jilid tidak cukup untuk menampung kesemua rencana yang bermula dengan abjad yang sama, maka entri-entri tersebut dibahagikan kepada dua jilid. Entri yang bermula dengan abjad “A-Anj” boleh didapati di dalam Jilid 1 dan seterusnya bagi Jilid 2 yang bermula dengan abiad (Ank-Azu). Manakala kes lain, senarai entri bermula dengan abjad yang sama didapati terlalu pendek dan didapati lebih wajar dikumpulkan dalam satu jilid bersama abjad yang seterusnya. Abjad dalam jilid 22 digabungkan yang meliputi abjad U, V, W, X, Y, Z.

Jawapan bagi kebanyakan soalan rujukan boleh didapati dengan merujuk Jilid 1 hingga 22. Pembaca mungkin menemui sebuah rencana, atau rujuk silang kepada sesebuah rencana. Sekiranya tiada rencana atau rujuk silang, pembaca boleh beralih ke bahagian Indeks Jilid 23. Ensiklopedia Dunia menyediakan dua sistem yang ekstensif untuk pembaca, iaitu melalui sistem susunan rencana dan entri rujuk silang menurut susunan abjad dan kemudahan indeks yang mendalam dan mudah difahami.

Kesemua topik disusun secara turutan abjad berdasarkan pada sistem perkataan demi perkataan. Contohnya, Akua regia mendahului Akuakultur dan Kapas peletup muncul sebelum Kapasitans. Beribu-ribu rujuk silang juga dibentuk menggunakan sistem ini yang memberi panduan kepada pembaca kepada subjek atau sebahagian maklumat yang merupakan sebahagian daripada sebuah rencana, atau muncul sebagai suatu taiuk lain. Lihat atau Lihat juga boleh ditemui dalam banyak rencana. Manakala senarai Rencana berkaitan pula ditemui di akhir kebanyakan rencana memberi panduan untuk pembaca mendapatkan maklumat tambahan yang boleh diperolehi dalam ensiklopedia ini.

Format halaman Ensiklopedia Dunia direka bentuk untuk kegunaan maksimum. Nombor muka surat dan kata panduan diletak di bahagian atas setiap halaman supaya ia boleh digunakan sebagai panduan untuk mencari subjek dengan cepat. Dalam rencana tertentu, tajuk dan subtajuk dapat dilihat dengan jelas kerana ia ditaip tebal sebagai tajuk tengah atau taiuk sisi.

Rancangan lima peringkat Ensiklopedia Dunia bagi rencana utama menerapkan Ilma aspek asas: (1) penerangan yang lengkap, (2) bantuan visual, (3) rencana berkaitan, (4) garis kasar, (5) soalan.

  1. Penerangan lengkap memberi pembaca maklumat asas yang padu tentang sesuatu subjek.
  2. Kepelbagaian bantuan visual menjelaskan makna dan mempertingkatkan pembelajaran. Foto, lukisan, peta, rajah, carta, dan graf menjadikan maklumat yang disampaikan menarik.
  3. Senarai rencana berkaitan dalam Ensiklopedia Dunia menggalakkan pembaca meluaskan skop kajian mereka tentang sesuatu subjek.
  4. Garis kasar memberi gambaran kasar tentang rencana dan menunjukkan hubung kait di antara unitnya.
  5. Soalan membantu pembaca mengulang kaji maklumat penting dalam rencana. Ia direka bentuk untuk memperteguhkan kefahaman bahagian utama sesuatu topik.

Tarikan Pembacaan

Ensiklopedia Dunia menyampaikan maklumat dengan jelas dan ringkas supaya menepati tahap tarikan pembacaan seperti yang dikehendaki.

Analisis kurikulum Ensiklopedia Dunia dan program penyelidikan Bilik Darjah membantu editor mereka bentuk rencana-rencana agar mudah difahami oleh golongan umur yang paling kerap menggunakan Ensiklopedia Dunia. Perbendaharaan kata juga mengikut peringkat umur. Contoh, rencana Cencorot ditulis khusus untuk kanak-kanak, manakala Sel pula ditujukan untuk golongan yang lebih dewasa. Rencana yang panjang direka bentuk bermula dengan tahap pembacaan dan konsep yang lebih mudah dan seterusnya semakin rumit apabila menuju ke bahagian akhir rencana. Rencana Daun merupakan contoh yang terbaik bagi pendekatan ini.

Editor Ensiklopedia Dunia menggunakan perkataan yang sesuai mengikut tahap kefahaman golongan pembaca rencana tersebut ditujukan, tetapi istilah teknikal turut digunakan jika perlu. Perkataan ini akan segera didefinisikan dalam rencana berkenaan supaya dapat memastikan pembaca dapat kemahiran di samping membantu mereka memperkembangkan perbendaharaan kata. Contoh, dalam rencana Bulan, bahagian “Bagaimana bulan bergerak” menggunakan perkataan eliptikal, perigee, apogee, bulan sinodik dan bulan sidereal. Perkataan ini dicetak italik dan maknanya diberi di dalam kurungan atau didefinisikan terus dalam konteks ayat apabila perkataan itu muncul. Teknik yang sama digunakan bagi keseluruhan set untuk mendefinisikan perkataan yang susah dan penjelasan makna.

Weight 26 kg
Dimensions 30 × 30 × 45 cm
Edition

Format

ISBN

9789836283467, 9789836283474, 9789836283481, 9789836283498, 9789836283504, 9789836283511, 9789836283528, 9789836283535, 9789836283542, 9789836283559, 9789836283566, 9789836283573, 9789836283580, 9789836283597, 9789836283603, 9789836283610, 9789836283627, 9789836283634, 9789836283641, 9789836283658, 9789836283665, 9789836283672, 9789836283689

Language

Publisher

Year Published

Reviews

There are no reviews yet.

Be the first to review “Ensiklopedia Dunia (23 Jilid)”

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

You may also like…

  • Ensiklopedia Sejarah dan Kebudayaan Melayu
    Sale!

    Ensiklopedia Sejarah dan Kebudayaan Melayu (5 Jilid)

    , RM800.00 RM230.00