Gastronomi, Peribahasa dan Akal Budi Melayu

Penulisan bersama JULAINA NOPIAH, NOR HASHIMAH JALALUDDIN dan JUNAINI KASDAN

Penerbit UKM (Cetakan Pertama, 2022)
210 halaman termasuk Rujukan dan Indeks

RM35.00

In stock

Gastronomi, Peribahasa dan Akal Budi Melayu mendedahkan kepentingan pemilihan objek yang kemudiannya dikaitkan dengan makna peribahasa. Intipati perbincangan buku ini adalah berkisarkan gastronomi Melayu melalui objek makanan yang terdapat dalam peribahasa. Kupasan satu demi satu objek makanan yang terdapat dalam peribahasa dapat menjelaskan kerelevanan hubungan antara makna dan objek dan dapat menjawab persoalan pemilihan setiap objek dalam peribahasa Melayu. Di sinilah semantik inkuisitif akan berperanan dalam mencungkil falsafah dan akal budi di sebalik pemilihan objek pemakanan dalam peribahasa Melayu. Kajian tentang metafora Melayu, khususnya peribahasa telah banyak menarik minat pengkaji bahasa untuk menyelidikinya. Walau bagaimanapun, perihal dalam memahami ilmu metafora Melayu dilihat masih dalam landasan pemahaman yang sama, iaitu kebanyakannya hanya bersifat penghuraian dan melihat metafora Melayu, khususnya peribahasa Melayu sekadar pada peringkat permukaan sahaja.

Wahana pemahaman ilmu yang berkaitan telah disampaikan melalui penghuraian bentuk-bentuk bahasa kiasan, penggolongan peribahasa serta pendefinisian peribahasa. Walau bagaimanapun, kepentingan pemahaman ilmu berbentuk deskriptif seperti ini tidak boleh dikesampingkan. Walaupun berbentuk penghuraian, namun sedikit sebanyak tidak dinafikan peranannya dalam membantu pengkaji-pengkaji peribahasa yang baharu, khususnya sebagai rujukan dalam memahami konsep peribahasa. Selain itu, terdapat juga pemahaman teoritis yang berbentuk kognitif. Pemahaman berbentuk kognitif ini melihat peribahasa secara lebih mendalam yang melebihi pemahaman peringkat deskriptif. Wahana pemahaman ilmu pada peringkat ini menerapkan elemen pemikiran dalam penelitian mereka. Bentuk pemahaman seperti ini seolah-olah telah menjadi budaya atau trend pengkaji peribahasa sehingga terhasilnya banyak penyelidikan yang berkaitan dengan bahasa kiasan dan peribahasa mengikut landasan teoretis semantik kognitif.

Justeru, buku ini ditulis untuk memberikan satu inovasi kepada ilmu semantik, khususnya ilmu peribahasa yang sedia ada. Karya inovasi ini bukan sahaja memberikan tumpuan kepada makna harfiah dalam peribahasa tetapi juga menyentuh aspek kognitif penutur di sebalik peribahasa yang dicipta. Kajian setakat menghurai makna harfiah dan melibatkan kognitif penutur masih belum mencukupi untuk menjelaskan fenomena dalam sesuatu peribahasa sehingga ke akar umbinya. Terdapat satu lagi lapisan yang tertinggi, iaitu akal budi dan falsafah penciptaan sesuatu peribahasa yang kebanyakannya masih belum disentuh oleh para pengkaji peribahasa. Dengan berbantukan pendekatan semantik inkuisitif, membolehkan penulis mencungkil falsafah dan akal budi yang tersembunyi dalam peribahasa. Peringkat ini tidak akan mampu dicapai seandainya tumpuan yang diberikan hanya berdasarkan satu bidang sahaja. Pengetahuan dan ilmu merentas segenap disiplin boleh membantu usaha mencungkil elemen falsafah dan pemikiran dalam peribahasa Melayu.

Selain itu, buku ini boleh dikatakan sebagai sebuah penulisan yang merentas disiplin. Buku berkaitan pemakanan biasa disentuh oleh pakar-pakar dalam bidang sains pemakanan. Buku berunsur inovasi ini, merupakan buku semantik yang menjadikan “pemakanan” sebagai elemen pengkajian. Akal budi dan falsafah penciptaan peribahasa yang mengandungi pemakanan sebagai objek dicungkil dalam buku ini. Dalam menghuraikan akal budi tersebut, segala aspek yang berkaitan objek pemakanan termasuklah zat, kandungan nutrien serta komposisi dalam makanan turut dibincangkan. Oleh yang demikian, sumbangan kepada satu ilmu yang mengikut prinsip dan acuan yang baharu serta bersifat multidisiplin dihasilkan.

Senarai Jadual & Rajah
Prakata

1. Gastronomi Melayu: Kajian Semantik Inkuisitif
2. Kerelevanan Kajian Metafora Melayu
3. Perihal Objek, Imej dan Unsur Pemakanan Melayu dalam Peribahasa
4. Elemen Dualisme dan Metabolisme dalam Peribahasa Melayu

Lampiran
Rujukan
Indeks

Weight0.317 kg
Dimensions22.7 × 15.4 × 1 cm
Author(s)

, ,

Format

Language

Publisher

Year Published

Reviews

There are no reviews yet

Only logged in customers who have purchased this product may leave a review.